Tuesday, July 12, 2011

Sesenget gua, gua ada kerisauan jugak.

Assalamualaikum. *sedih*
Selama ni aku buat entry happy-happy je. Seboleh mungkin aku tak nak bosankan korang dengan cerita peribadi aku. Ke ada aku dah tercerita? Ada kot kalau korang pegi entry-entry lama. Bukan kot, dah memang ada cerita pun. Hik3...(*gelak gedik)

Eh eh ter-gelak gedik pulak.

Bagi aku, aku tak reti nak bercerita apa aku buat harini,makan apa harini,pakai baju apa dan bla bla bla tanpa membuatkan orang yang baca blog aku ni tekan butang pangkah merah di atas tu. Serius, kalau aku bercerita nanti korang trus tertido. Dan sebab lain adalah aku bukan artis pun orang nak tau sangat apa aku buat harini dan bla bla bla kali kedua.

Anyway, harini aku nak berkongsi satu kerisauan aku. Ye, ini berkaitan dengan Bersih haritu tapi aku tak nak cakap pasal politik jadah semua tu. Because to me, politics only destroy a happiness. Aku risau pasal ni ;


Eh, apasal kau nak sibuk-sibuk risau plak? Sekali lagi, sebabnya yang ini ;

Kekasih Hati.
You know, this past few days after that Perhimpunan Bersih my eyes keep watching all the videos about police brutality towards other people. Memandangkan kekasih hati dan bakal masa depan aku adalah seorang polis, benda ni sedikit sebanyak buat hati aku runsing. I just couldn't say, I don't care. Ala...pakwe aku tak jaga pun perhimpunan tu.

Tapi video macam yang aku tunjuk tu sedikit sebanyak beri kesan negatif kat nama polis. Bukan kat aku sahaja, tapi fikirkan kat budak-budak yang umurnya baru setahun jagung dan tak reti lagi nak berfikir tengok video macamtu. Lagi-lagi kalau ayah/mak mereka adalah seorang polis.

"Eh, ayah awak keje apa?"
"Ayah kita keje polis."
"Polis? Kita tengok dalam video kan,polis tu jahat sebab tendang orang,tumbuk orang. Ayah awak jahat la ye?"

(*contoh dialog)

Dah satu hal pulak. Sebab kanak-kanak yang umur baru setahun jagung tu tak reti nilaikan apa-apa lagi. Diorang takkan faham apa maksud "Kerana nila setitik,rosak susu sebelanga."

Aku bukan nak tunjuk video tu untuk buat korang semua benci polis ke apa. Jangan nilai dengan apa yang kita lihat sebab apa yang kita lihat tu hanyalah sebahagian saja. Kerja sebagai polis itu adalah halal selagi tak terlibat dengan rasuah. Tak guna pun korang nak benci polis sebab akhirnya ;

Kalau rumah korang kena rompak, polis jugak korang cari.
Kalau kena ragut, kat polis jugak korang nangis teresak-esak.

Ok bai. Semoga dunia menjadi lebih aman dan semoga kerisauan aku terbang bersama angin malam. (*pehh berpuisi siot.) Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

2 comments:

Yatt S. said...

alahai. kamu risau ye. takmo takmo. saya sebenarnya rasa sedikit kasihan pada polis kerana kejadian BERSIH tu. kebanyakan kes mereka disalahkan. padahal mereka cuma menurut arahan menjalankan tugas. hmmm.

Tips : Cara Mudah Kantoikan Boyfriend Curang
Bila Perempuan Dah Hilang Minat Pada Kau

Shafiza said...

Risau lah jugak.
Tapi nak buat macam mana.
Persepsi orang sekeliling kan?