Saturday, May 7, 2011

Aktiviti time cuti.

Happy holiday semua.
Assalamualaikum dan selamat bercuti semua =)

Rasa-rasa budak degree UiTM tak abes exam lagi kan? Ke ada yang dah abes? Kesian kesian. Tapi kami yang Diploma lagi kesian sebab cuti sebulan je. Tskkk... (*_*) Anyway, selamat menternak lemak lah ye dekat rumah. Cuti 4 bulan kan? Boleh ternak banyak-banyak then apply nak masuk The Biggest Loser. Trus famous weh~~ Haha confirm kene baling kasut kang aku ni. =p

Wow jelesnya nak masuk gak biggest loser!
Korang rasa kan, cuti ni apa eh aktiviti yang best nak buat? Banyak aktiviti sebenarnya tapi terpulang kat kita rajin ke tak. Kalau jenis pemalas macam aku, memang kau tersadai je lah dekat rumah macam kereta rosak. Apa pun tak jalan...Agagaga sedapnya kutuk diri-sendiri. Jom lah kita sharing aktiviti yang boleh di buat time cuti yang panjang lebar sebanyak 4 harakat bersamaan 4 bulan. Tak sama eh 4 harakat dengan 4 bulan? Errr ada aku kesah?

Kerja.

Bagi yang bermata duitan seperti aku lagi(*banyak betul sifat negatif kau wahai shafiza), korang boleh lah kerja. 4 bulan tu. Agak-agak kau kerja banyak gak boleh dapat. Aku kerja dua bulan lebih lepas SPM dulu pun boleh dapat RM1000++. Yelah, of kos lah kan cuti ni korang nak enjoy-enjoy takkan nak harap duit makayah je? Kalau bukan nak enjoy pun, boleh simpan buat belanja bila bukak sem nanti. Banyak kerja korang boleh apply macam kerja kat MCD(*ehem tempat aku), kedai baju, cybercafe and macam-macam lagilah. Kang aku sebut banyak-banyak dah jadi lain plak. Terpesong tajuk trus jadi tajuk "Kerja best time cuti."

Eeeuww please jangan apply kerja menda ntah ni hidu-hidu ketiak orang?
Melancong.

Yahooo.com! Seronoknya melancong. Untuk keluarga yang berkemampuan why not korang pergi melancong. Rehat-rehat kan minda. Yelah time belajar kan kononnya korang tension lah padahal takda lah study sangat duk ngadap game je 24 jam. Haha relaks relaks... Gurau saje. Tak payah lah nak melancong sampai ke Paris,London...Malaysia pun dah cukup. Paling tak pun, pegi Port Dickson je. Macam-macam pulau kita ada kan?Pulau Tioman,Pulau Langkawi and Pulau Pandan jauh ke tengah gunung daik bercabang tiga. Lidah kau bercabang-cabang(?) Haha teremo plak.

Bora Bora Island. Superb!
Jumpa Kawan Lama.

Kalau ye pun pemalas janganlah sampai tak keluar rumah. Dahlah kat U pun korang terperap dalam bilik. Bawak-bawak lah diri pegi tengok sikit pembangunan kat luar tu. Pegilah jumpa kawan-kawan lama and luangkan masa dengan diorang. Masing-masing busy kan dengan study? Ni bila cuti marilah kita berseronok bersama sambil catch up apa-apa yang perlu di catch up.


Bowling,Movie dan seangkatan dengannya.

Kalau tak dapat pegi melancong, boleh pergi main bowling, tengok wayang, karaoke or window shopping. Haaa ni lah aktiviti aku slalu buat time cuti memang takda benda lain dah. Agak-agak bolehlah lepasni asah bakat nak jadi pemain bowling wakil taman perumahan ke. Tak pun pegi try ujibakat nak masuk Mentor sebab asyik lah ber-karaoke tak abes-abes.

Belajar masak.

Feewwwiitt~~ Hai belajar masak? Gaya nak kawen dah ni eh blaja masak? 

Ah persetankan ayat-ayat tersebut. Takkan nak kawen je baru nak blaja masak kan? Banyak faedah kalau kau blaja masak. Selain persiapan masa depan, boleh buat modal nak berlagak kat Zaiton anak makcik Jenab sebelah rumah. Yelah tak abes-abes kutuk ngata kau tak pandai masaklah apala. Masakkan sikit makanan macam kat hotel tu. Pastu anta kat rumah dia. Haha aku gurau je. Takdalah serius banyak lagi faedah lain. So cepat, pergi blaja masak.

Aaauww sentap Zaiton tengok nanti~

Ok cukup dulu stakat ni. Rasa-rasa nak buat episod 2 plak nanti,aku buatlah. Kalau rajin~ Ok bai. Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: