Saturday, March 26, 2011

Perkara menyampah dalam hidup.

Hai kawan. Awak still kawan dengan kita tak sebab kita kan dah lama tak update blog? Haih lepasni nak pasang cctv and upah guard jaga blog aku lah. Dan tak lupa juga upah orang gaji, boleh tolong kemas-kemas sikit. Apa orang slalu cakap kalau blog dia dah lama tinggal? Bersawang eh? Jadah menda bersawang. Lainlah dia tak bukak laptop lima tahun memang bersawang lah laptop tu.




Harini aku nak share perkara annoying atau dalam bahasa melayunya menyampah. Ye perkara menyampah yang korang rasa nak menjerit or marah kalau ia berlaku dalam hidup korang. Ok takdalah sampai macamtu skali kan. Tapi ia akan automatik buat korang rasa menyampah jugak.

  1. Tengah feeling drama melayu sampai nangis-nangis. Sekali tup! Iklan. Gila ah. Baru nak nangis sampai hidung merah, mata bengkak. Skali iklan plak. Potong betul! 
  2. Jalan-jalan sorang diri. Lalu depan mat rempit or lelaki-takda-kerja-duk-lepak-tepi-pusat-beli-belah. Dia main swit-swit lah plak en. Siap cakap lagi "Nak pergi mana tu?" Amboi prihatinnya. Terharu hati ada orang ambik berat kan? Jadah kau terharu. Rasa menyampah gila ok? Lagi-lagi yang dok main swit-swit apa kau ingat nak pikat burung or cencorot ke?
  3. Bangun pagi lambat, masuk bilik air asrama semua penuh. Tunggu turn tu rasa macam tengah tunggu giliran kat spital kerajaan. Hoi kau beranak ke mengeram telur dalam tu?
  4. Cerita 10 minit. Iklan 50 minit. Bangang baik aku tatap papan tanda iklan.
  5. Perihal toilet jugak. Korang rasa nak ter-buang air kecil or ter-buang air besar sangat-sangat. Tau apa orang dalam toilet tu buat? Dia mandi weh. Mandi. Padahal tempat shower kosong je. Ni kat asrama aku lah. Robohkan pintu tu baru tau.
  6. Pakai tudung tapi duk selak-selak kat bahagian telinga. Pernah nampak tak perempuan pakai tudung macam ni? Rasa nak jentik dahi dia. Kalau nak tayang sangat subang or anting-anting kat telinga tu, baik tak payah pakai tudung ok?
  7. Lelaki tegur pemakaian perempuan seksi or pakai tudung tak betullah apalah. Padahal diri sendiri suka tengok video lucah, perempuan seksi. Tak tahan tu pergi beli makanan kat kafe pakai seluar pendek nampak bulu kaki kerinting-kerinting. Gelilah gila.
Dah lah. Aku pulak yang rasa menyampah. Banyak sebenarnya yang buat kita menyampah dalam hidup ni. Lagi-lagi kalau ada orang yang nak jadi macam kita. Tiru perangai kita,perlakuan kita. Chooyyy cari identiti sendiri lah bhai.
Sila Like, Kalau Suka =D

7 comments:

azma izatul said...

giler arhh..lucu la wei..

Atikah said...

Very familiar dengan #3, #5 & #7. Haha :P

Shafiza said...

MAI : apa yang lucu nya?

Shafiza said...

ATIKAH : haha yeah..memang sangat familiar =)

Unknown said...

haha. adehhh

Anonymous said...

err. haha. nsb baik dk hostel 3 bln je :P

Shafiza said...

NUB : haha adeh balik.

MELLY : eceh..3 bulan la sangat.