Thursday, August 12, 2010

Stop jadi bangang boleh tak?

Selame ni,aku bace berite pasal kes buang bayi aku tabah je.Sebab aku bukannye sesape pon nak bising-bising kan?
Cube korang bace berite harini.Klik sini ok kalau nak tau.
Aku rase makin marah gile dengan orang yang buang bayi ni merate-rate macam sampah.Kau ni bebal ke hape sampai tak tau nak bezakan bayi dengan sampah?

Berite harini buat aku rase nak sepak laju-laju je malaun yang buang bayi tu.Alasan dahla bodoh pastu nak buat jahat tak reti lak tu.

Petikan dari akhbar Harian Metro.
“Saya angkat beg itu yang berat dan bergerak-gerak menyebabkan hati cemas. Apabila beg dibuka saya lihat ada bayi di dalamnya yang masih bertali pusat serta kesejukan selain terdapat tuala kecil di lehernya. Saya segera mengangkat bayi itu sebelum Wati membalutnya dengan baju dan saya terus menghubungi polis,” katanya.


Katanya, sebelum polis tiba, muncul seorang wanita bersama teman lelakinya yang meminta kebenaran untuk balik, namun saya menghalangnya kerana mengesyaki bayi itu anaknya.

“Wanita itu beri alasan bapanya kemalangan dan hendak balik segera, namun saya halang. Saya tanya mengenai bayi itu, namun mereka menafikannya berkali-kali sebelum perempuan itu mengaku bayi itu anaknya. Mereka ditahan anggota polis yang tiba selepas itu,” katanya.

Beliau berkata, dia difahamkan kedua-dua mereka baru sebulan bekerja di kilang berkenaan dan berasal dari Jelai, Negeri Sembilan.

“Perempuan itu beri alasan dia hanya meletakkan bayi itu sementara saja dalam tong sampah dan akan datang semula untuk mengambilnya." (*Kau ingat kau tipu budak kecik?Bangang)

Stop jadi bangang boleh tak?


Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: