Sunday, February 24, 2013

Zaman kecik yang jahiliyah dan...mutiara(?)

Assalamualaikum readers. Kita semua ni pernah melalui zaman kanak-kanak yang innesen dan nakal nak mampus. Kira tahap kenakalan tu tak boleh buat apa dah. Tinggal nak campak dalam sungai je. Amboi kemaen extreme nakalnya ye.

Aku pun pernah melalui zaman itu. Dulu time kecik-kecik, aku duduk rumah makcik aku masa mama and ayah pergi kerja. Dekat rumah makcik aku tu ramai kawan-kawan, tak kiralah lelaki ke perempuan ke. Kitorang kalau main kejar-kejar, mau satu kampung jadi tempat permainan kitorang. Macam-macam permainan kitorang cipta.

Ada satu masa tu, aku tak ingatlah umur aku berapa yang pasti aku memang innesen tahap kambing punya. Aku suka tengok perempuan pakai subang dekat telinga. Bukan subang nama tempat tu lah. Gila kau nak pakai kawasan subang dekat telinga? Mau meleret telinga sampai ke lantai. Ini subang yang macam ni haa ;



Haaa cantik kan? Aku rasa macam suka sangat sampai berangan nak pakai. Satu hari tu, aku duduk rumah makcik aku macam biasa. Aku panggil makcik aku, Cik Non. Aku masuklah bilik and lepastu terjumpa satu benda macam mutiara and mutiara tu kecik je. Lebih kurang macam dalam gambar ni lah ;



Dah entah dari mana datang idea merepek dalam otak kekanak riang macam aku ni, aku amek mutiara tu and letak kat telinga aku. Konon nak jadikan subanglah. Lepastu aku fed up sebab asyik kena pegang je mutiara tu, tak melekat pun macam subang aku tengok kat telinga perempuan dalam tv tu kan.

Kau tau aku buat apa?

Aku letak dekat bahagian telinga yang betul-betul dekat dengan lubang telinga. Mula-mula tu seronok lah sebab mutiara tu macam duduk diam je dekat situ. Sekali, tiba-tiba...

Tup! Mutiara tu termasuk dalam lubang telinga aku!!

Rajin tau google gambar telinga. Aku letak mutiara tu dekat bahagian pinna tu :3

Kemaen cuak aku dibuatnya. Disebabkan aku takut kena marah, aku diam tak bagitau Cik Non. Dalam otak aku dah pikir, 

"Abeslah kena potong telinga aku ni." 

Sampailah Mama and Ayah balik kerja and jemput aku bawak balik rumah, aku still diam and tak bagitau yang dalam telinga aku ni ada mutiara. Malam tu, nak dijadikan cerita along nak korek telinga aku. Along memang selalu korekkan telinga aku masa aku kecik-kecik dulu. Bukan setakat korek telinga, potongkan rambut pun sekali. Biasalah, aku kan anak bongsu yang comel (?). Kahkahkah k tak kelakar.

Aku dah cuak and berdebar-debar takut along nampak mutiara tu. Dah kalau nak korekkan telinga, os kos ah nampakkan? Memang dah tak boleh lari mana dah time tu. Along terkejut gila bila nampak mutiara dalam telinga aku. Terus aku cerita dekat along and menangis.

Malam tu jugak bawak pergi emergency room. Dalam kereta kene baring mengiring je sebab takut mutiara tu termasuk lagi dalam. Punyalah aku takut telinga aku kena potong.

Nasib baik kejap je prosesnya. Doktor keluarkan mutiara dalam telinga aku tanpa perlu potong pun telinga. Kalau dah budak kecikkan, dalam emergency room menangis jelah sampai settle. Then, dah settle mama dukung and aku still menangis lagi sebab takut. 

Kat luar emergency room tu, orang sibuk tanya kenapa dengan aku. Mama pun tunjuklah mutiara yang masuk dalam telinga aku tu and cerita apa yang jadi.

Eeeiii malunya saya :3

Cuba bayangkan kalau takda siapa tahu ada mutiara dalam telinga aku. Aku rasa sekarang ni aku dah pekak sebelah dah. Wkwkwkwkwkwk. Takda mutiara pun dah pekak. Hewhewhew.

Extreme kan aku? Buat benda entah apa-apa sampai masuk ER. Selamat kau telinga tak kena potong. Kalau tak, sekarang aku dah takda telinga sebelah. Nak buat emoticon pun kena buat macamni je;

 (-.-)3 <---shafiza kahkahkah.="" nbsp="" p="" sebelah.="" takda="" telinga="">

Oklah itu je ceritanya. Kbai dan assalamualaikum.

Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: