Thursday, May 5, 2011

Hilang suami.

Haish itulah perasaan aku sekarang. Serius rasa macam bini yang hilanng(*malas nak padam huruf 'n' terlebih tapi rajin plak tambah ayat lain) suami. Haha pening gila tengah baca-baca skali ada ayat dalam kurungan. Panjang lebar plak tu.

Apsal cepat sangat masa berlalu ni? Aku rasa macam baru je lagi kena tinggal. Oooppsss kena tinggal? Jangan salah faham lah. Kena tinggal dengan Encik Haidi sebab dia pegi masuk Pulapol kat Sarawak. Aku ingat, baru semalam hantar dia kat Pulapol KL tapi semua tu khayalan. Dan, masuk cuti sem ni dah 2 cuti sem aku abeskan masa dekat rumah sambil mengadap laptop tak campur dengan dunia luar.

Agak-agak kau tengok aku sekarang dah macam bini hilang suami tau tak? Tak terurus. Muka sembap hasil tido lewat(err bangun pun of kos ah lewat), asyik tido je, ngadap laptop sampai mata dah tak bersinar. Aku rasa aku harus minum pati Innershine.

Untuk mata yang lebih bersinar.

Takda keje nak minum Innershine kalau kau tu asyik duk ngadap laptop, tido pun tak jaga.

Ada kau kesah?

Aten and Nab busy dengan hidup masing-masing. And ouh, Aten tak abes exam lagi haha kesian kau. Cepatlah abes exam boleh kita abes kan lesen kita. =)

Anyway sebenarnya aku nak cerita, aku rindu Haidi. 

Abes tu kat atas tadi tu yang panjang lebar tu apa?

Itu err tu err mukadimah je baru. Agagagaga~~ Tapi, silalah izinkan aku mendayu-dayu kat entry kalini sebab aku sangat rindu waktu lepak aku bersama Haidi. Ye, aku tak gelarkan kami dating sebab tak best. Aku suka cakap kitorang lepak, sebab kitorang memang betul-betul lepak.

Dia jelah yang sabar dengan aku sepanjang 3 tahun bersama ni walaupun aku slalu marah dia. Anyway part yang slalu marah tu waktu aku PMS je. Haha whateverr! Unlike some people who says friends forever but in the end cannot stand the real me. Sorry, I am suck at pretending. This is me. Buat apa nak paksa diri kau kawan dengan orang yang teruk macam aku kan?Thanks to you now I know who are the true friends. =p

Lol terkeluar tajuk plak. Selalunya cuti sem aku akan abeskan dengan Haidi. Kadang-kadang bosan jugak lah en bila dah hari-hari jumpa. Tapi bila fikir balik memori-memori tu lah yang bantu aku rindu kat dia sekarang bila dia jauh dari aku. Kalau nak pegi uruskan apa-apa, aku ada Haidi yang temankan. Entahlah, macam tak kesah pun ada orang nak temankan ke tak sebab Haidi will always be there for me.

Now he's not here. Sangat susah sebab kalau nak keluar nak pikir sapa nak temankan. And I have to take public transports which to tell you the truth, I hate being on the public transports. Cepatlah dapat lesen so I can stand on my own feet. Susahlah nak harapkan orang. Kita pun tak tau orang tu ikhlas ke tak. But, I know sapa yang selalu teman aku bila Haidi takda tu, diorang memang ikhlas. Ke? Hanya Allah je yang tau.

Dan..aku sangat rindukan Haidi. :')

Hai awak. Rindulah berbakul-bakul, berbaldi-baldi, berbesen-besen, timba dan segala macam lagi. Rindu kat awak sorang je tau.

Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: