Thursday, May 19, 2011

Sesekali nak puji negara orang. (Part 1)

Assalamualaikum dan selamat hari-hari. Aku stress. Sebelum pegi holiday, blogspot tengah under maintenance and aku tengok diorang reset balik blog aku ke layout lama and entry baru aku yang tak sampai sehari berseronok di blog aku dah di delete. Ok fine ah aku ingat nanti diorang elokkan lah balik. Bila pulang sahaja dari holiday, tengok pehhhh...sama je keadaan macam aritu. Carik balik entry aku buat pasal Drama Melayu and Drama Indon tu, tengok dekat edit entry and ada dalam draft. Wow selamat I. Bila bukak je draft tu, kosong. Empty aaaaa hancur hatiku. Trus merajuk dengan blog kejap. Arini baru la merajuk ilang dah and trus update entry pasal Singapore.

Aku menghabeskan masa 2 hari di Singapore. Kira oversea tak? Aci tak? Ala acilah...kita nak pegi Paris mana ada duit segantang macam awak. Haha~~ Overall, Singapore sangatlah berbaloi untuk anda melawat. The nearest to Malaysia and still a great place to visit. Sumpah negara diorang sangatlah bersih. You can't hardly see a rubbish anywhere. Dan terasa diri berada di Paris. Wow =D

Disebabkan banyak sangat tempat melawat, marilah kita membahagikan entry ini kepada dua sesi. Nak habeskan trus mau muntah nanti.

Kami bertolak jumaat malam menaiki keretapi dari kajang ke JB Sentral. Yep menginap di hotel Johor sahaja lebih jimat. Hotel kitorang dekat sangat dengan Singapore so tak rasa pun rugi kalau tak duduk kat hotel singapore tu. Sampai je, trus check in and letak barang-barang then off to Singapore.

Ehem tak mandi ke?

TAK. TAK. TAK. Haha ala masa tu bukan orang tau pun. Diam-diam sudah. First, kami pegi jumpa abang aku dulu. Dia keje kat Singapore and dia lah yang jadi tourist guide kami. Trus pegi beli tiket naik bas hop on hop off. Bas menda tu? Ala yang macam kat kolumpo(KL), yang jalan-jalan satu KL tu la. Haaa tau kan?

Ni ler dia bas tu.
Pusing-pusing satu singapore kot. Dan kalau anda beli tiket untuk naik bas ni boleh digunakan sepanjang berapa hari pun selagi anda berada di Singapore. Yay saving wooo~~Here are some views during the bus tour ;

Maaf lupa nama bangunan durian ni.

Under construction. This is the second botanic garden in singapore.

Muzium aku rasa benda ni. Almaklumlah, tido katakan.

Marina Bay Sands Hotel.

Singapore Flyer.

Ok bai lupa nama.

Raffles Hotel.

Bangunan Entah-sukati-kau-la-nak-bagi-nama-apa.
Lepas dah abes naik bas ni, kami naik itik plak. What the freak itik weh? Haha namanya Ducktour/Duwktour. Mula-mula jalan atas darat, kemudian masuk dalam air plak.

Ducktour.

Bosan naik ni sampai tertido aku kat atas tu. Maybe penat sangat yelah baru sampai terus pegi berjalan. Dah abes tu kami ke Arab Street untuk makan tengah hari di restoran Sabar Menanti. Pehhh nama restoran dia. Best kan?

Takda lah sabar menanti sangat pun sebab makan pun lambat. Tengok lauk dah abes. Makan je lah apa yang ada.
Lepas makan, solat semua, kami trus ke Marina Bay. Melawat Merlion Hotel. Yes, yang dulunya ada seekor Merlion mulut keluar air tepi Marina Bay tu, dah di convert kan menjadi hotel. Kenapa buat macam tu jangan tanya. Maybe dia nak orang mati terkejut bangun tido trus nampak Merlion atas kepala.

Aaaaummm.
Merlion hotel ni siang-siang di buka untuk lawatan sampai pukul 7 p.m. Lepastu bila malam akan ada 1 guest akan check in kat hotel ni. Selamat check in la ye bersama Merlion aaauummm tu. Dah puas tengok hotel ni, kami berjalan kaki di tepi Marina Bay menuju ke Marina Bay Sands hotel. Lepak di atas hotel ni. Nama tempat lepak ni adalah skypark. Memang sky sangat sebab 56 tingkat. Nak masuk skypark ni harganya $20 for adults and $10 for kids. It's worth going here because you can watch the whole Singapore from the skypark.

Inilah Marina Bay Sands Hotel yang 56 tingkat tingginya.
Cis gua gayat abes nak diri di tepian pun gua rasa bangunan tu cam goyang je. Jadi gua lebih selesa duduk bersila sahaja. Dan ini hasilnya bila berada di atas;









Kolam renang terletak di tepi gaung memang terbaik ah.
Dan tamatlah sessi menjelajah singapore pada hari pertama. Kaki pun mau tercabut jadi lebih baik lah kita ke hotel. Dan ayam penyet di Jalan Station kalau aku tak silap, berdekatan JB City Square dan di lorong-lorong tu sangat sedap! Waaaa mau lagi. Ok bai esok sambung lagi part 1. Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: