Tuesday, March 1, 2011

Pengalaman dengan orang yang mulut selalu keluar asap.

Aku baru lepas baca balik Zine 1 from kakiBLOGGER. Pasal rokok. Semua bercerita pasal rokok dan pengalaman mereka dengan rokok.

Dan aku tiba-tiba teringat pengalaman aku. Ya tiba-tiba. Sebab Haidi Anuar dulu adalah seorang perokok tegar. Tegar yang sangat tegar. Haidi Anuar tu sapa? Dah kau pegi tengok post aku sebelum ni.

Dulu masa awal kenal, aku tau dah dia perokok tegar. Asal masuk kerja je, dia mesti pergi toilet dulu. Berasap kat toilet. Konon baru ada semangat nak kerja padahal dia dah menyusahkan aku.

Cuba kau bayangkan. Bila kitorang dating, sekotak boleh habis. Dan aku selalu menjadi mangsa kena sedut segala asap hembusan dia tu. Dan aku straight forward kat dia aku cakap " Sayang tak boleh hidu asap rokok." Dan sejak tu, dia mula tak merokok depan aku. Kalau merokok pun, dia pegi tempat lain.

Aku jugak pernah curi rokok dia. Lepas dating, aku nak masuk kerja. Aku amik rokok dia and dia mula gelabah datang mcd cari aku. HAHA padan muka. Buat muka kesian depan mcd tu suruh aku pulangkan balik rokok dia.

Dan lepastu aku kena masuk PLKN. Tak dapat la aku nak meneruskan usaha nak suruh dia stop smoking. Tapi aku tak tinggalkan dia macamtu aje. Aku suruh dia tulis dalam buku, sepanjang aku takda sehari brapa batang dia hisap rokok. Lepastu aku suruh dia kira brapa duet dia dah abes kat rokok. Biar dia renung sikit.

Sampai aku nak putus asa dah suruh dia stop smoking. Rasa kecewa sebab dia tak pernah berubah. Agaknya, bila dia nampak aku kecewa dengan dia, dia mula usaha sikit.

Sedar tak sedar, dah 3 tahun dia stop merokok. Anyway, dia bukan stop mengejut macamtu. Mula-mula dia kurangkan bilangan rokok yang dia hisap. Kemudian, dia start hisap rokok daun. Tak tau la kan apa motif dia hisap rokok daun tu.

Nak berhenti merokok ni selain dari usaha sendiri, support dari orang tersayang pun perlu sangat. Dan ada ayat pedas dari aku untuk Haidi Anuar ;

" B nak mati cepat sangat ke? Tak nak jaga makabah? Tak nak jaga sayang?"

Tsskkk..aku kejam aku tau~ =.=''
Sila Like, Kalau Suka =D

4 comments:

lavender harum wangi said...

erk? bagus nya~ usaha sendiri tu yg penting sebenarnya.. kalau kita dok suruh2 benti tapi dia sndiri xnk benti pun xjalan jgk~ >.<

Shafiza said...

Yela..mmg usaha sendiri tu penting.
Tapi kadang2 diorang ni lambat sikit nak sedar nya.
Kalau ada orang push dia, baru dia gerak.
Kan?

lavender harum wangi said...

aku dah push~ tapi kalau push sgt dia kata mendesak.. dem~ xtau nak buat apa dah.. =.="

Shafiza said...

kau lempang je dia..haha ;p
tak la..jgn la terllau mendesak weh.
slow2~