Nama korang yang comel-comel yang handsome-handsome.
Aku tak handsome sebab aku perempuan jadi bila perempuan tu buatlah cara perempuan. Dan sekarang kenapa ayat aku sangat emo? Ok nama aku Nur Shafiza Binti Mohamed Hussaini. Dulu sebelum join KB nama panggilan aku ada dua je. Kat rumah family panggil Shafiz dan kawan-kawan panggil Fiza. Tapi sekarang, kat KB orang panggil Pija. =.=''
"Hai saya Pija dan saya sangat comel."
Asal orang mana?
Saya adalah orang asli Kajang, Selangor. Eh kejap. Orang asli? Bukan bukan. Maksud aku, aku memang pure orang Kajang. Haaa guna pure baru betul ayat.
Sekarang korang semua study or dah keje?
Aku study lagilah. Study kat UiTM Pahang and amek course Computer Science. Tahun ni aku sem 5 dan merupakan sem akhir aku kat sini. Sebab sem depan aku dah praktikal. Ok babai Pahang.
Kerja apa?
Apa yang kerja? Aku kan study lagi so kerja aku buat assignment, belajar, buat kuiz dan test. Dan semua berkaitan dengan kerja seorang pelajar termasuklah online dan berseronok.
Korang suka nombor berapa?
Suka nombor 3 sebab birthday aku bulan 3. 21 Mac 1990. Sila catat tarikh ni kat kalendar masing-masing tau!
Actually nombor ni nak suka tengok keadaan. Macam kalau dalam kelas, periksa dapat nombor 1 of kos ah suka nombor 1 kan? Bila nak buat presentation, cabut undi semua suka nombor yang paling last. Kalau nombor yang paling last tu nombor 8, semua suka nombor 8 secara automatik.
Warna kegemaran korang warna apa?
Suka warna pink. Dulu benci warna pink tapi sekarang sangat suka warna pink. Jangan pandang bila pink je gedik. Takda kena-mengena pink dan gedik ok. Pink sangat sweet. Dan tak semestinya bila suka pink je, girlish. No. I am not girlish sebab aku sangat kasar.
Dan aku suka warna hitam jugak. Sebab boleh matching dengan apa-apa pun.
Sekarang korang dekat mana?
Sekarang berada di UiTM Pahang lah. Tinggal kat asrama. Mana lagi nak tinggal kan?
Adakah korang yang comel-comel yang handsome-handsome ni baik hati?
Tak aku tak baik hati. Sebab aku sangat kasar dan garang. Nak tau kenapa aku cakap aku tak baik hati? Sila lihat soalan seterusnya.
Kalau baik hati tagkan 2 orang rakan.
Sebab aku tak baik hati, so aku tak payah tag orang! HAHAHA =)
Senyum setelah menjawab soalan.
Sila Like, Kalau Suka =D
2 comments:
yoo..saya kuman x merbahaya bernama hibari.......
korang p klcc berape lame?
Eeeiii..guna antivirus la. Hibari tu berbahaya.
Sehari jela.
Post a Comment