Thursday, May 26, 2011

Golongan yang patut dihalau keluar ketika tengok wayang.

Assalamualaikum dan selamat hari selepas result. Dah dah. Lupakan pasal result. Hari ini aku nak membebel pasal tengok wayang. Korang mesti pernah kan tengok wayang? So dah tau lah gambaran dalam wayang tu macam mana. Gelap dan sesuai untuk kapel-kapel sekalian 'merambang' kan tangan mereka kat pasangan masing-masing. Helloooo get a room please.

Kalau dalam wayang ni, macam-macam gelagat kita tengok kan? Yang excited tak memasal, mulut tak reti nak diam dan ada yang tido. Arini aku nak listkan golongan yang patut dihalau keluar ketika tengok wayan. Antaranya ;

Alahai comelnyaaaa budak-budak kecik ni buat bising dalam wayang.

Bawak budak kecik sampai 3,4 orang tengok cerita orang dewasa. Lepastu, the kids is more interested in playing, shouting and fighting with each other rather than watching the movie. Hah kan dah ter-sepaking jawa. Agak-agaklah ok? Bukan tak boleh kau nak bawak budak-budak kecik. Tapi ikut kesesuaian ceritalah. Kalau mereka tak behave, pleaselah suruh mereka diam sket. Ini tak. Makayah nya buat tak tau and pretend like budak-budak tu the cutest creature in the planet. Ye memang mereka cute. Tapi bila dah mengganggu privasi orang lain, cute ke? Tersepak-sepak kerusi orang depan. Tengok makayahnya buat tak tau je. =.=''


Pengkritik tak bertauliah.


Yang spesis macamni, rasa memang nak je sound trus and tunjuk kat dia pintu keluar. Setiap scene nanti mulalah dia akan cakap "Ala darah tipu je tu." , "Apalah lemah sangat perempuan ni?" , "Nampok benor nipunya." dan bla bla bla. God knows apalah jenis ni nak sebenarnya? Agaknya dia expect semua cerita kat wayang tu nak jadi perfect 100%. Sikit-sikit nak kritik. Tunggulah dah abes cerita barulah nak kritik sampai esok pun takpa. Tapi tolonglah jangan buat begitu dalam wayang. Annoying kuasa 180 ribu tau.


Tukang pencerita tak bertauliah.


Ini bagi jenis yang dah tengok cerita tersebut maybe buat kali kedua or kali ketiga and teman kawan@pakwe@keluarga tengok cerita tu buat kali pertama. Wah...mulut dia rajin benar bercerita apa jadi lepasni. Lepasni apa jadi lagi dan lagi dan lagi. Hoi baik aku tak payah beli tiket wayang. Ajak je kau keluar sama-sama and dengar je kau bercerita. Yang paling tak boleh blah, dia cerita ending apa jadi. Padahal cerita tu start baru 5 minit. Spoil lah gila.


Handphone takda profile silent.


Ok tak kisah kalau lupa silent mula-mula bila sekali bunyi kau silent trus lepastu. Ni tak. Asyik lah berbunyi. Orang call lah, orang mesej lah. Time-time tengok wayang lah dia nak busy plak. Tak faham ouh. Agaknya profile silent dalam henset dia tu dah ilang. Mungkin lebih selamat kau tinggalkan kat rumah kalau kau rasa henset tu takda profile silent sebelum henset kau terbang keluar dari pawagam dengan badan kau sekali. Harap maklum.


Excited terlebih.

Mak aih golongan ni gaya macam tak pernah masuk wayang. Aku pernah weh time tengok movie 2012. Golongan yang batak gila rasa nak je aku baling kasut. Time scene air deras and orang nak lari selamatkan diri, mulut dia sangat bising dengan bunyik "wooooooo", "aaaaaaaa" , "yahoooooo" , "weeehuuu". Bengkek je aku. Apa kau ingat kau tengah tengok konsert? Ke kau rasa kau tengah berlakon tak pun kau pakai spek mata 3D? Haish patut sebelum masuk wayang tolong ye telan ubat penenang sebijik.

Maybe ada sesetengah bila buat hal dalam wayang and orang lain tegur dia akan cakap "I'm sorrriiiiii" (*mungkin Amir Maharajalawak je yang kata begini.) Tapi bila dia jawab macamni ;


"Sukati aku lah. Aku bayar."


Wah memang lah kami-kami ni dapat tiket free and kutip tiket jatuh kat lantai. Awak je lah yang bayar. Maybe awak bayar harga lebih mahal dari kami-kami ni. Wow lah kan. Tak perlu nak berlagak sangat ok?


Sekian dari bilik berita TV800 melaporkan bagi pihak mereka yang tak berpuas hati dengan golongan diatas. Assalamualaikum.


Jangan buat hal eh dalam pawagam. I'm sorrriiiiiiiiiiiiii~~~

Sila Like, Kalau Suka =D

3 comments:

Anonymous said...

i'm soriiiii. hahaha. taknak ajk ak tgk wayang ke ?

Fira hilwa said...

samalah, xsk gak org gila cmtu.
tp kenapa mcm xleh blah je ltk gmbar amir? hahaha.
nais post ;)

Shafiza said...

MELLY : jomla..nanti dah start sem turun KL tau.

MissF : hehe saja je macam market plak letak gambar amir. Thanks;)