Monday, January 21, 2013

Ada budak kecik dah tua setahun.

Assalamualaikum readers. Alangkah bahagianya rasa dihati bila exam dah abes. Perasaan bangun pagi dah tak payah pikir nak baca nota sampai bab berapa, nak buat soalan past year tahun bila, sampai pukul berapa nak study tu sungguh PRICELESS. Ini tak, tidur pukul 1 pagi and bangun awal pulak esoknya. Oh ya, aku bukan jenis stay up study sampai tak tidur. Kalau aku rasa aku mengantuk, aku akan tido. Yelah, buat apa nak paksa diri kalau dah memang betul tak larat? Bazir masa je bersengkang mata kalau otak dah tak muat. Bayangkan komuter yang dah penuh, lepastu kau sibuk jugak nak menyempit masuk lalu akhirnya ditolak keluar oleh orang yang rasa kehadiran kau sungguh menyesakkan keadaan. Haa macamtu jugaklah gayanya bila bab study ni. K takda kena-mengena eh? 

Abaikan.

Sepanjang musim exam ni, aku selalu dapat mimpi ngeri. Kebanyakan mimpi tu sama pulak tu. Mimpi lambat datang exam lah, salah amek paper lah. Pelik-pelik je. Nak kata aku tidur tak basuh kaki, aku basuh je. Takkan lepasni nak berus kaki pulak? Hmmmmm harus praktikkan ni. 

So harini aku dah start cuti. Dah start goyang kaki dekat rumah. Dan harini jugak adalah birthday si mamat kenit yang dah tak berapa nak kenit lagi ni ;

His favourite pose. Asal amek gambar je buat muka macamni. Jaranglah  buat muka normal.
Sep sikit Zareef. Sama lah haribulan dengan Maksu mu yang gojes ni. Dia 21 Januari, aku 21 Mac and Mama pulak 21 Julai. 

Hello little Zareef,
Umur dah 2 tahun dah kan cepat sikit belajar cakap penuh-penuh boleh sembang-sembang kencang. Ini tak, nak panggil lori disebutnya 'Tu pa ce', traktor disebutnya 'yoyok'. Normal lah agaknya budak sebaya dia keluar bahasa german kot? Agaknya. 

Dia ni kira penghibur hati kat rumah ni. Yelah, dah 8 tahun takda budak kecik lepastu lahir plak mamat kenit ni. Amboi meriah rumah. Kalau dia datang, semua dok mengadap dia je. Tuan putera sungguh. Ingat dulu zaman-zaman dia still baby, asal aku dukung je muntah kat aku. Dalam sehari tu asyik lah kena tukar baju sebab bau masam muntah dia. Kejap je dah 2 tahun ye?

Haaa lagi satu. Dia ni memang pandai berlakon and tiru gaya orang. Dulu pernah sekali bila dah lama tak jumpa dia then aku amek and dukung dia bawak masuk rumah. Bila dalam rumah, dia buat suara sedih and cakap 'Long..long...'. Aku ingat amendalah budak ni dok long...long.. dari tadi. Rupanya dia cakap "Tolong..tolong.." !! Konon orang nak culik dia jual kat Thailand lah tu. T___T And dia suka buat lakonan semula apa yang dia dah tengok kat tv. Kakak aku kata, dia ni peminat setia Adam Hawa. Kemaen tau. Perangai pun dah macam makcik-makcik sikit. Kahkahkah!!

Happy 2nd Birthday, Izz Zareef!! This is the pictures from the day you were born until now.
Sorry takda hadiah macam tahun lepas Maksu bagi baju rimau. Itu zaman maksu kerja. Sekarang zaman maksu hutang keliling pinggang. Kahkahkah tak kelakar bajet Zareef pandai baca blog. Oklah, bye and assalamualaikum.



Sila Like, Kalau Suka =D

2 comments:

ARa Craft said...

hahaha adoiii asyik pecah perut je baca blog ko ni hahaha german sikit zareef! k la nak g stapler perut pecah. bye

Shafiza said...

Terima kasih Melly sebab sudi menjadi orang yang gelak baca blog aku. Tsk tsk tsk.