Wednesday, February 16, 2011

Dia sebahagian dari saya juga.

Aku tak pernah cerita pasal cinta hati aku kan? Bukan apa, aku tak suka cerita sangat pasal si dia sebab aku takut kalau selalu sangat bercerita nanti tak jadi pula kan. Tapi demi peminat semua (*gila), akan aku dedahkan my other half. ;)

Haidi anak pakcik Anuar ;)

Kitorang mula berkenalan masa aku kerja kat mcd lepas spm. Nak tau ke macam mana? Mesti korang gelak =.=''

Dia pernah tersiku dahi aku time kerja. Ye siku dahi aku dengan siku dia yang besar tu. Sakit belakang cerita. Tudung aku weh rosak tau tak? Haish mencabar keperempuanan aku betul. Kena cari cermin nak betulkan tudung balik.

Dia tak sempat nak mintak maaf time tu. So, sejak hari tu dia slalu tengok jadual aku. Aku kerja pukul berapa, hari apa. Semata-mata nak mintak maaf. Seminggu lepas tu baru kitorang kerja sama balik. Dan macam mana kitorang bersama tu biarlah rahsia. Biarlah semuanya menjadi rahsia antara aku, dia dan kawan baik dia.

Dari aku dapat result SPM yang teruk tu, sampailah aku masuk Politeknik then transfer masuk UiTM, dia lah yang stay dengan aku bagi semangat. Aku pernah ceritakan SPM aku teruk. Ye, buat pertama kali aku menangis di bahu dia. Dan masa tu jugak, buat pertama kali aku melihat air mata seorang lelaki. Dia menangis tengok aku down gila.

Dia pulak. Dari dia kerja mcd, sampailah dia dapat kerja sebagai polis bantuan and now dia dah jadi polis betul. Aku harap aku akan sentiasa ada di sisi dia, bagi semangat kat dia. Dia juga, SPM tak ok tapi aku kagum dengan semangat dia yang tak pernah nak harapkan makayah bagi duit. Walaupun dia tak dapat sambung belajar, dia pandai cari kerja. Jadi polis ni pun setelah 2 kali mencuba.

Oh, 10 februari hari tu hari istimewa kami. 3 tahun sudah ;) Anyway, berapa lama tu tak penting yang penting kenangan and segala apa yang kitorang dah lalui tu la yang paling berharga.

Ok aku dah mula rasa macam aku melebih-lebih. Nah sekarang kau dah tau siapa si dia. ;)

Yang hitam tu dia, yang putih tu aku.




Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: