Tuesday, June 21, 2011

Perkara yang tak patut anda buat dalam komuter.

Assalamualaikum dan selamat hari bekerja. Aku mendoakan praktikal aku cepat sket abes. Malas dah nak duduk opis. Dahlah aku jenis tak leh duk diam. Ni bila kena duduk bertapa dari pukul 8.15 pagi-5.15 petang memang aku rasa otak aku pun mati kejap. Serius, opis dan diriku tidak ditakdirkan bersama. Nanti mintak keje aku taknak keje kat opis!

Untuk pengetahuan anda, kalau tak nak ambil pengetahuan pun takpa, aku pegi dan balik keje ada driver. Malangnya aku tak naik BMW mahupun mercedez sebab aku hanyalah ada driver komuter. Sila bersyukur ok pegi balik keje ada driver. Kalau tak jenuh kau nak jalan kaki dari kajang ke kolumpo. Abes lelemak di tepian pinggang aku ni tau.

Jadi, aku mewakili rakyat-rakyat yang menaiki komuter ingin memberi ingatan kepada anda yang turut sama berkongsi driver komuter dengan aku tentang perkara-perkara yang anda tak patut buat dalam komuter. Apsal ayat aku camni? Ah abaikan!

Jangan Kentut.

Tolong...tolong jangan melepaskan 'wangian' yang menusuk ke kalbu sewaktu menaiki tren. Lagi-lagi kalau time orang ramai dan keadaan dalam tren sangat mampat dan mantap. Kau tau apa gas kau boleh buat kat kami-kami yang tak bersalah ni? Ia akan membunuh otak kami secara perlahan dan lalu akan terjadi pengsan besar-besaran. Kalau nak kentut sila bawak bersabar. Bila tren dah stop, sila keluar dan lepaskan angin iteww walaupun tu bukan station kau. Demi kesejahteraan semua umat, tolong berkorban ok?



Jangan beromantik sangat.

Time-time macamnilah semua pakwe nak tunjuk diorang caring sangat. Peluk abes awek dia dalam komuter.

Jeles lettew.

Jadah menda aku jeles.Ketumbit mata tau tak? Tak payah derr nak peluk-peluk pinggang awek kau bagai. Reti lah dia diri sendiri. Takda nak jatuh, tiang dalam komuter banyak. Tak cukup tiang, meh suruh awek kau peluk aku. Kah3...Ok tak klaka.

Jangan menjadikan orang lain sebagai tiang.

Ok ini sungguh tak cool.

Apsal plak tadi kau yang suruh awek aku peluk kau?

Derr, gua sound lu der. Sound secara berhemah tu. Tapi hakikatnya gua tak shuke orang lain  menjadikan gua sebagai tiang. Tau lah aku ni berisi sedap je kau sandar-sandarkan kenangan kau. Masalahnya sekarang, diri aku pun tak brapa stabil inikan nak tolong stabilkan diri kau. Tidak sama skali.

Jangan tamak.

Kerusi dalam tren tu tak brapa banyak sangat. So janganlah konker sampai sorang duduk 2 tempat. Ini bagi yang bersaiz XL. Tak, bukan aku nak kutuk korang. Aku tak kesah yang aku kesah bila korang duduk, bagi yang lelaki, siap terkangkang luas-luas dan duduk secara bersenang-lenang sehingga tiba-tiba anda duduk 2 kerusi. Faham tak? Dapat tak bayangkan? Kasihanilah orang sebelah anda.

Itu hal kerusi. Bila hal yang berdiri, jangan tamak semua benda kau nak pegang. Yang benda alah gayut-gayut tu kau pegang sampai dua, tambah plak kau bersandar kat tiang pemegang. Sampaikan orang lain takda tempat nak pegang dah. Maaf, kami tak di hantar pergi sekolah sarkas nak imbang-imbang badan bagai. Memang kami tak reti. Jadi sila bertimbang rasa dan bagi orang lain ruang untuk bertahan.

Semua dalam tren ni iteww punya taww.
Aaaumm. Rasa macam wakil rakyat plak lepas menaip hujah-hujah kat atas tadi. Apa lagi, sila undi aku untuk pilihanraya akan datang. Ok bai dan assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

3 comments:

MissF said...

ok yg lain 2 blh trima tp yg kentut 2.. klu org 2 dh skt perut sgt, kesian dia. tringat cte ustazah aku dlu. ada sorg org alim ni yg mn ble org kentut je dia akan bg duit sbgai hadiah. ya, hadiah sbb jga kesihatan.
tp klu blh tahan 2, tahan jela kentut. klu x, lepaskan je. kesian nti dpt penyakit

meLLy! said...

aku suka kalau orang berpaut pada aku. nampak cool je. pergh perghh cool la dsgt. okbai

Shafiza said...

MissF : hahahaha...ok la ok la. Silalah kentut. Tapi sediakan gas oksigen untuk yang lain. =p

Melly : Alaa...awek cun takpalah nak peluk-peluk i...Kah3..