Saturday, May 21, 2011

Main simbah asid macam tengah siram pokok bunga.

Assalamualaikum dan selamat hari-hari. Hari ini marilah kita berehat sebentar dari post pasal Singapore. Dikhuatiri anda semua akan muntah asyik tengok gambar je. Aku dah lama tak buat entry yang berunsur pandangan. Eceh macamlah ada orang nak dengar pandangan kau? Takpa aku nak jugak bagi pandangan. Agaknya satu dunia dah tau pasal kes simbah asid kat Malaysia ni. Satu dunia? Jap aku call sedara aku Megan Fox tu tanya dia.

Haa dah and dia jawab;

" No I don't even know about it. All I know is the case involving the sex video of the important people in your country. Eh by the way, sambal belacan bila hang nak kirim kat sini?"

Hai nama saya Megan Fox. Makanan kegemaran sambal belacan yum yum sedap~~
Tengok, Megan Fox pun lagi tau pasal video sex Datuk T ke Datuk XYZ menda ntah nama dia berbanding berita simbahan asid ni. Memang kalau hal keburukan orang lain lagi di up kan sangat-sangat berbanding keselamatan rakyat sendiri. Kan? Whatever. Yang aku tau semua berkaitan video tu sangat stupid. Dan membosankan.

Ok berbalik kepada topik asal. Dalam otak aku sekarang, selalu fikir. Apa motif kau main simbah-simbah asid kat orang yang tak di kenali ek? Mungkin, kau gila. Otak tak brapa waras dan bila datang gila kau tu, kau pegi cari mangsa. Ataupun kau putus dengan awek kau, dia kikis duit kau abes-abesan dan akhirnya kini pasti kau dendam sangat-sangat lalu pegi lepaskan kat orang yang tak bersalah?

Whatever lah kan tapi kenapa nak rosakkan masa depan orang lain? Diorang sangat-sangat tak bersalah. Cuba kau bayangkan, keluar dari sekolah and tengah jalan nak balik sambil dalam otak fikir "Oh nak makan apa malam ni?" atau "Nak beli goreng pisang kat kedai mana ek arini?", tiba-tiba Splash(bunyik side effect kene simbah)! Kena simbah dengan asid secara tiba-tiba. Aku tak boleh dan tak nak bayangkan kesakitan yang diorang dapat. Sangat tak bersalah!

Haish...gaya macam tengah siram pokok plak kau buatkan? Anyway, bila dah dengar berita macam ni eloklah kita semua amik langkah berjaga-jaga. Dan tolonglah pihak polis buat kerja secara cepat dan tangkas. Bulan 6 aku dah nak praktikal kat KL dan aku tak nak lah fobia menghantui diriku. Sangat tak seronok nanti aku malas pegi keje. Alasan je semata-mata.

Banyak cara kita nak amik langkah berjaga-jaga ni. Contohnya macam, jangan jalan sorang-sorang. Dan kalau nak jalan tu, ikut arah yang bertentangan dengan trafik. Macam nak elak kes ragut jugak. Kalau kita ikut arah yang berlawanan, kita boleh tengok apa yang ada depan kita dan boleh elak kalau kejadian yang tak diiingini berlaku. Dan tolonglah kalau jalan tu jangan berangan. Jalan kaki ni pun macam bawak kete. Kena fokus.

Dan korang jugak boleh lah start bawak payung ke, or whatever yang boleh dijadikan penghalang jika kejadian begini jadi kat orang. At least bila benda ni terjadi (mintak simpang), korang ada something yang boleh guard korang dari asid tersebut. Overall, berdoalah sebelum keluar rumah tu jangan main redah je nak keluar. Semoga kita semua dijauhi dari segala bencana dan kejadian yang tak diingini. Amin.

Gambaran suspek.
Ok kenapa aku sangat skema bila buat entry macam ni? Abaikan sebab aku pun tak tau kenapa. Dah korang-korang semua take care ok? Mostly yang perempuan yang comel lote sekalian. Kalau ada baju besi, elok jugak lah pakai bila nak keluar. Ok sekarang semua fesyen designer Malaysia harus buat satu baju yang fully covered melainkan buat baju seksi-seksi bagai sakit mata ni. Dan marilah kita sama-sama berdoa semoga orang yang sebegini akan tertangkap jua akhirnya.

Bayangkan aku keluar pakai macamni. Ok bayangkan pun boleh pengsan. =.=''
Ok bai dan Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: