Friday, December 2, 2011

Kajang oh Kajang.

Assalamualaikum. Hai blog. Dah lama tak beramah-mesra. Bukan give up nak menulis, alasan malas tu macam biasalah, mesti jadi alasan paling top punya bila blog terabai tak berupdate. Tambah pulak aku wanita bekerjaya sekarang (ehem), so hidup aku ni antara rumah, kerja, rumah, kerja. Tengok tv dah jarang apetah lagi nak online. Takda masa weh!

Macam yang korang tau, Bandar Kajang tadi dilanda banjir kejap. Aku tau pun sebab aku memang ada kat Metro Kajang tu haaa tengah kerja. Serius la memang huru-hara kat Metro tadi. Ceritanya begini, pukul 3 petang time aku rehat dah memang hujan lebat sangat-sangat. As usual lah kan, sekarang memang musim hujan. Dalam pukul 3.30 petang camtu dah dengar pengumuman dari management Metro Kajang suruh alihkan kereta yang parking dekat basement.

Dalam otak aku fikir, oh air naik kat basement je kot. So aku and kawan-kawan aku buat biasa jelah then kitorang jalan lah keluar Metro nak lepak tempat biasa. Bila sampai je kat luar, serius memang masing-masing terkejut sebab tengok air deras sangat-sangat. Tapi time tu air cetek lagi just deras je.

Abaikan lelaki tu aku tak kenal kbai.
Air makin deras and paras air mula naik.
Kereta-kereta yang stuck kat banjir.
Tengok air tu. Scary kan?
Keadaan time ni dah start huru-hara. Sampai ada kereta or motor ke apetah, berasap. Tengah leka tengok banjir ni suddenly teringat yang ada manager kitorang ni bawak motor. Kelam-kabut lah lari masuk dalam nak inform kat dia suruh alihkan motor cepat. And time dah kat dalam tu baru lah sedar yang lower ground Metro tu dah banjir.

Kesian kedai-kedai kat LG tu.
Orang Parkson kelam-kabut selamatkan barang.


Dalam masa 30 minit, ni yang jadi dekat Bandar Kajang ;








This is too scary for me sebab benda jadi depan mata and aku yang kerja dekat Metro ni macam stuck la dalam tu tak boleh nak lari kemana. Banjir ni dekat bandar je sebab bahagian ni dekat dengan sungai. Yes, sangat dekat dengan sungai and hujan teramat lebat tadi. Alhamdulillah..nothing happen and takda kemalangan yang tak diingini berlaku.

Luckily bila dah pukul 6 tu banjir dah surut and maka bersepahlah motor-motor and kereta-kereta yang rosak kat tepi jalan tersadai menanti towing car. Oh, towing car juga berderet tadi. Hehe...

Ok dah boleh simpan dalam memori sebagai satu kenangan yang tak boleh lupa langsung. Ok bai dan Assalamualaikum.

Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: