Wednesday, August 26, 2015

Tips & Pengalaman Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) UiTM.

Assalamualaikum. Hai there, it's been a long time i'm writing a blog. So, please excuse my boring words here. Hehehe.

Ok, jomlah kita straight to the point. Semalam, bertarikh 24/8/2015, aku telah menghadiri 1 temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29) di UiTM. To be honest, aku pun tak sangka akan dapat interview sebab first; aku tak perasan pun ada job opening, itu pun tertengok ada orang share dekat facebook and aku bukak sekali tengok haritu tarikh tutup. Makanya kucar-kacirlah aku isi. Second; sebab macam tak berharap sangat pun kan yelah government kot mesti berderet yang apply, and aku pernah apply jawatan yang sama dekat UMK apahal tak dapat pun i iz sad hahaha tak lah menggedik je. ;p

Check tarikh interview, ingatkan lama lagi rupanya lagi 5 hari, like weyyy aku dekat kelantan kot. Teruslah grab tiket balik kajang haritu jugak. And aku ada limited time sangat untuk prepare interview ni. Bayangkan aku sampai kajang, 22hb pagi and interview 24hb. 2 hari je aku study itu ini, programming+isu semasa+pasal uitm+pasal kemerdekaan (yelah bulan kemerdekaan kan manalah tau dia tanya).

Tibalah hari interview, aku bertolak dari rumah 5.30 pagi kayyy sebab takut jem dekat federal. Sampai awal dekat uitm pukul 6.15 macamtu, pergi solat subuh dekat masjid uitm and sarapan dekat cafe menara SAAS. Masatu parking pun banyak lagi. So tak payahlah semak kepala, kalau sampai lambat confirm parking penuh dah. Dah settle solat and sarapan, naiklah ke Pejabat Teknologi Maklumat.

Mula-mula diorang suruh naik level 6, aku check dekat kertas yang ditampal dekat pintu pejabat level 6 tu untuk temuduga Juruteknik Komputer. Tanyalah orang dekat situ, rupanya dekat tingkat 5. Yelah, aku tak pernah kot jejak kaki dekat Pejabat IT selama 2 tahun setengah belajar situ. Dahlah dalam surat takda tulis level berapa. Asyik tanya orang sana sini, pejabat IT dekat mana. Alhamdulillah, akhirnya jumpa jugak tempat temuduga.

Check list nama, ohhh ok haritu ada 16 orang yang akan ditemuduga. Aku bayangkan sampai berpuluh-puluh LoL naif sungguh diriku ini. Sambil tunggu acara bermula (what the..acara larian ke apa tuuu?), aku revise lah sikit-sikit tapi sebenarnya dah tak boleh masuk sangat sebab nebes gittew.

Nota buruk tapi banyak berjasa.
Buat nota pun cincai boncai, asal ada. Ok, jomlah aku cerita flow temuduga F29 untuk UiTM ni ye.

Temuduga F29 ni ada 2 peringkat. Untuk yang peringkat pertama, start dengan kuiz sikit (masa aku dia ada bagi 1 soalan programming and kena solve kan within 30 minutes) lepastu baru masuk bilik temuduga ikut giliran. Dah lepas peringkat pertama, petang tu kau kenalah standby tunggu dia call nak tau sama ada kau lepas ke tak untuk interview peringkat kedua.

Untuk temuduga peringkat pertama, as i mentioned before, ada 1 soalan programming. Ini soalan yang aku dapat;

User akan input 1 nombor, lepastu program akan process nombor tu.

User input: 1234
Process: 1+2+3+4 = 10
                              = 1+0
                              = 1

User input: 4545
Process: 4+5+4+5= 18
                             = 1+8
                             = 9

Tuliskan program/pseudocode/algorithm untuk selesaikan masalah berikut. Tak kisahlah kau nak selesaikan guna program (and tak kisah language apa), pseudocode ataupun flowchart. Ok selesaikanlah sendiri aku tak nak bagitau aku jawab apa sebab rasa macam mendak sangat kepala dah lama tak berfikir masalah negara macamni!

Ini jawapan yang aku dapat.

Paling tinggi score 5/10.

