Monday, February 18, 2013

Tips mengatasi kekecewaan bila dapat result exam.

Assalamualaikum semua. Hai, tora datang lagi dengan mainan baru (?). Hewhewhew takda kena-mengena tetiba je kan. Arini kita relaks dulu dari entry jiwang sebab takkan hari-hari nak feed all the blog readers dengan kisah cinta kan? Muntah darah pulak. 

Untuk pengetahuan semua, minggu lepas banyak budak degree dari beberapa universiti dapat result exam mereka untuk last semester, termasuklah cik puan blog ini. Dan kalini, aku takkan menayangkan result aku sebab aku sendiri kecewa tengok inikan nak tayang ke orang, lagilah orang lain kecewa. 

Jumaat lepas, semangat bangun awal sebab nak check result dan end up menangis sampai tertidur balik dan bila bangun tidur rasa nak nanges lagi. Dahlah tak Dean List, lepastu entah apa-apa result aku dapat sem ni. Macam tak belajar. Tipulah aku kata aku tak kecewa. Kecewa level 100 kot sebab fikir dah study molek-molek but maybe tak all out kot? And then aku decide, aku dah tak nak tengok or cakap pasal result aku lagi. 

Aku mengaku ni zaman kejatuhan aku. Selama ni aku kat atas je and tak pernah rasa apa itu sakit terjatuh. Here I will supply all of my precious blog readers on the tips mengatasi kekecewaam bila dapat result exam :


Bersyukur

Hari aku bersedih pasal result, aku terjumpa satu ayat ni yang buat aku rasa positif.

"Bersyukur buatkan kita rasa cukup."

Lepastu aku fikir, betul jugakkan. Dalam kes aku, aku bersyukur masih 3 pointer dan lulus semua. Sikit-sikit kekecewaan aku terubat. Bagi student yang ada kena repeat subjek tu, bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk betulkan apa yang silap. Manalah tahu, dengan repeat buatkan kita lebih faham dan master subjek tu. Semua yang berlaku ada hikmahnya. :)




Menangis

Ye, bagi aku menangis tu melegakan. Kau melalaklah puas-puas tapi jangan lupa nak stop. Kang melalak 3 hari berturut-turut macam orang gila pulak kan?

Hey iols lelaki k takkan iols nak menangis jugak?

Ok tips ini tak apply kepada kaum lelaki sebab macam pelik lelaki menangis sebab result. Lelaki ni cool je kan kan?




Jangan terlalu fikir sangat

Kau dera diri kau dengan fikir apa salah kau last semester sampai result kau kecundang. Dah tak fikir pasal lain dah. Dari bangun tidur sampai ke nak tidur dok pikir benda tu je. 

Tak salah kalau nak fikir dan cari gali balik apa salah kita sampai result teruk sangat. Tapi yang salahnya bila overthinking sampai tak lalu makan, tak lalu mandi, tak lalu-lalang(?). 




Jangan tanya result orang lain

Bagi aku, kalau aku rasa result aku teruk, aku takkan tanya result orang lain dah. Sebab, yelah kalau kita dok sibuk tanya result orang lepastu result diorang lagi tinggi cemerlang dari kita, kita pun mesti lagi down. Mulalah rasa diri ni bodoh lah, apalah.

So, dari nak elak diri rasa macam useless sangat, jangan tanya. 


Bangkit

Berikan masa sehari untuk kau berkabung bersedih pasal result kau. Dan lepastu, ajak kawan-kawan kau keluar pergi karaoke dan bergembira. Bila dengan kawan-kawan ni, kita dapat share cerita and diorang akan buat kau rasa lebih lega. Lagi-lagi bila dapat kengkawan yang awesome bagi kau semangat. Automatik kau akan rasa positif dan ok dengan result kau.



Be positive!

Last but not least, be positive! Jangan menghukum diri dengan ayat ;

"Aku ni bodoh."

"Otak aku ni tak berguna langsung."

"Ah sem depan aku tak nak belajar dah. Belajar macam mana teruk pun result teruk jugak."

No! Jangan! Ayat-ayat macam kat ataslah yang akan buat kita makin down dan down lalu bila masuk sem depan kita dah takda semangat, lalu berputus asa. Pujuk diri dengan ayat ;

"Takpalah. Aku dah cuba. Mungkin tak cukup kuat usaha aku."

"Sem depan aku nak belajar lagi kuat."

"Aku ni pandai, cuma malas je. Sem depan aku kena lebih rajin."

Kalau kita asyik fikir negatif, sampai bila-bila kita akan kecewa and frust menonggeng. 



Oklah, tu je nak share. Ingat, tak selamanya kita diatas, kadang-kadang kita jatuh tersungkur menyembah bumi. Time kita jatuhlah baru kita sedar apa salah kita dan kita kenalah bersyukur sebab Allah bagi kita rasa sakitnya terjatuh, nak elakkan kita dari terus bermegah dan sombong dengan kejayaan kita. 

Till then, good luck for your future and assalamualaikum. :)




Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: