Wednesday, March 30, 2011

Peniaga Melayu VS. Peniaga Bukan Melayu.

Nak marah ni. Serius aku rasa nak robohkan gerai makcik poyo kat expo kolej aku tadi. Tak taulah macam mana dia boleh ada keinginan nak berniaga sedangkan layan customer macam haram je.

Macamni ceritanya...(*sambil kunyah sirih.Motif kunyah sirih?Saja je..baru nampak kesungguhan nak bercerita)

Kitorang pegi expo. Kawan aku nak cari baju untuk dinner. Singgahlah satu gerai ni and dia berkenan kat satu t-shirt pink ni. Cantik and kitorang pun tanyalah harga. Makcik tu cakap RM35. Kitorang tawar-tawarlah harga and one of our friend macam bergurau lah mintak RM25. Nak tau makcik tu cakap apa?

"Nak RM25 bukak kedai sendiri."

Ok fine kitorang ingat dia bergurau. So kawan aku pun letak lah balik baju tu tapi bukan letak kat tempat asal. Makcik tu boleh plak sound kawan aku ni.

"Letak balik baju tu kat tempat asal. Jangan buat saya naik angin."

Pehhh sentap gila kot. Depan orang ramai time tu. Tak boleh cakap baik-baik ke makcik? Apa lagi,kitorang pun angkat kaki and blahlah. Lepastu entah apa yang dia membebel kat customer dia aku tak pasti. Yang aku dengar ni je...

"Sekolah tinggi-tinggi sampai universiti bla bla bla talk to the hand~" (*Ayat talk to the hand tu aku tambah.)


See. Inilah peniaga melayu kita. Tak semua reti adab berniaga and cara nak jaga hati pelanggan. Aku nak listkan perbezaan peniaga melayu and peniaga bukan melayu.

Senyum please.

Peniaga melayu mak aih. Muka ketat. Kalau masuk kedai tak pernah nak senyum or greet customer mereka. Macam lah nanti kedai tu rugi kalau senyum. Peniaga bukan melayu macam mamak or cina, sangat peramah ok? Diorang layan customer macam bos. Masuk kedai mereka pasti akan disapa dengan baik.


Duit kecik tarak ka?

Kalau situasi macamni memang aku menyirap. Dahlah kita beli barang kat kedai dia, dia mintak kita duit kecik. Like hey you are supposed to sediakan duit kecik banyak-banyak. Takkan aku nak pergi keluar bawak duit syling segantang? Kalau ada duit kecik,oklah. Kalau dah memang takda tu macam mana? 

Busuk Hati.

Haish ni lagi satu masalah. Bukan antara peniaga dengan pelanggan tapi antara peniaga and peniaga sendiri. Selalu kita dengarkan orang tu 'buat' orang ni. Hantar jin la keliwon lah kat kedai nasik lemak depan tu. Ini semua adalah hasil daripada perasaan DENGKI! Peniaga melayu kuat dengki. Aku teringat pensyarah aku pernah cakap. Beza antara ketam melayu and ketam cina. Nak tau tak apa bezanya?

Ketam melayu kalau nak larikan diri dari sebuah baldi contohnya, jika seekor ketam cuba memanjat baldi tersebut, ketam lain akan menarik ketam yang cuba memanjat tadi dan menggagalkan usaha ketam tu nak lari.

Manakala, kalau ketam cina, ketam lain akan tolong tolak ketam yang cuba panjat baldi tu tadi.

There you go. Kalau tak faham lagi tak tau lah kan. Kesimpulannya, peniaga cina akan membantu sesama mereka manakala peniaga melayu? You judge.

Ok ah. Cukup sampai sini sahaja. Kang tulis lebih-lebih takut dikatakan pengkhianat bangsa(?). Tak semua peniaga melayu macamni. Ada yang best dan yang best tu lah jadi pilihan ramai.
Sila Like, Kalau Suka =D

12 comments:

lavender harum wangi said...

hahahaha, keje tak bersungguh gitu la.. dia tak tau ke customer always right. ngok ngek~ >.<

aRaN said...

aku pun pernah lalui jgak benda tu.. peace =)

~Anis Aisyah~ said...

setujuuuuuuuuuuuu~~!

Anonymous said...

melayuuuuuuu. nama pun melayuuuuuuu. mcm ni lahhhh

Shafiza said...

LAVENDER : tau takpa. Marah kot kedai dia tak untung.

Shafiza said...

ARAN : malu aku sebagai melayu. Hmmm...

Shafiza said...

ANIS : yeah give me 5!

Shafiza said...

MELLY : yeah that's right tapi tak semua.

Atikah said...

Conclusion citer ketam tu, jual ketam melayu xyah tutup bekas die. Ketam cina kena tutup ;)

En. Nazri kan yang citer masa ceramah :)

Shafiza said...

ATIKAH : haha betul jugak tu. Yep en. nazri yang cerita;)

Mun said...

pergghh,, xleh blah arr makcik tu ckp.. xde adab.. nsb baik laa kamu ni jenis sabar ye..kalau x.. mau makcik tu kena sound giler2..

Shafiza said...

CIK MOON : sabar jela...kang kalau sound lagi bertambah parah.