Saturday, July 16, 2011

Perangai pakwe yang mintak penyepak oleh awek.

Assalamualaikum. Kembali lagi kita dalam blog yang bakal dipadam bila tuan nya dah rasa penat dan bosan dengan blog sendiri. Tapi tak tau lah pulak bila masa tu akan datang. Ada je perasaan macamtu singgah kejap, tapi tak pernah lah pulak dia nak duduk lama-lama dalam hati. Teehee ;)

Harini aku pilih topik cinta sebagai pencuci mata korang. Kita ni kalau nak pilih pasangan mesti lah kata nak yang manis, yang soleh/solehah, yang cantik/hensem tapi malangnya diri sendiri tu entah macam mana lah perangai pulak. Teringat kata Ustaz aku;

"Nak yang hensem,yang soleh tapi ko tu,ko." (Ustaz Zul,sepanjang zaman)

Ok aku nak list kan perangai pakwe yang bakal menerima penyepak dari aweknya :

Kaki Kontrol

Perempuan pun ada kaki kontrol tapi untuk entry kalini kita cerita pasal lelaki dulu. Jenis kaki kontrol ni memang merimaskan sebab mak aih, semuanya dia nak kontrol. Kalau aweknya nak keluar dengan kawan-kawan, setiap 5 minit call. Takut benar aweknya keluar dengan lelaki lain. Siap demand nak cakap dengan kawan awek konon nak pastikanlah betul-betul keluar dengan perempuan.

Lagi tak boleh jalan bila dia yang tetapkan kita kena balik pukul brapa.

"Eh you balik sebelum maghrib tau."

Lembulah kau. Kawen pun tak lagi nak kontrol bagai nak rak.

Pandang perempuan lain

Yang ni jenis mata juling sikit. Awek elok jalan sebelah, bila ada perempuan cantik/seksi sikit lalu terpusing kepala 360 darjah. Siap boleh puji lagi tu;

"You...cantikkan perempuan tu. Seksi pulak."

Hah memang cantik. Melekat tapak tangan awek kau kat muka yang kononnya hensem tu baru tau.

Takda sensitiviti

Memanglah kau dah kapel dengan awek kau 4,5 tahun tapi tak bermakna semua benda kau nak gurau tanpa batas. Contoh gurauan yang melampau :

"Eh you ni gemuklah macam blue hyppo. Spare tayar bersepah. Nanti tayar motor i pancit bleh guna sapre tayar you kan?"

"You ni hitam lah. Nanti i kawen dengan you,tido dalam bilik kena pasang lampu. Nanti i tak nampak plak you."

See. Ayat semua nak jatuhkan semangat awek sendiri. Macam mana lah tak keluar cerita awek operate dada semata-mata demi pakwe tercinta. Puii..padahal diri sendiri tak perfect.

Ubah awek

Yang ni aku tak fahamlah kenapa. Sebab dulu adalah ex-boyfriend aku ni. Suruh aku dress up macam minah rempit. Pakai baju ketat-ketat,seluar skinny. Baru sekarang aku terfikir yang otak dia ada wire short sket. Hahaha...

Tapi serious lah kan, kalau kau dah dapat seorang perempuan yang baik reti-retilah bersyukur. Jangan nak suruh dia pakai macamtulah,macamni lah. Terima dia seadanya. 

Kaki perempuan

Stress tak dapat pakwe kaki perempuan? Of kos lah stress.

"Ala relaks lah der. Tak kawen lagi kot sukati wa la wa nak kaki perempuan."

Ye, selagi tak kawen sukati kaulah nak kaki perempuan ke apa. Tapi kalau dah ada awek tu, tak payahlah nak ber-sayang, ber-bucuk,ber-masyam dengan perempuan lain. Kalau nak jugak tak payah kapel dengan mana-mana perempuan. Lepastu kau nak ber-bucuk ber-masyam ke sukati. Takdalah awek kau makan hati.



Ok dah. Tak nak banyak-banyak. Takut ter-emosi lebih. Haha...Sekian, Assalamualaikum.

Sila Like, Kalau Suka =D

3 comments:

kotak bulat said...

hehehe.. susah nak cri pakwe yang terbaik zaman sekarang ni.. tp kita kne yakin.. orang baik jodohnya jugak org yang baik..

Norul said...

nasib bek pakwe saya xmasuk dlm sume senarai ni..hihi

Shafiza said...

Kotak Bulat : betul tu. Semuanya reflect kat diri kita balik kan.

Norul : Haha..bagus bagus ;)