Friday, April 15, 2011

Final exam datang melambai.

....lalu aku pun melambai balik dekat dia sambil berkata "Jangan berani kau datang dekat aku". Haha ini salah satu contoh perbuatan gila sebab bercakap seorang diri. =.=''

Harini marilah kita merambang-rambang kan diri kita. Sebab aku malas nak fokus kat satu tajuk je. Salah satu faktornya otak aku sekarang dah memang out of service nak fokus satu benda lalu terjadilah perkara rambang ini.

Perkara rambang pertama. Dah kenapa sekarang wujud plak award artis paling seksi bagai ni? Gila ke apa? Awak tu duduk Malaysia, kalau pergi event mana-mana tak perlu lah nak pakai baju macam hollywood. Dedah sana, dedah sini. Aku yang perempuan ni pun malu tengok. Kalau boleh nak pakai bikini. Bengong. Apa? Pinggul Fasha Sandha paling menggoda pun masuk surat khabar? Rasa nak bakar je surat khabar tu patutnya bagilah informasi berguna bukan jadikan macam majalah playboy. Yang dapat tempat top kat senarai artis paling seksi ni pun kebanyakannya Islam. Satu je aku nak cakap ; Buat Malu Agama.

Takda kerja cari kerja. Takda bahan cari bahan tak berfaedah.

Perkara rambang kedua. Aku sentap kot bila ayat ni di utarakan kat aku.

"Dapat Dekan and pointer 3.7 ke apa tapi basic programming hancur."

Woi serius rasa nak kemas je barang-barang and balik kampung bercucuk tanam je. Time tu jugak nak menyorok bawah meja and tak nak keluar dah. Nahlah..amik lah balik pointer aku ni. Dah jangan kacau aku nak bercucuk tanam!

Perkara rambang ketiga. Aku sedar habit baru aku. Tulis status kat facebook. Kalau takda orang komen atau like, aku akan delete status tersebut. Hahahahahaha sengal punya perangai. Dan aku juga suka tulis dan delete, tulis dan delete. Please bear with me people. =)

Perkara rambang keempat. Bosan dengan dunia artis dan tak berminat nak tahu dah. Drama je lebih. Perangai ke laut. Tapi Fahrin Ahmad tetap di hati wow Fahrin hot.

Perkara rambang ke lima. Sekarang ni banyak benda palsu. Bulu mata palsu, telur palsu dan perangai palsu. Semua nak palsu, dah tu apa je yang nak original? Ayam KFC je yang still ada original. Tapi kan, kenapa perlu telur yang di palsukan? Aku suka makan telur lah bai. Tolonglah jangan buat cenggini. Saja la tu nak suruh aku kurus. Semua makanan dah tak selamat, lalu aku pun makan sikit. KOT? Agaknyalah makan sikit. Lalalala~

Berat bulu mata ni pun dah 1 KG. Lagilah aku akan mengantuk lebih dari biasa.

Dah dah cukup merambang. Esok aku MUET. Doakan aku dapat Band 6. Kalau dapat Ben 10 pun ok jugak. Boleh bagi hadiah kat anak buah aku. Sentap~
Sila Like, Kalau Suka =D

2 comments:

Anonymous said...

good luck sayang!! i know u can do it !! this sem kasik 4 flat pastu bg kt org yg kasik ayt sentap tuh. ahaaha

Shafiza said...

yeah syg..amin... ;)
thanks and good luck to u too..