Wednesday, February 27, 2013

Hobi membaca itu seksi.

Assalamualaikum readers. Kalau korang kenal aku, aku ni memang jenis suka membaca. Kalau dekat jalanraya, mata sibuk nak baca pelekat kat kereta-kereta. Begitulah jika nak digambarkan macam mana aku suka membaca. Tapi yang entah apa-apa punya perangai, buku pelajaran malas pulak nak baca. Mengadap novel, kau buat lawak depan aku pun aku akan hanya angguk sambil berkata "Oh."

Zaman sekolah dulu, tak remajalah kalau tak layan novel cintan melayu ye dok? Samalah dengan aku. But I notice the difference in me as I grow up. Aku dah tak boleh go dengan novel cintan melayu. Sebab aku rasakan endingnya cliche. Setiap novel pun macamtu. Perempuan, lelaki, jumpa, bergaduh or benci sesama sendiri, lepastu jatuh cinta and tak nak mengaku, cinta dihalang lalu endingnya kahwin jugak. And ada jugak novel yang aku rasakan masalah cerita tu patut boleh selesai dalam 2,3 muka surat je. Novel tu dah pun dibuat drama dekat tv, trust me, aku just ikut beberapa episod lepastu dah tak boleh go. Tak payahlah aku mention dekat sini, kang kena hentam dengan peminat setia drama tu. Hiks.

Bila dah masuk zaman diploma, selalu jugak menapak ke KLCC. Lepak dengan Haidi sambil berlagak kaya-raya. Tempat aku paling suka melawat dekat KLCC tu selain food court, aku suka pergi Kinokuniya. Lepas beberapa lawatan ke Kinokuniya, inilah hasilnya ;

Dreaming of Amelia tu the biggest dissapointment lah kan. Tak best langsung. Still tak abes baca sampai sekarang. T_T

Mula-mula beli buku yang first (Friend Me) terus tersangkut. Setiap kali datang Kinokuniya mesti cari next series. Ada 4 series je so semua pun dah baca ulang-ulang. Hiks.

And bila dah abes diploma, dah jarang pergi KLCC sebab Haidi pun dah pergi Kelantan. Tapi harini, dengan tidak ditemani oleh sesiapa pun, aku dengan gagah perkasa menuju ke KLCC seorang diri. Hamboi. (Insert muka tabah here) Ini semua disebabkan oleh ini ;

Baucar buku. Weehuu !!
Excited sangat kan. Awal-awal dah browse website Kinokuniya tengok buku-buku yang best. Hasilnya ;

Baru guna RM100.

Start dari tahun lepas lagi dok dengar orang cakap pasal Kitab Terfaktab. Tertanya-tanya jugak, Kitab Terfaktab ni apa? Siap ada dalam list bestsellers pulak tu dekat Kinokuniya. So, I grab the first and second book of Kitab Terfaktab, and trust me, sangat best! Baru start baca the first book, a few pages pun dah boleh buat aku senyum sorang-sorang. Carik jugak Kitab Terfaktab 3, tapi apparently dah sold out dekat Kinokuniya tadi. I iz sad. Yang 52 reasons to hate my father tu pun bestseller. Simpan dulu buku-buku ni. Dah start sem nanti baru baca. Biasalah, awal sem takda buat apa sangat kan? 

Oh yang hijau tu notepad. Sebab dah buntu nak beli amende, terus grab je notepad ni. Yelah, sejam setengah kot dalam Kinokuniya tu. Ke hulur ke hilir carik buku yang akhirnya dah sold out tu. Sobs. I iz sad episod 2.

So, till then. Assalamualaikum.

Hai, I am one of your biggest fan ;p

P/S : Siapa ada nak jual Kitab Terfaktab 3 area Kajang/Shah Alam contact aku boleh? Setakat ni malas nak beli online, bila dah takda sangat nanti baru beli online. Thank you :)

Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: