Monday, May 23, 2011

Selama Aku Jadi Blogger...

Assalamualaikum semua yang baca blog aku.  Adakah aku berbunyi boring? Terasa diri ini berbunyi boring bila menulis entry. Abaikan. Aku rasa depressed bila tengok movie Nur Kasih. Entah apsal aku depressed. Biarlah. Malas nak cerita.

Ok. Sekarang ni jarang dah ada masa nak melepak dan jalan-jalan kat blog orang sebab Encik Haidi bercuti selama 10 hari dan masa aku diabadikan hanya untuk dia. Lepasni entah bila lagi boleh jumpa kan?

Bila aku bukak je blog setelah lama memendam rasa, tengok macam-macam cerita yang aku terlepas kat blog yang aku slalu bukak. Blog mana eh? Ah rahsia nanti korang kata aku prejudis dan mulalah kata "Ceh nak baca blog orang yang pemes je." Haha tak lah. Orang yang pemes suam-suam kuku pun aku pegi baca gak. Sebab aku suka menyibuk tepi kain orang dan baca cerita kehidupan seharian orang lain. =D

Tapikan, bila dah lama tak on blog ni, macam-macam perangai yang annoying plak timbul. Ala...bukan baru pun. Dah lama timbul cuma malas nak kecoh je. Antaranya ;

Follow blog orang semata-mata nak orang follow blog dia balik. Padahal dia main tekan je butang follow tu tanpa baca entry-entry empunya blog tersebut. Takpa, janji follower dia ada beribu gak macam orang tu.

Buat entry pasal blogger famous yang lain dengan harapan trafik up dan follower bertambah. Entry tu kalau boleh bukan main kipas lagi blogger famous tersebut. Ah pedulik apa kan? Aku punya blog, sukati aku la aku nak buat apa. 

I am just a clown.
Nak buat blog konon yang jenis main troll orang lain tapi ayat yang digunakan macam 100% bodoh dan mencarut plak hampir 200% kandungan entry. Lagi plak pegi troll hal yang berkaitan agama. Agaknya kau ingat hal agama ni macam permainan angry bird ke apa? Kesian. Konon nak orang suka letteww kat dia padahal komen semua hentam dia balik.


Melatah tak tentu pasal. Padahal orang usik dia sikit. Bukan main lagi dia up entry pasal orang yang usik dia and mengamuk tak tentu pasal. Kang tak pasal-pasal esok keluar berita "Blogger maut sakit jantung ketika menaip entry marah-marah orang yang carik pasal dengan dia."

Blog yang setiap entry puji pakwe dia. Pakwe dia itu lah, inilah. Macam pakwe dia sorang lah yang paling memahami dalam dunia ni. Pakwe orang lain mana nak buat macam pakwe dia. Haish...you know. Some sweet stories between you and your boyfriend need to be private and confidential. Yelah, kang hilang plak manisnya bercinta kalau semua nak canang kat orang. Bila dah break, how? Nak delete semua entry? Buat penat jari kau je taip.



Sikit-sikit nuffnang. Sikit-sikit BE lah apalah. Adakah anda tidak bosan dengan benda-benda macamni?

"Eh mana ada bosan. Duit tu duitttttt..."

Kalaulah kau mata duitan sangat, pegi kapel dengan anak Dato', Tan Sri tak pun kapel je trus dengan Dato' dan segala Tan Sri dan Datin yang ada. Tak payah pening dah dengan iklan nuffnang ada orang nak tekan ke tak.

Ok dah cukup. Biasalah...akhirnya yang ada dalam kepala otak masing-masing, blog is about individual thought. So semua rakyat dunia boleh buat blog even budak umur setahun jagung pun boleh gak. Nak cerita apa pun ceritalah. Tinggal ada orang nak baca ke tak dan pandangan orang. Dan yang pasti, bila ada orang lain tegur pasal blog kita one thing yang akan keluar "Sukati la der. Blog aku. Tak suka tak payah baca." Like hello...kau ping blog kau kat merata-rata, lepastu bila ada orang komen buruk sikit keluar lah line "Tak suka tak payah baca."

Akhir kata, jangan emo dan Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

4 comments:

nub said...

woyeahh. mai2 ceq bagi air-cond sama hang..harhar

Alan Rizque said...

Memang tak bertapis la entry ni..direct to the point..huhu..siapa yang makan lada dia yang terasa pedas..

lost kitty said...

bukankah manusia berbeza-beza?kepuasan mereka menjadi blogger mungkin terletak pada duit, populariti dan erk.

Shafiza said...

Nub : aircond boleh menyebabkan lapisan ozon semakin menipis. Tak bagus.

Alan Rizque : aaa..tak reti nak tapis-tapis ni. Maaf kalau ada yang terasa. Nanti boleh terasa lagi. Hehe...

Lost Kitty : yeah semua manusia berbeza. Kalau semua sama, bosan lah dunia ni. Popular sampai bila sangat pun kan?