Settle masalah negara jenis coding, tunggu lah turn untuk ditemuduga. Ada 3 penemuduga yang akan menduga cinta di hati kita, eh tak, yang akan tanya soalan. Part ni paling aku rasa jantung nak pecah. Dia punya debar tu tak tahulah apa yang takut sangat. Sampai aku saiko diri sendiri "Jangan takut. Diorang tak makan orang, Diorang makan nasik macam kau jugak." ;p

Antara soalan yang ditanya:

1. Please introduce yourself (in english).

2. Pengalaman bekerja. (Praktikal included. So ceritalah pasal pengalaman praktikal pernah develop system apa.)

3. Boleh guna programming language apa. (UiTM pakai ColdFusion and Oracle)

4. Isu Semasa
    - Make sure kau baca betul-betul, in detail segala isu semasa. Contohnya 1mdb, bacalah segala             detail apa tu 1mdb. Penemuduga tu just suruh listkan isu semasa, nak tengok kau ada membaca ke       tak, but at the same time dia tanyalah sikit-sikit pasal isu semasa yang kau dah listkan. 
      Haritu aku list kan pasal nilai matawang jatuh, GST (dia tanya GST berapa percent), 1mdb and           vape. Aku tak tahulah kenapa vape yang tetiba keluar dari mulut. Dia tanya vape tu haram tak.             Aku jawab tak, tapi sebenarnya fatwa dah keluar and haram >.< So nak cover kantoi disitu, aku          jawablah research bercanggah, antara research oversea dan malaysia. Penemuduga tu kata haram        sebab ada syabu, and aku jawablah yang vape perisa syabu tu yang dah diubahsuai. Tetiba kan            backup geng vape. >.<

5. Kenapa nak kerja UiTM?

6. Macam mana nak deal dengan fussy user?

7. Kalau diterima bekerja, nak kerja dekat bahagian apa. (i.e: aplikasi, perkhidmatan etc.)

So far, itu je kot rasanya. Soalan temuduga kemungkinan berbeza antara calon. So janganlah terikat sangat dengan apa yang aku bagi tips ni. Yang paling penting, kena banyak membaca. Temuduga in english/bm itu terpulang dekat penemuduga. Sikit-sikit bm, sikit-sikit english. 

Dan dukacitaya aku announce, aku tak dapat proceed untuk temuduga peringkat kedua (nangis airmata 1 baldi). Dia kata kalau ada rezeki awak, petang nanti dapatlah call. Setialah aku menunggu tepi telefon, macam tunggu suami call tapi takda (aku lupa nak nyanyi lagu call me maybe dekat penemuduga tu kottt ;p). Maaflah ye aku tak dapat bagi soalan untuk temuduga peringkat kedua. Tapi apa yang diberitahu dekat aku, baca pasal UiTM sebelum kena halau keluar bilik temuduga hehehe.

Kesilapan aku maybe sebab tercakap cita-cita aku nak jadi lecturer, dia macam cakap dekat aku kalau awak nak jadi lecturer, katakanlah 1 hari nanti lecturer ada kosong, kami nak kena bukak job opening lagi untuk jawatan ni. Terus lidah terkelu padahal sebelum tu banyak cakap banyak bunyi. Dalam hati aku "Alamakkk salah cakap. Mesti tak dapat dah ni." 

Lagi satu sebab aku cakap, aku MAYBE nak sambung master. Penemuduga tu kata, awak dah campurkan kerja dengan personal interest, itu tak boleh. Padahal aku takda niat pun nak sambung master, itulah menggatal sangat cakap apahal kan? >.< 

My face bila interviewer tu macam bagi hint aku tak dapat jawatan tu.

So, there goes my chance. Selamat tinggal lah. Aku memang tak fully prepare untuk interview, tapi Alhamdulillah dapat jawab semua soalan, cuma tersilap cakap part cita-cita and further study. Nasihat aku, terlampau jujur pun not good hahaha. Lepasni bolehlah baiki lagi skill interview. To be honest, ini first time aku dapat interview formal gini. Selama ni either interview on the phone or informal interview.

Oklah, jangan give up lagi sebabbbbb 9/9/2015 ni aku ada interview jawatan F29 untuk FAMA pulak! Hehehe, alhamdulillah...

That's all for this entry. Nanti aku share untuk interview FAMA pulak ye. Wish me luck! And thanks for reading karangan panjang ni. 

Bye!



Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: