Wednesday, February 23, 2011

Miskin Tak Semestinya Kena Hidup Merempat.

Miskin? Definisi miskin ni sangat luas. Tapi lumrah manusia kan? Bila takda duit je automatik akan cakap macam ni ;

"Aku dah miskin."

Ok aku pun slalu cakap macam tu kalau tengah kering. Heh :)

Miskin dengan papa kedana sangat beza ertinya sebab papa kedana tu memang langsung takda rumah, takda apa-apa lah. Yang aku pelik sekarang, kalau miskin aje mesti akan ada orang hulur bantuan macam makanan, barang-barang dapur, duit and rumah.

Siap ada rancangan tv lagi untuk benda-benda ni tapi aku rasa semua tu sangat tak masuk akal. Sebab apa? Aku ada alasan tersendiri. Bukan aku kata, tak payah lah nak tolong diorang tu. Maksud aku di sini, jenis pertolongan tu.

Cuba korang fikirkan. Korang nak tolong diorang. Nak derma. Bagi makanan and barang-barang dapur. Sampai bila sangat benda-benda tu boleh bertahan? Paling kurang pun sebulan je boleh tahan and takkan lepas sebulan korang nak kena masukkan keluarga yang miskin tu balik dalam rancangan tv tu and bagi balik barang-barang dapur and etc.?

Dan bila kita asyik hulur je barang-barang macam tu kat diorang, takkan timbul kesedaran dalam diri mereka ni nak cari alternatif lain untuk sara hidup. Bila keluarga miskin masuk tv and dapat bantuan, tentulah keluarga miskin yang lain nak jugak jadi macam dalam tv tu. Best, dapat makanan free, barang-barang dapur free. Tak ke macam tu?

Bukan nak kata rancangan tu tak bagus. Cuma tukar sikit cara perjalanan program tu. Jangan asyik nak hulur beras la, tepunglah. Aku cadangkan bagi kat mereka pekerjaan. Yes ,PEKERJAAN. At least, mereka akan bekerja untuk sara hidup. Bukan hanya duduk kat rumah and bagi akaun bank, harap duit orang and bantuan simpati dari orang lain.

Kerja tu jangan melampau sangat nak bagi pengurus syarikat lah, supervisor lah. Macam-macam kerja dalam dunia ni. Tukang bersih@ cleaner, Tukang sapu and lain-lain. Jangan nak pikir hina lah kalau jadi cleaner. Kalau semua pikir hina jadi cleaner tu, memang dunia ni akan kotorlah.

Kat tempat belajar aku ni, aku tengok banyak je makcik-makcik and pakcik-pakcik yang dah tua still kerja menyapu, potong rumput, kerja kat bahagian fasiliti. Dan aku tak pernah pandang hina kat diorang. Aku lagi sedih and dalam masa yang sama bangga dengan usaha diorang. Walaupun dah tua, still nak bekerja untuk sara hidup.

Kalau kita tengok pun dalam rancangan tv yang bantu keluarga miskin tu, ahli keluarga dia semua cukup anggota sihat walafiat. Boleh je kerja. So takda alasan lah kan? Terpulang kat diri masing-masing je. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Yang jenis minta sedekah plak, sama jela. Kadang-kadang rasa nak bagi penampar je. Dahla cukup anggota badan, minta sedekah bila tak bagi boleh plak dia maki kita balik.

Ini pendapat aku. Pendapat korang plak macam mana?

Durhhh~

Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: