Sunday, March 6, 2011

Jangan stress sebab blog.

Gila cacat kan tajuk? Eh tapi ada je kot yang stress sebab blog sendiri. Contoh macam aku. Bila time nak edit blog la. Cuba tengok header aku tu, tak centre kan? Penat dah aku tarik sebab selama ni mana pernah buat header kat blog kalau korang perasan. Buat header pun just amek gambar dah siap. Nak edit header sendiri tu memang harapan hatiku~ Ada orang kata aku tak guna saiz yang betul. Ye memang sebab aku main edit ikut sedap je.

Ok aku bukan nak cerita pasal header. Aku nak cerita pasal blog. Alaa...kan dah ramai buat post pasal ciri-ciri blog yang diorang nak datang melawat. Aku pun nak buat jugak. Sebab semalam adalah kejadian kat KB. Kitorang tegur budak ni pasal blog dia, tapi dia macam marah plak. So how?

Post ni aku buat bukan nak ikut sedap hati aku eh. Aku ikut majoriti and yang selalu orang tulis and cakap. Dan ini juga adalah pandangan aku. Relaks la der semua pun boleh bagi pandangan, tinggal betul atau tak je pandangan tu. Jom kita usha ok?

Blog yang ringan.

Yes, yang ringan. Ringan dan sangat ringan. Maksud aku kat sini, kalau yang pakai streamyx or internet yang laju tu takda istilah ringan ke tak aku rasa. Sebab kalau blog yang berat pun laju je dia loading. Prihatin sikit dekat pengguna broadband macam aku. Yang tak mampu nak bayar harga yang mahal untuk speed yang laju. Yelah, entry dah menarik bila nak bukak je blog dia berabad amek masa nak loading. Sampai tulis macamni "Connection has timed-out." Dan bukan semua orang boleh jadi penyabar. Kalau dah lambat sangat, tu nampak button pangkah merah kat atas tu? Haa faham-faham la ye.
Nah kau tatapla benda ni puas-puas time nak loading page.
  
Kemas dan tak semak mata memandang.

Ada blog memang best. Sebab korang boleh hias macam hias rumah. Boleh letak itu ini. Letak lampu kelip-kelip pun boleh. Tapi kalau dah semua benda nak letak, tak ke semak? Sampai kalau nak baca entry pun terganggu. Untuk orang yang susah nak fokus macam aku memang payahla. Tengah baca entry nanti mata di drag ke tempat lain. Lepastu nanti confirm dah tak feeling lah kan? Baca entry orang pun kena feeling tau.

Tulisan.

Bila kat blog, tulisan kita yang buruk kat alam nyata pun boleh jadi cantik. Sebab komputer yang tuliskan kan? Eh tak. Tulisan aku kat alam nyata pun cantik jugak. Hehe~ Tapikan, tulisan tu janganlah cantik sangat. Fikir jugak pasal pembaca. Diorang senang ke tak nak baca.Blog is public ok? Bukan private kawan-kawan je nak baca. Kalau tulisan tu dah fancy sangat, yang rabun bertambah rabun. Untuk mengelakkan dari bertambah rabun, butang pangkah kat atas menjadi pilhan.

Gila serabut.

Ayat dan ejaan.

Benda dua ni memang tak boleh di pisahkan. Bagai aur dan tebing. Ada orang tak suka baca blog yang ejaan nya semua dia bantai singkatkan. Lepastu ayat macam takda arah tuju. Dia nak cerita apa pun kita tak tau. Lagi satu, orang tak suka ejaan yang ada 'ewww' kat belakang. Bagi aku tak kisah sebab google translator kan ada. Tapi google translator pun tak boleh nak translate. HAHA =.='' 

Malay to English Translation.

English to Malay Translation.
Haaa takda perbezaan kan? So eja la betul-betul ok? Jangan buat orang pening.

Sibuk pasal follower.

Fine bila bab follower je aku jadi resah. Sebab aku tengok ramai yang guna istilah ni " Follow me. I'll follow you back." Cuba tukar sikit ayat tu " Blog you best. I dah follow. Follow la blog I jugak kalau you rasa best." Haa kan best macam tu? Terus-terang aku cakap, kalau orang follow blog aku, bila dia suruh follow balik aku macam ok nak buat camne ni eh? Kalau aku tak follow, dia unfollow balik ke? Tapi aku takdala kejam sangat. Kalau yang tinggalkan link kat shoutbox confirm aku datang jenguk. Buat apa follower ramai, tapi tak semua yang nak datang blog kita and baca dan komen. Kan?

Haaa tu ajela kot. Anyway, keep it simple la kan bila time berblogging. Simple is sweet. Tak memaksa dan tak dipaksa. Semua orang happy. Dan terima teguran dan komen orang yang datang baca blog kita. So pesanan dari aku ;

"Jangan stress sebab blog."

Sila Like, Kalau Suka =D

8 comments:

Lavender Harum Wangi said...

erk, blog aku cane? lembab tak nak load? jujur pleaseee~~~ >.<

Shafiza said...

Kalau guna streamux laju la darling.. aku tak try lagi guna broadband~

Hakeem Yusof said...

haha itew sukew entriw niew~ -.-

Shafiza said...

hehe gediknyeww awk~ ;p

Unknown said...

iteeww pownnn...

Shafiza said...

NUB : nak jugak....

Chuck said...

belog iteww tak beshh pun taww. sob sob sob.

Shafiza said...

Singa ni lidah tergeliat ke hah? Ke tertelan rambut sendiri banyak sangat?