Saturday, May 17, 2014

One Step Closer.

Assalamualaikum.

Weyy finally! 30 minit dah aku cuba mengingati email blogspot aku ni. Password aku ingat, email haram jadah satu pun aku tak ingat. Perangai pelik apakah ini? Orang selalu lupa password, aku lupa email?!

*flips table*

Sampai aku dah google bermacam cara, end up aku google cara nak delete blog. Bahahaha punyalah give up kan. Akhirnya! Kembali jua ingatan aku. Alhamdulillah. Aku rindu nak menaip cerita yang tak best di blog ini. Sebab, aku sayang akan blog picisan yang tak seberapa ini. Aku pun tak tahu apa blog aku ni dah bagi jampi ke aku sampai tak boleh nak let go dia. Ke dia bagi nasik kangkang?! Hayokkkk!

I lubbb you blog. Kiss sikit.

By the way, nak bagitahu. Yang aku dah bertukar status! Status dari single kepada tunangan orang. Yeah yeah. No one cares. But, I care. Mih. Alhamdulillah, daripada status awek Haidi kini bergelar tunang Haidi dan insyaallah, bulan september akan bertukar status (lagi) kepada isteri Haidi. Amin...amin. Doakan ye?

It is unplanned. Kitorang target nak kahwin bila umur aku dah 25. It all started last year lah. Abang sepatutnya kahwin last year, tapi terpaksa tunda sebab dia masuk askar and kena pergi kursus. Aku memang nak up kan sikit level status perhubungan aku and Haidi (Perghhh ayat. Mengundang). Lepastu, sesaja lah tanya-tanya ayah pasal kenduri abang ;

Me : Ayah, abang kahwin tahun depan lepas raya eh?

Ayah : Ak ah. Kenapa?

Me : Saja je tanya. (Dalam hati dah meronta-ronta nak cakap something)

Ayah : Kenapa? Nak kahwin sekali ke? Kalau nak, boleh buat sekali dengan abang.

Weh. Apakah ini dinamakan lampu hijau? Bila dah lampu hijau, kita jalanlah! Hahahaha! Siap tanya lagi tu "Boleh ke?" and ayah kata "Boleh saje. No problem bro" (ini tipu). Kesimpulannya, ayah dah memberi lampu hijau.  Kemudian, kita haruslah menanyakan kepada emak pula. Manalah tahu, si emak bertindak sebagai polis trafik dan menyekat laluan dengan roadblock.

Me : Mama. Kalau tahun depan, nak bertunang boleh ke?

Mama : Boleh je. Nanti kenduri buat sekali dengan abang.

ALHAMDULILLAH!

Aku tak sangka sebegini mudahnya untuk mendapatkan restu mama and ayah. Padahal berdebar gila kot takut disuruh jangan bermimpi disiang hari dan jangan nak menggatal. Bincang punya bincang, akhirnya tarikh pertunangan aku ditetapkan pada tanggal 1 Januari 2014.

Ye, masa tu tengah final. In between the papers apa entah tak ingat. Gigih gila kan? Nama pun unplanned. I just pick an easy date. Tak sangka pula time tu tengah exam. LOL!

My Engagement Day is a very simple day. Semuanya aku plan secara simple. Takda pelamin, just a DIY place for sarung cincin. Baju tempah sendiri, sebab kain memang dah ada. The lace is from Bandung, mama kirim dekat kawan mama belikan sebab duit Indonesia ada lebih. 


Tudung pun setakat tudung sarung, beli dekat Bangi together with the Veil. Tempat untuk sarung cincin itu hasil tangan makcik-makcik sedara aku. My makeup is from Echa, abang Aten punya girlfriend. Semua pun aku berpuas hati. Echa makeup kan cantik. Semua orang suka. So, if you need her contact number, you can just ask for it ok? 


The food.
Memandangkan kenduri itu petang, makanya tema makanan pun haruslah untuk minum petang. Bihun goreng, kuih bakar, roti jala dan apa lagi yang ada aku pun tak tahu. Wkwkwkwkwk sebab on that day aku busy gila sampai tak sempat nak menikmati makanan. Makanan semua di order dari cousin aku. Ya, dia ada catering sendiri dan memang menjalankan perusahaan catering secara besar-besaran. Makanan semua sedap! So again. If you need a catering service around Kajang, do ask for the contact number with me okay?

Dan bermulalah majlis pertunangan aku. Bincang itu ini, sarung cincin, makan, bergambar. Perbincangan pun sekejap sangat sebab everything already been discussed before the day (and some after the day). 

Perbincangan.

Family and friends.

Hantaran for Haidi.

Mine.
Disebabkan Haidi jauh dan susah nak dapat cuti, hampir semua barang-barang hantaran aku beli sendiri. Beli cincin pun mama teman. Lol tak kisah pun sebab I know I can do it all by myself and Haidi pun boleh save cuti dia untuk kahwin nanti. Kahwin lagi penting sebab banyak benda nak uruskan.


Bestfriend.
Yang datang haritu selain saudara-mara, are my housemates and my bestfriend, Robeq. Aten time tu dalam pantang, and nanab datang lambat sikit sebab dia ada kerja. Tenkiuu datang. I love you muahh!

Walaupun sederhana, I am really thankful for everything. It was all simple yet lovely day to be remember forever. We had been together for 6 years already. It takes a big courage for both of us to take our relationship to a whole new level.

Terima kasih Mama, Ayah, Mak dan Abah Haidi sebab bagi restu. Restu itu penting tahu?! Jangan main redah saja. Insyaallah, cabaran dan dugaan dapat dilalui dengan tenang. Orang kata, darah manis ni banyak cabaran. Please...please do pray for us. I am a bit scared. Mohon diberi kekuatan untuk melalui tempoh bertunang ini. Another 4 months to go!

Akhir kata ;

I love you. Only you.



Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: