Friday, March 18, 2011

Orang gelojoh selalu rugi.

Musim malas update blog telah mula. Ye update blog juga ada musim tau kawan-kawan. Kalau time rajin tu, sehari 14 entry aku hapdet(*tipu.). Kalau musim malas menjelma, rasa macam nak delete blog mula menghantui diri. Lepastu bila nak mula tulis entry, time tula nak baca surat kabar and stalk fb orang lalu entry pending and ambil masa 2 jam nak abes taip. Sila jangan jadikan contoh.

Ok harini aku nak membebel pasal sifat tamak haloba dan juga gelojoh. Lebih kurang ajela maksudnya ni. Jangan nak tipu aku and cakap ;

"Eh aku tak tamak and gelojoh. Aku sopan. Sila pilih aku jadi calon menantu."

Dem yu. Menipu aku nombor satu. Padahal kalau makan KFC aku nak mintak cheezy wedges punyala tak bagi. Siap cakap dah basi lagi padahal baru beli. Cet! (*takda kena-mengena dengan yang hidup atau sedang pengsan)

Marilah aku story sket pasal sifat gelojoh aku. Entah aku rasa sifat gelojoh ni macam dah sebati dengan diri aku. Tak ikut keturunan pun, mungkin sebab radiasi. =.=''

Gelojoh 1 : Beg Laptop.

Masa beli laptop dua tahun lepas, dapatlah beg laptop free. Tapi dapat yang beg galas tepi. Lepastu, bila nampak orang pakai beg laptop yang sandang punya, mulalah gelabah nak jugak. Tak nak usha abes-abes, trus pegi beli kat Metropoint Kajang. Harga RM100++.

Warna kelabu pilihan hati.
Dah ada beg ni, nak angkut laptop mana-mana pun senang kan? Tak sakit bahu sebelah. Yelah, kalau pakai beg galas tepi tu, sebelah bahu je yang terasa beban. Tak adil bagi bahu itu. Nanti bahu tu cakap "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul."

Episod mengecewakan dan merugikan mula timbul bila beg macam ni ada jual kat pasar malam. Kakak aku beli beg ni jenama HP kat Mines harga RM60. Dan kalau harga pasar malam aku tak nak tau. Serius tak nak tau sebab boleh mengundang kemarahan.

Gila apa beli beg laptop sampai RM100++ padahal lebih kurang je dengan yang dijual kat pasar malam. Bukannya beg laptop aku tu ada aircond ke apa. Merugikan.

Gelojoh 2 : Broadband.

Sekarang aku pakai broadband maxis. Baru nak masuk sebulan lah pakai. Masa awal-awal beli dulu serius aku menyirap. Dahlah aku beli and dah bayar RM100, tapi takda stok. Dia suruh tunggu and aku oklah. Tapi bila esoknya pun tak dapat gak, memang aku call la orang maxis tu lalu membebel kat dia. Mungkin sebab aku slalu call akhirnya dapatlah broadband aku.

Dan semalam kawan aku beli jugak broadband and sama pakej dengan aku. Tempat yang sama. Perlu bold kan perkataan sama bagi melahirkan effect yang lebih berkesan. Dia dapat modem yang lagi best! Siap dapat wayar USB, bekas broadband yang lebih mengghairahkan dan juga paper bag maxis. Ini tidak adil!

Aku dapat modem macam ni. Tanpa USB dan juga paper bag maxis.
Kawan aku dapat modem yang ni. Cantik T__T

"Kau ni pasal modem pun nak kecoh."

Haha biarlah aku kecoh. Kecoh adalah hak milik setiap insan. Kbai~
Modem tak penting, kelajuan tu yang penting. <---ayat nak sedapkan hati.


Setakat ni baru ada 2 episod kegelojohan aku. Kira yang dua ni aku paling nyesal la. T__T  Okla aku nak pegi jalan-jalan cari blog best. Bai.

Akhirnya entry ni pun pending and ambil masa 2 jam untuk tamat menaip. HAHAHAHAharam~







p/s : Isnin atau selasa depan aku nak kena interview dengan orang yang nak datang audit UiTM. Pengsan =.=''
Sila Like, Kalau Suka =D

4 comments:

Anonymous said...

weh, ko gna bb maxis ke ? ak gna bb clcm tapi sume tu da tinggal sejarah. cti sem lps ak menamatkn riwayat hidup beliau.

Shafiza said...

Yep sayang..aku amek pakej 6 bulan je.Untuk sem ni sebab banyak keje.

Banyakla sgt padahal online je kejenya..hehe ;p

Atikah said...

Interview orang audit utk system?

Shafiza said...

ATIKAH : audit utk subjek paradigm.