Friday, March 11, 2011

Aku nak pelihara binatang tapi...

Sekarang ni aku dah rasa macam penghujung tahun sebab arini je hujan tak stop-stop kat Jengka ni. Sejuk campur pegi balik kelas pun basah kuyup. Terus tak comel dah. Sampai kelas tudung dah kuyup leper sebab basah. Lepastu mengundang kepada perut lapar dan lalu tak boleh fokus dalam kelas. Haha alasan baik punya. Kalau aku jual baju hujan mesti dah boleh beli Blackberry Torch sebijik. Kan kan? Sila setuju kalau tak aku delete blog.

Tapi...hujan itu rahmat. ;)

Aku tak nak cerita pasal hujan lah. Aku nak cerita pasal binatang. Ye binatang yang kita boleh bela. Yang boleh jadi teman kita, sambut kita bila balik kerja.  Motif nak sambut balik kerja? Entah aku terbayang kucing yang Ayah aku pernah cerita. Sweet tau kucing yang ayah aku bela sebab bila ayah aku balik kerja je dia datang and tido skali dengan Ayah aku.

Dulu masa aku sekolah, abang aku lah paling rajin nak bela binatang. Rumah aku dulu meriah dengan kucing. Tapi asyik mati je sebab penyakit menda ntah. Kesian tau sampai satu tahap mak aku dah tak bagi bela kucing. Seksa katanya. Kucing kesayangan abang aku nama dia Vortron. Hebat gila nama kan? Tapi dah lari rumah. Tengok, kucing pun pandai lari rumah. Mesti ikut perangai manusia.

Huuu cutenya...Macam aku.

Selain kucing, abang aku rajin bela ikan. Punyalah semangat nak bela ikan sampai beli akuarium besar gedabak tu. Macam-macam ikan bela, pun mati jugak. Bela ikan patin, mati. Ayah aku suruh amek and goreng ikan tu. Jadah menda nak goreng? Geli gila!

Ada jugak bela hamster, tapi sebab bela sekali dengan kucing so hamster aku tak pernah hidup aman. Mungkin sebab selalu kena kacau dengan kucing, hati hamster aku resah lalu dia pun mati. =.=''

Baru-baru ni abang aku bela kura-kura. Mesti dia beli dengan awek dia sebab ada dua ekor. Milah and Atan namanya. Kitorang pegi holiday kat Bukit Merah. Sebab sayang sangat dengan kura-kura tu, abang aku pun bawaklah skali. Hari last kat Bukit Merah, kitorang dari pagi sampai petang duk main kat waterpark. Kura-kura tinggal dalam kereta. Bila nak balik tu, tengok Atan dah kejang dalam aquarium dia. Kesian Milah jadi janda. Tapi Milah dah besar and dah pun dilepaskan ke tasik mana ntah. Bye Milah.

Dan sekarang rumah aku bebas daripada binatang peliharaan. Yang ada cuma cicak, lipas, ulat-ulat dan serangga-serangga.

Sekarang zaman dah maju. Aku dah ada yang ini....





Memperkenalkan...hamster alam maya aku. Nama dia Megan Mouse. Apsal Megan Mouse? Sebab kita dah ada Megan Fox. Apa salahnya aku wujudkan Megan Mouse. Barulah Megan Fox ada pesaing.


Sapa datang blog aku bagilah dia makan tau. Dia macam tuan dia gak, kalau tak makan nanti bad mood.

Tapi dalam banyak-banyak binatang aku suka kucing. Sangat comel ok kucing ni. Lagipun sekarang aku bercinta dengan pencinta kucing. Level cinta dia terhadap kucing agaknya lagi tinggi dari level cinta dia terhadap aku. Sobs sedih. Taklah aku tipu. ;p

Ok dah. Nak ingatkan lagi ni. Serius tau. Tolong bagi Megan makan. Nanti dia bad mood.
Sila Like, Kalau Suka =D

6 comments:

lavender harum wangi said...

hahahahaha~ comel nya milah dgn atan.. pic xde ke? :D

Shafiza said...

Comel kan? Takda ah gambar. Tak elok amek gambar binatang. Nanti umur pendek. Hehe ;p

Saya Nina Syakira said...

cisss ... syg sgt hamster tipuan tu kan ==' apa kata kau bela gajah .. mcm best je kan hahaha

Chuck said...

walaupun aku booo~ tapi aku datang jugak sebab aku suka haiwan. STOP ANIMAL ABUSE. :D

Shafiza said...

NINA : bela hamster tipuan dia takkan mati. so takyah ssh hati..hehe... bela gajah? maknanya aku kena bela ain la ni?

Shafiza said...

CHUCK : haha kau...tima kasih datang.