Thursday, April 21, 2011

Dalam dewan exam.

Aku dah lepas satu paper. Yay! Rasa macam dah abes paper and nak balik kampung trus je(*sambil kemas-kemas barang masuk dalam beg). Tapi masalahnya sekarang ada lagi 3 paper nak kena redah. Trus lipat balik baju masuk dalam locker. =.=''

2 hari aku menyemakkan kepala otak dengan subjek statistics. Naik kebas aku duduk je tak gerak-gerak. Haih semoga dapat result yang gempak lah ye.

Harini first paper aku. Aku nak cerita ah pasal keadaan dalam dewan exam. Lagi-lagi kalau exam dekat DSG atau nama lainnya dewan sejuk giler. Memang sejuk giler pun. Kalau nak ready pegi amek paper kat DSG mesti macam nak ready pegi kutub utara. Dengan sweater nya, sarung tangan, sarung kaki, scarf leher... Haha aku tipu je. Sweater je dahla. Nih nak cerita pasal perkara rambang dalam dewan exam. Ah kau shafiza tak habes-habes rambang-rambang.. =.=''

Dewan Exam 1
Dalam dewan tu dah lah ramai betol umat manusia. Menambahkan rasa cuak di hati. Lagi-lagi kalau duduk sebelah budak yang kerjanya asyik mintak kertas selang 5 minit. Hebat gayanya jawab soalan tu. Rasa tercabar. Aku pun nak jugak mintak kertas selang 5 minit tapi memandangkan buku jawapan depan mata pun banyak kosong, lebih baik aku duduk diam-diam dan lukis gambar awan kat tempat kosong tu.

Tee hee. Aku jawab macamni mau pengsan lecturer aku.
Dewan Exam 2
Bunyi jalan pengawas exam. Sreeettt sreeettt bunyi kasut dia. Yang pakai kasut tinggi lagi best. Ketak ketak ketak bunyi dia jalan. Macam tengah berkawad. Hai pengawas. Saya nak fokus ni tapi bila dengar bunyi kasut awak trus saya menyimpang jap fokus saya tu. Saya fikir kasut menda awak pakai, mahal ke tak... =p

Dewan Exam 3
Nampak orang sebelah bawak 'toyol' masuk dewan. Wah wah ekau. Aku ni tak ingat formula kau senang-senang ada toyol tolong. Tak adil!

Hoi meniru meniru meniru. Kita bagitau mak kita!
Dewan Exam 4
Kalau dapat meja yang tak brapa stabil, memang boleh mengundang marah. Nak menulis secara rakus pun tak boleh kang orang lain annoying plak bunyi meja kita yang tak stabil tu. Terpaksalah duduk ayu-ayu.

Dewan Exam 5
Selalunya...30 minit lepas masuk dewan and 30 minit nak abes exam tak boleh kuar dari dewan kan? Haaa ni nak cerita 30 minit terakhir tu. Sepanjang 3 jam jawab exam punyalah fokus. Sombong tak nak pegi toilet sanggup tahan tangki minyak tu. Rasa-rasa dah jawab semua, baru nak bangun pegi toilet, skali dengar pengumuman ;

"Ok masa tinggal lagi 30 minit. Pelajar dilarang keluar dari dewan sehingga peperiksaan tamat."

Terbaik lah. Memang kena tahan lagi 30 minit lah jawabnya. =.=''

Dah lah. AKu nak pegi ganti tido. Sejak-sejak musim final melanda ni, aku tido lambat dan bangun awal. Sangat pelik bagi orang yang bernama shafiza. Sebab dia kalau takda kuliah akan tido macam bayi. Tak reti-reti nak bangun. Haha ok bai.

Sila Like, Kalau Suka =D

3 comments:

nadira shahid said...

your experience same lor, lebih2 lagi bab sebelah kalau student jwb dgn pantas.. tgk kertas die full dgn jwapan, tension dowhh ;p tapi time exam selalu kuar awal, dewan cm ktub utara ;p

Shafiza said...

haha tau xpe..kite punye kertas byk lg kosong...nak kata jimat kertas tak jugak..hehe ;)

Anonymous said...

jom pegi pasar malam. hahahahahaha.. good luck sayangg!! semalam tak sempat balas mcg ko sebab aku tido dgn jayanya :) muwahhh!! :)