Saturday, July 9, 2011

Senarai individu yang ditahan sempena Bersih.

Assalamualaikum. Kembali lagi kita pada hari sabtu yang aman. Aman ke? Yelah..kat kawasan umah aku ni memang aman. Kalau kau duduk kat dataran merdeka tu memang ah tak aman. Lagipun,sapa suruh kau duduk sana? Duk umah goyang kaki macam aku ni lagi best.

Ok. Berikut adalah antara individu yang di tahan oleh pihak polis menjelang pukul 2 petang harini semasa perhimpunan Bersih 2.6.7.8. Antaranya ;

Hanya kerana berseluar kuning, Ahmad Shini Chani atau pun nama popularnya Shin Chan di tahan semasa sedang berjalan-jalan di sekitar Jalan TAR.

"Saya hanya ikut mama saya membeli-belah. Wuwuwuwuwu mama mama~~" Kata Shin Chan apabila ditemu-ramah wartawan kami. Dan Shin Chan turut menyambung, "Lepaskan saya. Kalau tak saya panggil action kamen saya. Action kamen, bibibi..." sambil membuat gaya begini ;

Ahmad Shini Chani a.k.a Shin Chan
Turut kelihatan di tahan bersama Shin Chan adalah seekor err se-robot yang besar. Maaf, wartawan kami pening nak pikir simpulan bahasa untuk robot. Baharudin Bee atau nama popularnya Bumblebee ditahan kerana cuba membuat kekecohan di bandar Kuala Lumpur.


"Gua bukan nak buat kecoh der. Gua di hantar oleh Optimus Prime untuk membantu kalau-kalau ada terjadinya huru-hara. Masalahnya, ada manusia berbaju biru tembak gua dengan asap-asap, gua hangin la der. Semput gua gara-gara asap tu. Cis!" kata Bumblebee sambil menghentak meja.

Bila ditanya tentang kostum kuning yang dipakainya, bumblebee menjawab ;

"Mana gua tau. Sejak azali lagi gua pakai kostum kuning ni."

Wartawan kami seterusnya ke lokasi yang berlainan dimana mereka terserempak dengan sebijik sponge didalam trak polis. Lalu terus menemubual sponge tersebut.


"Apa semua ini. Aaaaa!! Patrick, tolong saya. Patrick,Gary,Mr Krab...." Hanya itu yang keluar dari mulut sponge tersebut. Bila ditanya tentang namanya dia hanya berkata "Spongebob squarepants." Malang sungguh sponge tersebut, hanya kerana dia berbaju kuning.

Rupa-rupanya mereka semua ditahan kerana terdapat maklumat yang mereka ini penyokong kuat bersih. Maklumat dari sumber yang tak brapa boleh dipercayai ;

credit to : platunkhaz
Sekian dilaporkan untuk berita tv190. Teruskan bersama kami untuk update seterusnya. Kalau ada.

Assalamualaikum.

P/S : Entry ini adalah rekaan semata-mata. Jangan stress-stress di hari sabtu.





Sila Like, Kalau Suka =D

1 comment:

Fira hilwa said...

hahaha.. yeahh ilg stress :D