Saturday, December 29, 2012

Awak adalah apa yang awak makan.

Assalamualaikum. Hai :) Ehem sebenarnya kan aku tengah baca nota ni. Tapi tetiba tangan ni gatal bukak blog lalu ter-tekan lah new post. Dan aku nak start final dah khamis ni. Wish me luck and mohon doakan aku dapat 4 Flat. Hewhewhew (gelak annoying).

Marilah ke agenda seterusnya. Ni nak dekat-dekat final exam, ramailah kan yang demam, selsema cikgu, pening-pening lalat. Haaa banyaklah lagi penyakit. Semoga dijauhkanlah ye? Tak, aku tak rajin nak bagi tips elakkan penyakit just banyakkan doa dan elak dari mandi hujan (tetiba). 


Omey tak?
Bahaha tetiba tepek muka sendiri kan? Takda motif sangat. Aku nampak kurus (padahal edit bagai nak rak tarik gambar semua kannnn bye!). Sebenarnya aku ni nampak je kuat, ganas, tak reti berlembut, takda toleransi dan apa-apa sahajalah nilai yang menunjukkan aku ni ganas. Tapi hakikatnya, lembik dan sensitif. Sensitif melalui luaran dan dalaman. Lebih-lebih lagi bab kesihatan. 

Perut aku ni manja macam tuan dia. Yelah kan, perut anak bongsu (takda kena-mengena). Kalau makan lambat and biarkan perut kosong terlalu lama walaupun dah lapar macam buaya tapi still tak nak makan, lalu mulalah gastrik menyerang. Tapi aku ni degil. Memang suka abaikan waktu makan. Makan tak tentu waktu ikut sedap hati je. Pernah sekali je gastrik aku jadi serius time dalam PLKN lepastu kena paksa dengan doktor telan ubat kapur cam haram jadah rasa dia. Menangis-nangis aku merayu tak nak telan, tapi sebab doktor tu garang aku telan jugak sambil tutup hidung and buat aksi nak muntah.

Mengada kan? Dah sakit lagi nak degil. Makan penampar doktor tu tau lah >.<

Lepastu baru-baru ni aku mengidam nak makan durian perghhh sedapnya. Balik Shah Alam, maka tertunailah hasrat aku nak makan durian tersebut. Lepas maghrib, janji dengan classmates nak pergi. Aku pun selamber lah pergi dengan tak alas perutnya. Riang ria hari raya berjalan ke gerai durian. Padahal time tu perut tengah kosong.

Muka happy dapat durian.
Dah makan tu, aku pergi beli nasik kukus ayam berempah apa ntah kat sebelah gerai durian. Sampai je rumah aku dah rasa tak sedap perut. Pedih jangan cakap. Terguling-guling atas katil pun still tak boleh tidur and lawatan ke tandas dah masuk berapa kali aku tak kira. Dalam pukul 4 pagi macamtu, berlari aku pergi toilet dan akhirnya muntah banyak semua benda keluar balik termasuklah nasik kukus ayam berempah tadi. Tsk tsk tsk what a waste T____T Esoknya pergilah Pusat Kesihatan and doktor kata aku gastrik. Kemaen tau cerita dengan doktor aku pergi makan durian. Kahkahkah tak pasal-pasal kena gelak dengan doktor -..-

Moral of the story : Kalau nak makan durian jangan makan time perut kosong k? Merana jawabnya. First and last aku buat. Serik dah.

Itu satu. Lagi satu masalah aku, jari kaki aku suka cramp tanpa sebab. Cuba kau bayangkan kau tengah berdiri lepastu tetiba kejang dah macam nak tercabut jari kaki. And bila time tidur pun sama, kaki kejang tak tentu pasal. Setahu aku, yang selalu kejang-kejang ni ibu mengandung.

Woi aku tak pregnant ok? Pregnant baby lemak adalah.

Maybe sebab aku gemuk lepastu kaki dah tak boleh menampung berat badan sebab tu dia kejang kan? Bahahahaha kutuk diri sendiri.

This is what I got on the internet regarding this matter. Punca kaki kejang :

Peredaran darah yang kurang baik.

Kekurangan kalsium.
Terlalu banyak fosforus. (jika terlalu banyak minum susu MUNGKIN akan menyerap banyak fosforus)

Ye aku memang kurang kalsium sebab aku tak minum susu and I am lactose intolerant. Dan aku tak makan sayur, which is one of my biggest and silly problem. Like duhhh tak makan sayur? How uncool. Aku try nak makan sayur tapi entah, tak boleh go jugak. Doakan semoga aku berubah ok?


Konon-konon macam pro-bowler kan? Lepastu ni terjadi.....(rujuk gambar bawah)





Lol macam orang tua! Dah tua duduk rumah jelah weh gatal nak main bowling bagai. Kahkahkah tak kelakar ok lah bye nak sambung study. Sebelum tu, jaga pemakanan anda. You are what you eat. So kalau korang makan kuda, then you are a kuda. Hewhewhew bye assalamualaikum and don't forget to ray for my final exam! :D


Sila Like, Kalau Suka =D

1 comment:

ARa Craft/Amalina Rahim said...

HAHA rindu tau nak tengok ko update blog kelaka laka macam ni. rasa terimbau kembali kenangan di Kaki Blogger.