Monday, February 14, 2011

Aku Pernah Benci Ayah Aku.

Maaflah kalini post nak cerita tentang aku yang pernah jadi anak derhaka. Sila ambil pengajaran.

Aku dulu kalau time skola, ayah aku dah buat peraturan. Dari pukul 7 malam sampai 9 malam tak boleh tengok tv. Peraturan ni bukan untuk orang yang skolah je, satu rumah tak boleh tengok tv. Aku dari skolah rendah memang suka main-main. Bila exam pertengahan tahun darjah 6, aku punya result memang terbaik ah teruk gila. Sama la dengan abang aku.

Balik dari amek report kad, aku dengan abang aku kena rotan. =.=''

Ya ayah aku mengamalkan sistem rotan. Kau buat jahat confirm kena rotan. Tapi Alhamdulillah, sebab Ayah aku dapat 4A 1B masa UPSR (*perlu ke nak bagitau result).

Bila naik form 3, biasalah exam PMR paling di takuti. Aku macam biasa, suka main-main, suka bercinta ehem ehem =) Kantoi dengan ayah aku sebab ada pakwe. Memang aku kena lagi lah. Kena apa kau tanya? Kena maki la weh.

Aku pernah tulis kat diari, yang aku benci ayah aku sebab halang cinta aku(?). Cacat gila bila fikir balik macam menyesal lah. Tapi aku dah buang pun diari tu.

Sebab Ayah jugak, akhirnya aku dapat 7A 1B dalam PMR. Alhamdulillah lagi sekali...

Aku rasa, krisis paling hebat dengan Ayah aku bila aku Form 5. Aku sangat susah di kawal time tu, suka buat hal sendiri. Slalu sangat kena marah dengan Ayah sebab tak nak dengar cakap. Hasil dari semua ni, keputusan SPM aku gila teruk. Aku just dapat 1 A and yang lain tak payah cakapla.

Memang Ayah aku mengamuk. Serius tu la amukan dia yang paling aku takut. Handphone aku kena rampas sampai dia buang handphone aku. Tapi sebenarnya Ayah aku tak buang pun. =.=''

Aku menangis hari-hari, sedih gila. Time tu aku down gila. Aku down sampai terbawak-bawak sampai ke PLKN. Lepas beberapa hari ayah aku mengamuk tu, aku kena gerak pegi PLKN. Bila kat PLKN, aku tak pernah nak ingat ayah aku. Kat kelas CB, bila cikgu suruh list orang yang dirindui pun aku tak listkan ayah aku.

Tapi aku dikurniakan kesedaran bila aku dapat masuk Politeknik. Aku tau kenapa Ayah mengamuk dulu. Ayah risau kalau anak dia ni tak dapat di terima masuk blaja mana-mana. Kat Politeknik ni la aku tebus segala kesilapan aku. Aku blaja betul-betul and akhirnya aku dapatla AKJ. AKJ tu kira cam dean list la.

Tapi satu sem je aku kat Politeknik. Sebab aku diterima masuk UiTM! Time ni ayah makin ok dengan aku. Sem 1 kat UiTM aku tak dapat Dekan ok bai. Aku sedih tapi ayah kata takpa. Sem depan cuba lagi. Sem 2 pun tak dapat gak tapi pointer naik.

Sem 3 and sem 4 baru aku dapat DL. Aku rasa, kejayaan aku ni hasil dari kesedaran masa SPM dulu. Aku nak tunjukkan kat ayah, aku gagal SPM bukan bermakna aku akan gagal seumur hidup.

Dahla panjang sangat plak aku cerita. Satu je nasihat aku, kadang-kadang Ayah ni kita macam kurang sikitkan? Kita slalu dengan mak je. Tapi pengorbanan seorang ayah tu la yang paling menusuk kalbu aku.

Ayah, ampunkan dosa shafiz ;)

Sila Like, Kalau Suka =D

4 comments:

Chuck said...

serius aku suka cerita nie. :)

Shafiza said...

thanks suka . ;)

azuha rahimi said...

tacing!!ak pun same...rindu ma abah..sob3

Shafiza said...

apa yg kau sama? degil cam aku ke?