Sunday, April 10, 2011

Bila final semua cuak,nebes dan sebagainya.

Busy, busy jugak. Tapi blog tetap di update sebab takut nanti nampak terbiar, usang dan bersawang. Kah kah kah...sawang lah sangat. Please, blog i bukan tempat spiderman menetap ok?

Eh musim final exam kembali lagi. Ye macam tengah buat iklan menda ntah aku ni. Jap jap nak cakap. Inilah final exam aku yang terakhir sebagai seorang student diploma.(*sambil dengar lagu Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal.) Sob sob sob~

Dah lupakan kesedihan kejap. Bab kesedihan nanti aku nak buat entry yang serius menusuk kalbu. Ini serius.

Harini marilah kita sama-sama berkongsi tips nak menghadapi final exam dan akhirnya lulus dengan cemerlang. Ceh konon dah cemerlang sangat lah ni wahai cik shafiza? Tak tak. Aku tak cemerlang lagi and still BANYAK benda nak kena baiki. Tapi apa salahnya kan berkongsi? =)

Yang utama dalam hidup kita ni tak lain tak bukan Tuhan. Tak kiralah kita ni agama apa. Masing-masing ada kepercayaan sendiri kan? Bagi yang beragama Islam, Allah SWT adalah yang utama dalam hidup kita. So kena lah banyak berdoa kepada Dia. Mohon petunjuk dan mohon agar kita sentiasa diberi kekuatan dan kecerdasan fizikal dan mental untuk belajar. Semoga dipermudahkanlah urusan pembelajaran kita. Nak berdoa ni bukan time nak exam je tau. Sepanjang masa! Jangan time nak exam je baru nak ingat Tuhan. Solat 5 waktu kena jaga, wajib jaga. (*peringatan kepada diri sendiri) 


Seterusnya Ibubapa. Ye, Ibubapa sangat-sangat penting. Bukanlah nak bangga diri ke apa, setiap kali ada test, mesti aku cakap dekat mak aku mintak doakan. Walaupun tu test biasa-biasa yang nak kumpul carry marks tu kan? Takpa. Mintak restu and keberkatan. Bila masuk U ni lah aku sedar apa kesalahan aku time sekolah dulu sampai SPM aku hancur. Sebab aku suka melawan cakap makayah aku terutama ayah aku. Sekarang ni, setiap kali aku berjaya, aku akan fikir ;

"Kejayaan aku ni untuk mama and ayah."

Doa ibubapa tu entahlah. Macam satu magik tau. Yang akan membantu kita susah dan senang. Amalkan lah setiap kali sebelum nak masuk dewan exam tu, call makayah korang. Confirm hati korang tenang dan dapat menjawab dengan baik. InsyaAllah.

Ini mak and ayah aku. Bukan makayah korang. Hehe ;p
Study smart, not study hard. Prinsip ni aku tanam dalam diri aku. Buat apa nak paksa diri study sampai jammed otak? Nanti bila time final terus stuck otak tu baru tau. Otak ni macam mesin lah. Kalau dok paksa dia kerja je, dia pun leh rosak. Kan otak kan?<---gila cakap dengan otak. =.=''

Kalau aku macamni pun boleh jadi gila.
Seterusnya...terus jangan belok-belok. Haha tak ah aku joking you know joking? If you don't know what joking is, go terjun KB Mall. Ni nak cakap, hubungan baik dengan pensyarah kena jaga. Bukan hubungan terlampau baik sampai skandal bagai. Maknanya, kalau rasa-rasa ada ter-kurang ajar, ter-tak sopan or ter-sakitkan kan hati pensyarah tu, bawak-bawaklah mintak ampun.(*peringatan kepada diri sendiri) Maunya pensyarah tak halalkan ilmu, dah kau belajar sampai part 20 repeat 18 kali belum tentu kau akan lulus. Kan?

Bukan setakat dengan pensyarah, dengan kawan-kawan dan juga peminat eceh peminatlah sangat, maksud aku dengan orang sekeliling kena jugak jaga. Orang selalu kata kalau cukup 40 orang or 40 kali orang cakap benda buruk pasal kita, mesti kita akan kena. Tak taulah kan apsal 40 kali. Ok sekarang pegi cakap 40 kali benda ni ;

"Semoga shafiza dapat 4 flat sem ni!"

Haha terima kasihlah kerana mendoakan aku.

Bila time exam, nak jawab soalan tu kan. Kadangkala-jengking kita ni tiba-tiba blur. Macam otak tak dapat nak fikir jawapan. Bacalah Surah Al-Fatihah dan Surah Insyirah. Ni lecturer aku ajar.

Surah Insyirah.
Dan paling penting, jangan biar kosong jawapan tu. At least tulis something yang masuk akal. Bagi aku, tidak pun mana lah tau orang yang mark kertas korang tu baik hati and nampak kesungguhan korang nak jawab soalan. Ingat time exam ni, 0.01 markah tu sangat berharga ok? So baik jangan tinggal kosong.

Dah tu je kot? Overall, selain doa, ibubapa dan pensyarah, semua usaha terletak kat kita sendiri. Kalau kita tak tolong diri kita, sapa lagi nak tolong. Doa 24 jam tapi tak study, tak guna jugak kan? Akhir kata ;

"Good luck for your final!"

Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: