Tuesday, March 8, 2011

Hantu Juga Macam Kuih. Pelbagai Jenis.


Hantu? Di sini ada hantu? Takda, kat sini takda hantu ok. Kalau nak sangat tengok hantu, pegilah mana-mana tempat yang menyeramkan.

Dah termaktub dalam diri manusia bila sebut pasal hantu je, semua menakutkan. Bila nampak perkataan hantu confirm dalam otak masing-masing mula bekerja lebih masa memikirkan rupa dan bentuk hantu yang menakutkan. 

            Tapi dalam sedar tak sedar, hantu yang kita perlu risaukan bukanlah hantu gula-gula(pocong), hantu mengilai(Pontianak) atau apa-apa jenis hantu yang lain. Manusia juga boleh di klasifikasikan sebagai hantu dengan perangai mereka yang mengalahkan hantu. Apa? Tak percaya? Meh sini aku bagi beberapa contoh manusia yang menyerupai hantu.

‘Hantu’ Sampah.

Haaa yang ni paling special. Memang terbaik dari ladang ‘hantu’ ni. Selalunya hantu lain suka hisap darah, tapi ‘hantu’ yang ni suka makan sampah. Selalu sampah yang di cari tu sisa makanan KFC tak pun sisa makanan kat kedai makan. Tak tau la apa sedap sangat sampah ni hanya ‘hantu’ sampah je yang tau. Mungkin dia ingat dengan memakan sampah, dia boleh bertukar dari ‘hantu’ ke badang. Tapi badang makan muntah bukan makan sampah. Misteri, misteri~


Heaven gila kalau ‘Hantu’ Sampah dapat lepak sini.


 Pontianak Buang Anak

Selalu kita dengar, Pontianak ni merupakan perempuan mengandung yang mati kena bunuh kan? Tapi yang tu versi Pontianak Harum Sundal Malam lah kan. Lepas kena bunuh, dia datang balik kat dunia nak cari anak dia balik. 

Tapi yang versi Pontianak Buang Anak ni memang lain dari Pontianak yang harum sundal malam tu. Sebab lepas je dia melahirkan anak dia tu, dia pegi buang. Tak penyayang betul macam Pontianak Harum Sundal Malam. Agaknya kalau Pontianak Buang Anak bertemu dengan Pontianak Harum Sundal Malam confirm kena caci-maki. 




Penunggu Muka Buku

‘Hantu’ yang ni sangat moden tau. Serius ni aku gebang. Sebab dia ada facebook. 24 jam, 365 hari dia jadi penunggu facebook ni. Tak pernah off. Kalau penunggu yang lain adalah jugak terbang-terbang tempat lain. Penunggu Muka Buku tak boleh off sebagai penunggu. Nanti kebun Farmville dia tak dijaga, macam mana nak jual kat Pasar Borong Selayang hasil kebun tu nanti.



Hantu Ekzos Motor
Haaa yang ni aku rasa nak bagi pelempang je kalau boleh. ‘Hantu macam ni selalu lalu depan rumah aku naik motor lepastu press motor kuat-kuat. Gila cool kan hantu naik motor pastu main press-press. Cool kepala hangguk kau~ Bingit telinga aku tau tak? Lagi-lagi kalau tengah tido. Boleh menyumbang kepada mimpi ngeri. Rasa nak tahan je hantu ni lepastu cabut ekzos dia tu campak kat muka!



‘Hantu’ Interframe Dalam Gambar.
Korang pernah tak tengok hantu yang dalam gambar yang orang amik? Aku pernah and serius seram woo~ Tapikan orang sekarang ni pun nak jugak jadi macam hantu dalam gambar tu. Orang tengah snap photo, nanti adalah yang menyibuk buat peace kat belakang, senyum lah walaupun tak ajak nak bergambar dengan dia. Konon misteri la tu? Lempang nak?



Hantu-Tak-Mintak-Nak-Kacau-Tapi-Sibuk-Kacau-Kita
Panjang nyaaa nama ‘hantu’ ni kan? Selalunya, ‘hantu’ ni kalau kita kacau dia, dia takdalah kacau kita. Tapi kalau manusia bertopengkan ‘hantu’ ni, kita tak kacau dia, dia yang beriya kacau kita. ‘Hantu’ macamni rasa nak bagi pelempang gak. Tapi takpa, kita baca je Surah apa-apa, hembus kat dia. Abes cerita.

Ok dah cukup merepek. Nak kata, hantu bukan semua jahat kalau kita tak kacau dia, takda lah dia nak kacau kita kan? Kita ni pun janganlah berani sangat, janganlah takut sangat. Kita relaks buat peace je.

Sila Like, Kalau Suka =D

7 comments:

Lavender Harum Wangi said...

tulisan dlm pic ‘Hantu’ Interframe Dalam Gambar, semak ea? S ke G? hahahahahah :D

Shafiza said...

'S' laaaa...malas nak delete =.=''

aRaN said...

suka entry ni style :)

~Anis Aisyah~ said...

hahahaa.... lavender wat ak gelk pas bace komen dia.. anyway, ni zine pija erk? :D

Shafiza said...

ARAN : Thanks ;)

ANIS : haha aku tulis huruf 'S' laaa...Yep entry utk zine.

hilmi said...

aku memang suka interframe gambar. tapi aku bukan hantu, aku zombie

Shafiza said...

Haha~ yelah zoul...zombie memang suka interframe kat gambar.