Monday, May 30, 2011

Letaklah lagi gambar pelik-pelik.

Assalamualaikum semua. Dunia semakin pelik, blog semakin pelik. Diri sendiri? Ouh saya tak sepelik apa-apa yang pelik. Eh kenapa aku masih disini dan bukan di UiTM Jengka? Aku dah grad lah. Eh tak tipu. (*Sila baca dengan nada "Oh tak,tipu" berbanding "Oh tak tipu". Ada beza ok dalam nada baca.")

Sudahlah pening aku baca ayat kau. Dah terbukti kau pelik.

Aku tak grad lagi lah ada lagi 1 sem. Sebab aku akan praktikal sem ni di Kolumpo. So duduk rumah saja.

Aritukan aku ada terserempak dengan 1 post ni. Berkaitan blog ini. Sila klik link tu untuk mengetahui lebih lanjut apa yang aku cuba sampaikan disini. And tengok sampai abes satu blog tau. Alaaa..jangan risau. Sekentut je entry dia. Selagi tak abes jangan datang sini. Hehe =p

Hah dah? Anyway, aku ada beberapa pandangan lah pasal hal ni. Walaupun blog tu dah tak aktif, still aku nak jugak bagi pandangan. Konon pandangan bernas lah ni but hey everybody can give their opinions and opinions doesn't have to be right all the time kan? So here I am acting brave to give my opinions.

First skali, padan muka kat sapa-sapa yang letak gambar ber-kissing mulut dan "berseronok bersama pasangan" tu. Memang padan muka. Perlu eh tunjuk kau dah rosak sangat kat mata dunia? Even kau letak kat facebook/myspace/friendster sekalipun. And kau buat private profile kau orang lain boleh senang-senang je curik gambar tu tau tak?

Jenab@Jenny.
"Apa i kesah orang nak curik? Barulah i top nanti." (Jenny@Jenab bukan nama sebenar, 15 tahun)

Wah senang betul cakap. Umur baru 15 tahun dah hancur. When you reached 20? Semoga terbukak lah hati kau untuk insaf.

Tapi bila tengok entry-entry lama blog ni, terasa macam ouh dah sangat melebih. Bila aku kata "Tak elok kot bukak aib orang" tu maksudnya bukan pasal entry berkissing dan beromantika bagai. Kau sendiri tengok blog ni 'tampal' gambar orang and tulis hal-hal buruk pasal orang tu. Memang biadap. Sebab apa biadap? Sebab ;

Ini Senah. Dia ni bohsia. Dia suka rampas pakwe orang apa kau ingat kau bagus sangat? Hey tolonglah gambar nak buat jari tengah bagai. Muka jawa, rambut celup. Nanti dah habes cuti sekolah kalerkan hitam balik lettew. (*Ayat rekaan semata-mata)

Sebab yang pertama, elok sangat ke letak gambar orang and tulis cerita buruk pasal orang tu? Walaupun memang sah dia tu teruk, perlu ke kau exposed kat satu dunia yang dia ni perangai macamtu. Siap bagitau dia takda dara. Perangai dia gitu gini. Cukuplah sekadar kaum-kaum korang je yang tau perangai teruk mereka. Daripada rakyat Malaysia tak tau sapa minah/mamat tu, terus kenal but not kenal in a good way. Agak-agak kalau orang jumpa diorang ni kat tepi jalan mau kena ludah. Tahniah sebab buat orang lain benci mereka.

Sebab yang kedua, cerita yang ditulis tu boleh percaya ke? Semua orang pon reti reka cerita kan? Contohnya ;

Nama dia ni Kak Limah. Geli kot tengok muka dia kan kan? Dia ni tak mandi setahun. Lepastu nak berlagak wangi. Padahal sebatu lagi orang dah boleh bau dia. (*Ayat rekaan)

See. Walaupun aku tak kenal minah dalam gambar tu still aku leh reka cerita pasal dia. Orang kalau dah benci kat kita macam-macam cerita dia sanggup reka untuk buat orang lain benci kita. Yes It's based on fact. Mulut manusiakan? Kalau dah jenis mulut suka reka cerita dari kecik. Imaginasi berlebihan.

And last entry blog tu tertulis macamni ;

"Disini kami bukan mereka cerita semata mata , cerita yang kami ceritakan ini benar benar belaka . Kami akan tengok gerak geri dan kami akan cerita disini , selain tu bukan kami saja yang tahu pasal anda manakala siapa siapa yang baca blog ini akan tahu juga . Jangan sangka kan kawan baik itu tidak makan anda , malah dia akan cerita pasal anda dan saya akan sebar kan disini . So hati hati dengan tingkah laku anda :)"

So berhati-hatilah pilih kawan. Bila kita terlampau sosial banyak sangat gunting dalam lipatan. Yang bersedia nak tikam kita bila-bila masa lagi-lagi kalau ada dendam kesumat dulu-dulu. Jenis kawan apetah nak reka cerita burukkan kawan sendiri melainkan tu bukan kawan yang baik kan? 


So, beware of backstabber.

Fikir-fikirkan dan selamat beramal. Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

4 comments:

Atikah said...

Walaupun ultimately it's not our say, tapi nampak macam the writer tumpang dapat dosa. Kira bodoh la gak IMO.

Shafiza said...

Yeah 100% bodoh. Takda keje cari keje tak berfaedah..

kindergartenlibrary said...

gelak2 nelly baca ..
:D

Shafiza said...

hehe ;)