Sunday, February 27, 2011

Kadang-kadang bila kita dah tak berharap, pasti sinar akan datang.

Maaf. Rasa teruja masih bersarang dalam hati. 3,4 hari yang lepas bagai mimpi bagi aku. Mimpi yang indah. Sangat indah. Semuanya bermula dengan 1 panggilan telefon ;

"Sayang...B kena hantar bertugas kat Kerdau."

Waktu itu petang khamis. Seperti hari khamis yang lain, aku rasa biasa namun bila dapat berita ni aku rasa hari tu hari yang paling indah sekali. Dalam hati aku dah tanamkan, aku akan buat apa sahaja asalkan aku dapat jumpa dia. Sampai status kat facebook aku penuh =.=''

Aku kat Jengka. Dan dia di Kerdau. Masalahnya, aku tak pernah pergi Kerdau. So mulalah putus asa. Mulalah kata "Kalau ada, adala." See give up gila aku kan? Dia bertolak Jumaat pagi. And sampainya dia kat Pahang, dia mula bagitau lokasi dia. Mula-mula di Plaza Tol Temerloh. Kemudian di Jerantut. Dan akhirnya, dia bagitau dia kena tido kat Dewan Mentakab!

Mentakab weh Mentakab. Tempat paling senang aku nak pergi. Aku pun bertekadlah nak pergi sana.

Tapi to tell the truth lah kan, aku tak pernah pergi Mentakab sorang-sorang. Tapi entah macam mana, pagi sabtu tu kaki aku ringan je melangkah ke Mentakab. Perjalanan ke sana pun smooth.

Kenapa aku teruja sangat ni?

Cuba kau bayangkan. Orang yang selama 2 tahun bersama dengan kau tak pernah terpisah. Tiba-tiba sebab kerja, korang terpisah and tak pernah bersua-muka dah sejak tu. 8 bulan tak jumpa. Dan tiba-tiba, tanpa dirancang and tanpa berharap, dia akhirnya berada depan mata kau.

Dia sama. Tak pernah berubah. Dia seperti Haidi Bin Anuar yang dulu. Dan 2 hari aku habiskan masa dengan dia, bila time berpisah terus aku menangis dan rasa sedih sangat. Rasa kejap sangat. Tapi, masa jumpa tu dia dah pesan dengan aku ;

"Sayang kena kuat. Jangan lemah-lemah. Kita kena bersyukur dapat jumpa walau sekejap."

Berbekalkan kata semangat ni, Ahad pukul 12 tengah hari kami pun berpisah bawa haluan masing-masing. Dia kena kerja dan aku kena balik Jengka. Tapi, airmata tetap menjadi teman setia aku. :')

Dia masih macam dulu. Sengal dia tu~

Cincin itu masih di jari dia.

Ini gambar dulu. :')

Kesimpulannya, Haidi Anuar tak pernah berubah. Dia sama macam dulu.

Aku bersyukur dapat bertemu dengan insan sebaik dia. :)

Sila Like, Kalau Suka =D

4 comments:

Zoul said...

semoga berbahagia sampai ke jinjang pelamin.. :)

Shafiza said...

Amin ;)
Terima kasih doakan.

Nabilah Kzaman said...

sumpah aku tipu, aku nangis time baca kau punya post!so touched.im happy if u'r happy..eee sukanyaaaa

Shafiza said...

SUMPAH KAU TIPU LA?
Haha siot gile.
Yela darling ;)