Friday, February 18, 2011

Kaki Pukul.

Kalau kau kaki pukul, sila tekan button 'X' kat atas tu dengan secepat mungkin.

Sapa sini suka baca surat khabar online? Di sebabkan aku ni kedekut, aku slalu baca surat khabar online. Tapi kan, sejak kebelakangan ni kalau aku bukak je internet mesti ada berita pasal isteri kena pukul dengan suami. Ini memang cerita paling hot lah kan dalam surat khabar.

Pelik dan sangat pelik. Macam mana kita nak tau kita kahwin dengan kaki pukul sedangkan masa bercinta and awal perkahwinan dia layan kita macam permaisuri. Nak tinggi suara pun tak sampai hati. Tapi bila dah lama kahwin, dah banyak tekanan isteri yang jadi mangsa keganasan.

Bila ada masalah sikit, confirm kaki tangan naik kat isteri. Bukan setakat kaki tangan, besi buruk kat rumah tu pun wajib naik sekali kalau tak macam tak lengkap lah sesi memukul isteri.

Dulu waktu tengah bercinta kau belai dia bagai nak rak. Bila dah dapat kau layan dia macam punch bag. Tau tak punch bag?


Haaa ni la punch bag cantikkan warna pink siap boleh masuk gambar lagi. Tapi masalahnya sekarang kau bukan nak lepaskan kemarahan kau kat punch bag tu, kat isteri kau yang lemah-lembut tu jugak kau nak lepaskan.

Aku sarankan para isteri sekarang kena amek kursus mempertahankan diri lah sebelum kahwin. Tak kesah la taekwondo ke, silat ke dan kalau boleh biar sampai talipinggang yang hebat-hebat. Blaja sparring. Jangan lepas kahwin je berhenti blaja. Teruskan sampai bila-bila.

Oh tu bahagian isteri kena dera. Harini aku baca berita pasal budak kecik kena dera dengan pengasuh. Meh aku share.

-----------------------------------------------------------------------
Darah beku yang dikeluarkan dari bayi malang ini.

KUALA LUMPUR: “Sayu hati saya apabila melihat keadaannya yang sebelum ini ceria kini menderita kerana terpaksa bertarung nyawa berikutan parah di kepala sejak 10 bulan lalu.

“Doktor beritahu masa depannya masih kabur dan kemungkinan tidak akan menjadi normal seperti kanak-kanak lain,” kata Rina Abdul Halim, 30, mengenai anaknya, Sheena Mohamad Safwan, 18 bulan.

Bayi perempuan itu kini menderita dan masih dirawat selepas mengalami pendarahan otak serius dan patah kaki dipercayai didera pengasuhnya ketika berusia enam bulan.

Kejadian itu menyebabkan bayi terbabit menjalani beberapa pembedahan bagi mengeluarkan darah beku di dalam otak, selain terlantar beberapa bulan di hospital.

Rina berkata, tragedi berkenaan berlaku selepas dia menghantar anak ketiganya itu ke rumah pengasuh di Mantin, Negeri Sembilan, pada April tahun lalu.

Menurutnya, ketika dihantar ke rumah pengasuh terbabit, Sheena sihat sebelum dia pergi bekerja di ibu kota menaiki komuter dari Seremban.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian, saya tidak dapat mengambil Sheena berikutan komuter mengalami masalah sebelum meminta suami mengambil anak saya itu di rumah pengasuh kira-kira jam 5 petang.

“Pengasuh terbabit menghubungi kami supaya mengambil Sheena lebih awal dengan alasan hendak membuat persediaan menyambut hari jadi anaknya. Dia mempunyai dua anak perempuan berusia 12 bulan dan tujuh tahun,” katanya.

Menurutnya, dia yang tiba di rumah mula bimbang keadaan Sheena kerana asyik merengek serta menangis bahkan ada ketikanya mengalami kesukaran bernafas. “Saya yang menyangkakan anak kembung perut membawanya ke klinik dan doktor menyatakan mungkin dia tidak selesa kerana demam. “Namun, sebaik dibawa pulang, saya mula perasan terdapat bengkak pada pahanya sebelum membawanya semula ke klinik. Bagaimanapun, Sheena terpaksa dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban, selepas keadaannya makin kritikal,” katanya.

Rina berkata, ketika di wad kecemasan, dia memberitahu doktor bertugas supaya berhati-hati sebelum menceritakan apa yang berlaku. “Namun segalanya terjawab apabila ujian X-ray mendapati paha anak saya patah dan bengkak di kepalanya kian ketara. Melihatkan itu, saya menghubungi pengasuh terbabit dan bertanyakan hal sebenar.

“Dia bagaimanapun memberitahu tiada apa yang berlaku serta tidak tahu punca kecederaan anak saya. Sheena kemudian dimasukkan ke wad kanak-kanak, ” katanya.

Namun, katanya, tidak lama kemudian bayinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan doktor memberitahu anak diserang sawan tiga kali ketika dirawat.

“Melihat keadaan anak saya bertambah serius, doktor mengesyaki sesuatu lalu mengarahkan dilakukan CT Scan dan keputusan menunjukkan anak saya mengalami pendarahan dalam otak.

“Sebaik mendengar khabar itu, saya bagaikan hilang arah apatah lagi memikirkan nyawa anak saya seolah-olah seperti telur di hujung tanduk. Sheena kemudian dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum pembedahan dilakukan pakar neurologi.

“Susulan itu, anak saya terlantar beberapa minggu di hospital berkenaan dan sebanyak enam pek darah beku dikeluarkan dari kepalanya. Pakar mata turut mengesahkan anak saya mengalami pendarahan di kedua-dua matanya,” katanya.

Rina berkata, berdasarkan laporan perubatan, doktor mengesyaki kecederaan anaknya berkemungkinan akibat digoncang dengan kuat (sindrom menggoncang bayi).

“Bagaimanapun, doktor tidak dapat memastikan bagaimana kaki Sheena boleh patah berikutan dia masih bayi dan belum boleh merangkak dan berjalan. “Kakinya yang patah dipakaikan hip-spica (menggunakan gentian kaca) selama hampir enam minggu. Untuk itu, saya terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan untuk menjaga anak saya itu,” katanya dengan nada sebak.

Menurutnya, dia kini masih perlu berulang-alik ke HKL dan Hospital Tuanku Jaafar, bagi mendapatkan rawatan bayinya.

Sumber : Harian Metro.

Pengasuh sekarang pun nak jadi kaki pukul jugak? Dan yang paling bodohnya, kehebatan kau memukul orang tu kau praktikkan kat budak kecik yang tak tau apa-apa and lagi sadis, tak berupaya nak pertahankan diri dia.

Dunia sekarang kan?

Sila Like, Kalau Suka =D

2 comments:

Unknown said...

Susah nak cari suami yg betul2 sayangkan isteri sekarang ni.
Kalau tak kaki pukul pun, mesti ada yang curang.
Haih, sedih betul dgn nasib kaum wanita.

Shafiza said...

Bukan semua lelaki mcm tu.
Kita je yang kena pandai pilih.
Kalau time kapel pun dah mula naik tgn, tak payahla nak bersama lagi.
Curang tu pun, tak boleh nak kata apa.

Tu semua cubaan and dugaan.