Assalamualaikum semua. Ye lepas seminggu baru ingat diri ini mempunyai blog untuk diconteng. Sebenarnya takdalah busy mana errrr, tak busy langsung kot? Tapi entah, rasa macam takda benda nak cerita.
Lepastu teringat ada karang satu entry dekat Microsoft Word masa buat entry 5 tahun tu. Terus carik balik sebab lupa save dekat mana >.< (nyanyuk sangat). And sempena 5 tahun bersama BN ehh tak tak, sempena 5 tahun bersama Haidi, ku persembahkan entry ini buat tatapan kalian semua.
This is how I met Haidi...
Ceritanya bermula pada tahun 2008. Masa tu aku baru abes espiyem
(SPM) so biasalah kan perangai budak sekolah sibuk nak kerja macam dah dewasa sangat.
Makanya aku pun kerjalah dekat Mcdonald. Kerja aku selalu duduk kaunter amek
order and bergaduh dengan customer (ini tipu).
Aku tak pernah perasan pun sebenarnya kewujudan insan bernama
Haidi ni. Sebab tak pernah sama shift. And aku pernah anggap dia ni budak form 4 yang buat part time dekat mcd sebab memang tak pernah jumpa pun walaupun kerja 1 tempat. Rupa-rupanya, dia 'penunggu' shift midnight and selalu start kerja pukul 11 malam. Memanglah tak pernah bertembung kan?
Satu hari tu, tetiba pulak sama shift
pagi. Aku dah masuk kerja and duduk kat kaunter macam biasa. Time tu 2 kaunter
bukak, and bila Haidi masuk kerja dia pun duduk dekat kaunter jugak makanya 3
kaunter lah bukak.
Aku ingat lagi. Jam dah nak dekat pukul 11 pagi menandakan waktu
breakfast nak abes and masuk waktu lunch. Dan-dan pulak customer beratur sampai
ke pintu. Yang haram jadahnya, kaunter lagi satu pergi rehat and aku baru sedar
aku sorang je duduk kat kaunter. Haidi entah mana hilang aku tak tau. Mau tak
kelam-kabut kalau boleh guna kaki siapkan order agaknya dah lama aku guna kaki.
Memang sampai kena maki dengan customer sebab service lambat. Dah kena maki
barulah Haidi nak masuk kaunter. Engkorang nak tau dia pergi mana?
Pergi tandas hisap rokok!
Sabau jelah hati. Aku diam lagi masa tu. Bila customer dah pack
and masing-masing khusyuk buat kerja tak pandang kiri kanan dah. Kaunter aku
sebelah kaunter mamat Haidi ni. Aku tak tau lah apa salah aku dengan mamat ni,
time tu aku tunduk nak amek barang and dia boleh pulak siku dahi aku. Bayangkan
siku Haidi hinggap kat dahi aku yang kecik comel ni (ehem!). Aku pun terpaksa
tabahkan hati sambil buat peace. Dia? Ye, dia langsung tak mintak maaf.
Gentleman kan?
Lepastu aku dah tak jumpa Haidi dah. Rupa-rupanya, lepas kejadian
siku-menyiku tu Haidi selalu tengok jadual nak tengok aku kerja bila sebab nak
mintak maaf. Adalah jugak kekadang aku satu shift dengan dia and sejak tu
kitorang jadi rapat.
Yang tak boleh blah tu, Haidi ni kuat merepek meraban sikit. Asal
jumpa aku je mesti dia tanya benda ni ;
“Shafiza, kau sayang aku tak?”
Dah kenapa pulak dia ni? Aku diam jelah malas nak layan. Lama-lama, bila asyik tanya kita camtu, kita ni pun macam terrr-suka sikit dekat dia. Hiks malu (dan gedik).... (to be continue)
Sila Like, Kalau Suka =D
No comments:
Post a Comment