Saturday, December 1, 2012

Permainan Bola Cacat.

Assalamualaikum dan Salam 2 Malaysia (sukati kau). Selepas 2 bulan berlalu, janji hanya tinggal janji. Janji dicapati dah kau kenapa tetiba cakap pasal janji? Yelah, dulu kan aku konon janji tak nak abaikan blog lepas dapat laptop baru tapi rupanya sama sahaja ceritanya. Lupa diri selalu. Nak delete blog, sayang pulak. Jadi marilah kita ke agenda seterusnya nak cerita banyak takda guna.

Cerita yang dalam otak aku sekarang ni mestilah hal UiTM Dihatiku. Apa lagi kan nak cerita? Dah memang hidup aku sekarang diabadikan disini. Start sem ni, aku dah mula duduk rumah sewa. Alhamdulillah, semua ok cuma ada sikit-sikit masalah tu normal lah. Tapi sekarang dah settle masalahnya dan hidup kembali aman. Sem ni aku macam banyak jugaklah aku join event berbanding sem lepas ya ampun pemalas gila nak join event. Ok first, marilah kita mulakan cerita dengan pengalaman aku first time main Paintball. Yeah, paintball (insert muka ganas emoticon here). 

Tak sangka sungguh perempuan sopan ini (muntah) main paintball. Sebabnya, macam kena paksa mula-mula. HAHAHAHA tak kelakar! Time lunch terjumpa Nadzrul, ex-classmate Jengka then dia pun ajaklah join paintball siap promote macam-macam kat aku. Aku cakaplah, aku tak reti main paintball and tak pernah main pun. Masalah kedua, nak cari team. Siapa je yang nak main sekali dengan aku? Aku pun setuju ajelah dengan Nadzrul and bab team tu fikir kemudian kita cool relaks chill lah. Konon cool hotakau, padahal masuk je kelas sibuk menagih simpati orang ramai ajak join paintball sekali. Hewhewhew ;p 

Dan akhirnya, tertubuhlah Krik Krik Krik a.k.a Cricket Warrior (Warrior lah sangat).

Belakang (From Left) : Naim, Syahir, Adie and Lan.
Depan (From Left) : Azmirul, Ida, Fiqa and FizaGojes.
Dah semua first timer kot, kecuali Lan. Masing-masing redah je main aritu. Yang perempuan kononnya sopan tu lagilah, tak pernah sampai ke tengah padang. Awal-awal dah kena tembak. Kahkahkah buat malu saja >.< 

Perempuan bajet sopan. 

Gaya itu penting. Hebat tak hebat belakang cerita. Hiks ;p

Kami sempoi je.
Sempoi-sempoi kami ni haaa dapat masuk kumpulan 8 terbaik k. Hebatan tak? Nasib baik sangat kan. I had so much fun that day. Bolehlah jadi bahan cerita nak cerita kat cucu-cucu nanti "Granny kan dulu main paintball uhuk uhuk (semput)". Nanti mesti cucu aku reply "Eh larat ke nenek lari?" Pangg sebijik penampar hinggap dipipi cucuku. Dan sekarang sinetron apa yang aku cuba tunjukkan ni? >.<"

Ok cukup dulu buat masa ni. Aku nak fokus game bola Malaysia VS. Indonesia kejap. Selamat membaca dan Assalamualaikum.

Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: