Wednesday, June 29, 2011

Berbakul-bakul malang.

Assalamualaikum dan hai semua. Konon semalam nak update tapi mengenangkan diri ini yang penat dan rasa nak mengamuk, so aku jauhkan diri dari laptop. Kang ter-mencarut banyak plak kat blog ni. Tak baik untuk tatapan umum, lagipun korangkan bawah umur lagi. Hahahaha (^__^)

Kenapa aku nak mengamuk? Bukan suka-suka tapi dah memang boleh mengundang darah tinggi dan sakit jantung bila teringat peristiwa semalam.

Aku kalau pukul 5.15 petang, bila jam punch clock opis aku berbunyi, tanpa buang masa akulah orang yang paling laju pegi punch out. Dah tak tengok kiri kanan. Semalam macam biasa, jam punch clock bunyik aku trus punch out dan berjalan err berlari kot ke komuter station. Time-time macamni memang ada komuter so sebab tu aku ribut taufan sket yelah nak sampai umah cepat. Tepat jangkaan aku, bila aku sampai je kat station komuter pun sampai. Naiklah insan yang kepenatan ini kedalam komuter. Muka pun dah happy rasa nak senyum je dekat semua bangla,indon dan segala orang asing yang ada dalam tu. Dapat pulak tempat duduk, maka bertambahlah tahap ke-happy-an diri ini.

Tapi yang tak bestnya, start dekat stesyen Midvalley, komuter dah buat hal. Pintu taknak tutup. Lepas je stesyen Salak Selatan, enjin mati trus. Boleh plak tren tu reverse balik pegi stesyen salak selatan dan semua orang kena turun sebab TREN ROSAK. Kau tau betapa bengangnya aku?

Kenalah tunggu tren lain dan paling tak bestnya, of kos ah tren akan penuh sebab stesyen-stesyen sebelum ni merupakan hot spot. Maksud hot spot kat sini adalah orang ramaiiiiiiiii~~ Aku dah abes menyirap di tambah plak bila terdengar perbualan antara driver komuter rosak dengan driver komuter lain ;

Driver komuter lain : Ni apa masalah ni? (*tanya masalah tren rosak)
Driver komuter rosak : Biasalah...

Faham tak kenapa aku menyirap sekarang ni? Sebab perkataan 'biasalah' dia tu macam benda yang rosak memang benda biasa. Dah tau tren tu rosak sebab hal yang biasa, kenapa pihak komuter tak amek inisiatif nak elakkan masalah BIASA tu? Dahlah rosak time waktu puncak memang mengundang kemarahan lah kat semua umat manusia.

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba satu komuter yang KOSONG sampai. Semua orang bersorak macam aku rasa kat perlawanan bola tau tak? Yelah...mesti orang rasa bersyukur sangat sebab macam "Oh baiknya pihak komuter sebab anta tren kosong selamatkan kami." Pintu tren terbukak, orang semua berebut masuk. Semua dah selesa dalam tren tu skali ada pengumuman ;

"Untuk perhatian, tren ini adalah tren training dan bukan tren mengangkut penumpang. Diminta tuan puan untuk turun dari tren ini."

Like WTF? Semua dah marah gila time tu. Yelah, dah 2,3 tren lepas sebab tak muat nak masuk. Lepastu dapat pulak tren kosong and then turn out to be that train is just only for training. Rasa macam pihak Just For Laughs datang buat prank.

Dan pukul 7.30 malam still ramai lagi yang terkandas dekat stesyen salak selatan tu. Luckily, aku dapat jugak menyempit dekat tren pukul 7.30 and sampai Kajang pukul 8 malam. Ye, pukul 8 malam. Bayangkan aku keluar opis pukul 5.15 petang dan sampai rumah pukul 8 malam. Dah rasa macam aku kerja dekat Melaka ke apa ntah sampai 3 jam masa perjalanan.

********************************************************************************

Untuk pihak komuter;


Kami bayar duit tambang bukan seposen dua posen. Sampai 3,4,5,6 hengget. Silalah upgrade tren-tren anda tu. Kalau dah nazak sangat silalah campak ke lombong yang berhampiran jangan sampai suatu masa manusia yang teraniaya macam kami semalam terbalikkan tren anda. Seriously, kalau kau rasa tren tu mengalami masalah BIASA silalah berusaha elakkan masalah tersebut.


Yang benar,
Penguasaha Besi Buruk.


P/S : Hantar dekat kedai besi buruk pun lagi bagus. Tak payah menyusahkan orang!

Nampak ini orang ijau? Jangan sampai pengguna komuter bertukar jadi macamni.
Sekian, Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

2 comments:

meLLy! said...

cian ko pija. aku naik sekali pun rasa macam dah serik dah. dah la hari tu delay sejam kan kan. nah amek duit, pegi beli kete. #sambil menghulurkan not rm50.

Shafiza said...

mana cukup 50 hengget. =.="