Thursday, March 10, 2011

Takpa aku cool.

Orang kata kalau kita buat sesuatu yang memalukan, lepastu kita gelak kat diri kita sendiri dah kira kita cool.

Dan aku tak tau lah celah mana coolnya tapi takpa. Entry kalini aku nak share lah kan pasal story aku yang memalukan diri sendiri. Bukan selalu nak tengok aku malukan diri sendiri tapi ni versi tak sengaja ok. Malang tak berbau.

Arini lepas balik test statistics, aku dengan kengkawan aku jalan lah balik asrama denga riang ria hari raya nya. Aku macam biasalah, kaki laju, mulut pun laju skali. Nak sedapkan lagi cerita keadaan lepas hujan, so jalan licin lah. Ada satu jalan ni, kira macam short cut orang malas macam kau eh tak, macam aku selalu jalan sini walaupun risiko nak jatuh tu amatlah tinggi, apa aku pedulikan. Aku kan pandai imbang badan. Bekas ahli sarkas lah katakan~

Jalan ni macam berbukit sket. Sebenarnya takda jalan pun situ tapi sebab dah ramai ikut situ, automatik trus ada jalan. Dah nama pun baru lepas hujan, mestila licin kan? Aku time tu tengah membebel dalam henfon dengan encik Haidi Anuar. Bila time nak turun bukit tu sekali kan...

GEDEBUK!

Ya tekaan anda memang betul. Aku bersila kat situ sambil main batu seremban. Lalala~ Tak ah. Aku jatuh lah der. Gila kot jatuh sambil kaki melunjur. Macam tengah buat regangan kaki plak aku kan kat situ. Dahla ramai orang sebab semua baru balik kelas. Campur plak dengan orang tengah berlatih silat kat padang. Aku menjerit time jatuh tu sebab terduduk sakit gila. Dan aku rasa budak-budak silat pun menjerit sekali. Bukan menjerit terkejut ke apa, menjerit mengejek. Aku yakin. =.=''

Paling cuaknya sebab lagi sikit je aku nak masuk longkang. Lagi brapa cm je weh. Agaknya kalau aku masuk longkang, tengah malam kul 1,2 pagi lah aku baru keluar dari longkang tu gamaknya. Tak pun buat-buat tengah cari barang lepastu buat ayat macam ni ;

"Eh petang tadi aku terjatuh pensil case kot dalam longkang ni." Ok bai.


Selain jeritan mengejek budak-budak silat tu, aku jugak turut terdengar sindirian sinis dari orang lalu-lalang situ ;

"Tula..ada jalan besar tak nak guna." =.=''

Ok bai lagi. Aku bangun, sambil di cover oleh kawan-kawan aku, aku teruskan perjalanan balik bilik dengan tangisan. Ceh kantoi aku nangis tak kacak dah lepasni.

Ini lah hasil dari jatuhan aku tadi.

Terbaik dari ladang.
UPDATED : Ini tumit. Rupanya ramai tak kenal tumit.

Dan time aku jatuh tu, aku lupa nak matikan call. Encik Haidi Anuar call balik dengan nada cemas ;

Haidi Anuar : Kenapa tadi?
Aku : Jatuh... (*dengan nada sedih)
Haidi Anuar : Laa...patutla. Ingatkan bunyi apa tadi.

Kuat sangat ke bunyi aku jatuh tu wahai encik Haidi Anuar? =.=''
Sila Like, Kalau Suka =D

12 comments:

~Anis Aisyah~ said...

gmbr ap sbnrnye tu? ltut ko ke? erk~! ak mcm gelak sorg2 bile pkck haidi anuar ckp" la ingt kan bunyi ap" hahahahahhaa... sian ko... sapu ubt ye yang...

Shafiza said...

ANIS : tu namanya tumit.Kau tak kenal tumit ke? hehe... thanks kesiankan aku..sob sob...dah sapu minyak gamat.

Chuck said...

aku pun masih tertanya-tanya. amende tuh? lutut ke? hahha

Shafiza said...

CHUCK : Itu adalah sejenis tumit. you know tumit? tak tau aku google.

Fy Hashim said...

td aku pon jatuh time nak naik bas. baikkk punya jatuh... malu gila. dah la hujan. =.=

Saya Nina Syakira said...

aku mintak maaf bnyk2 .. aku gelak smpy menangis baca entri kau sbb klaka ==' tapi aku simpati jugak.. len kali ikot jalan besar taw.. err luka tu sapu ubt nnt nanah kan saket ok :) syg kau hahaha

Shafiza said...

FIFI : huaaa..jatuh bas pun penah..siap berlutut lagi kat jalan. =.=''

NINA : hehe ;) malunyaaa aku...takpa aku maafkan. Sebab aku pun gelakkan diri aku sendiri. Syg kau gak. ;)

Anonymous said...

pija, aku salu jatuh kot. tp xde la smpi luka2. sabar k. sapu ubat ye syg :)

lavender harum wangi said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA, kesian~~ xpe2, femes la ko lepas ni~ :D

Shafiza said...

MELLY : wuwuwuwu~ aku jarang jatuh. dah sapu ubat pun and dah elok sikit.

LAVENDER : wahaha~ femes tak femes lah. sebab malam kan. Mana nampak muka aku.

Atikah said...

Shortcut longkang kat susur gajah depan kompleks ek? Tak suke lalu situ :\

Harap2 bila jalan tak sakit. Distance ke kelas bukan dekat.

Shafiza said...

ATIKAH : yep..selalu lalu situ...tapi smlm br lepas hujan. Tu yang accident kat situ. =.=''

Tak sakit sangat. Dah ok ;)