Sunday, March 6, 2011

Mana satu betul?

Eh cantik ke blog aku macam ni? Ke biasa je?  Dahla...aku memang takda seni-seni mengalir dalam darah aku ni. Lukis orang lidi pun buruk.

Aku makin pelik sekarang. Kenapa ye budak-budak sekarang makin kurang ajar? Aku tengok anak buah aku tu dah tak tau nak cakap macam mana. Bukan nak kata anak buah aku kurang ajar ke apa. Tapi nak bandingkan dengan cara ayah aku didik aku and adik-beradik yang lain, aku rasa lagi berkesan.

Nak tau sebab apa? Ayah aku garang tau dalam mendidik anak-anak dia. Lagi-lagi kalau bab pelajaran. Aku pernah kena rotan. Ye rotan. Sakit kot tapi nak buat macam mana. Kecik-kecik dah nakal. Dah dewasa ni baik sikitla. Sikit je baiknya, tapi boleh lagi buat menantu kepada Pakcik Anuar. Wink wink (^-^)

Ayah aku sekarang manjakan sangat cucu dia. Dah tinggi suara kat orang tua pun still lagi nak cakap "Biarkan." Buat salah apa-apa mesti akan cakap "Biarkan." Dulu, kalau time aku tinggi suara confirm lah makan rotan. Result teruk pun ayah aku dah mengamuk.

Mungkin sebab tu jugak budak-budak sekarang bukan main lagi naik kepala. Nak pukul pun dah tak boleh takut makbapak saman. Dan yang paling teruk, kalau pukul or rotan, diorang akan melawan balik. So tak tau la kan nak buat macam mana dah. Nak salah kan cikgu pun boleh gak. Sebab guru disiplin pun dah mula cabul pelajar. Tskkk =.=''

So bagi korang macam mana? Apa jalan terbaik nak didik diorang ni?
Sila Like, Kalau Suka =D

5 comments:

AyinAyob said...

SAME LAH MACAM ADIK AKU!!!

Shafiza said...

siyes weh~ anak buah aku tak tau la menurun sapa.

hakeem kira said...

hambat je kalo tak dgr cakap

Shafiza said...

Makcik aku kata " dia ni budak2..kita kena cakap elok2,lembut2...jgn marah2."

Jadah menda bdk2 kalau dah form 1.

meLLy! said...

same lah macam ak!! haha