Wednesday, May 11, 2011

Memandu boleh menyebabkan anda cepat tua.

Assalamualaikum. Renung-renungkan dan selamat beramal. (*abes entry) Haha agak-agak kalau aku tulis ni je kat entry aku mesti semua rasa macam ;

"Eh apa masalah minah ni? Bazir ink je."

Wow entah bila masa nak menaip pun guna ink? Ok itu adalah metaphor semata-mata. Entah apsal aku pegi klik new post sebab dalam hati membara perasaan ghairah(?) nak update entry. Aku akan cuba menjadikan entry ini berfaedah. Cuba je, kalau tak berjaya tu nasib kau lah sebab dah baca.

Untuk entry kalini aku nak membebel pasal perkara menyampah ketika memandu di jalan raya.

Wow asyiklah keje kau menyampah je shafiza. Please, world isn't a perfect place. And nobody's perfect.

Terima kasih lah kalau anda nak cakap begitu kat saya. Tapi saya nak share je apa yang saya lalui yang mungkin sama dengan apa yang anda pernah lalui kan ketika memandu. Walaupun saya masih tidak mempunyai lesen memandu, tapi saya sungguh memahami perasaan pemandu yang selalu memandu saya ke mana-mana. Caring kan saya? Ok muntah. Marilah kita terus ke point-point entry ini.

Pemandu teksi yang kurang ajar.

Errr??
Maaflah pemandu-pemandu teksi sekalian.

Jap, ada ke pemandu teksi nak berblog kalau ada silalah bersoal-jawab dengan aku di bahagian komen.

Kenapa pemandu teksi sangat gangster? Harini aku keluar je ada gak lah 4,5 teksi yang bawak kete macam jalan tu dia yang buat. Walaupun bukan aku yang drive, tapi still aku rasa sangat geram. Bawak teksi tapi gaya macam bawak motor sukati je nak mencelah sana-sini. Aku hampir mengeluarkan jari tengah tapi kang nanti dia turun dari teksi tu ajak aku bertumbuk oh nehi nehi. Lagipun, keluar-keluar jari tengah ni aku tak pernah plak nak amalkan tu yang susah sket nak keluar. Kan jari kan kan kan??<---psiko cakap dengan jari.

Kau mencelah masuk depan kereta, lepastu sukati kau je kan nak stop mengejut. Bila aku pandang kiri-kanan takda plak orang tahan teksi or nak naik teksi kau. Haih nak je langgar blakang teksi kau tapi diriku sedar. Aku bukan bawak lori pon nak sondol teksi kau.

Sila like page ini kalau anda setuju dengan pendapat saya.

Pemandu Teksi Malaysia Kurang Ajar.

Bawak kereta macam siput.

Hadoi kalau ikut blakang kereta macamni rasa kesabaran haritu sungguh teruji sekali. Dahlah bawak kereta macam siput, bleh plak dia amek lorong kanan. Ni pon satu mintak kena sondol. Selalu kalau jumpa kereta macamni, aku mesti akan cakap, "Lebih baik kau turun dari kereta tu and tolak." Malangnya aku hanya mampu bercakap dalam hati.

Hai nama saya siput. Awak bawak kereta macam saya kan?
Tengah jammed lepastu main hon-hon.

Waktu jammed mesti aku rasa macam tengah menghadiri konsert hon kereta sedunia. Semua nak tunjuk kereta dia ada hon and hon aku lah paling kuat di alam ini. Yay! Rasa nak je aku jentik-jentik dahi mereka tapi lagi sekali, semua rasa itu haruslah aku abadikan sahaja di dalam hati. Kau nak hon-hon sangat apa masalah kau? Nak suruh jalan, tak nampak ke tengah jammed? Agaknya kau jakun tak pernah tengok hon kot?

Yeah right!
Mabuk jalanraya.

Selalu kita dengar mabuk laut, mabuk asmara dan macam-macam mabuk lagi. Rupanya ada je yang mabuk jalanraya. Ini bukan mabuk sebab alkohol ok? Ini 'mabuk' in terms of bawak kereta tak tentu arah. Abang-abang, pakcik-pakcik, kakak-kakak dan semua makhluk alam sekalian kalau rasa kau tu tengah 'mabuk' silalah berhenti dan jangan memandu. Ini tak bawak kereta kejap ke kiri, kejap ke kanan pastu masuk lane orang dah tu kejap lagi pegi lane lain. Kekeliruan lane betul! Stereng awak rosak eh? Kesiannya dah pegi cabut stereng tu and campak dalam sungai.

Duduk rumah diam-diam kalau mabuk.
Mungkin, aku harus batalkan niat aku nak amek lesen. Mungkin, aku harus stick to public transports tapi masalahnya public transports pun bikin darah aku naik berkali-ganda. Banyak lagi kalau aku nak jadikan point. Ini belum masuk lagi orang naik motor tak sayang nyawa dan juga pejalan kaki yang ingat diri dia Clark Kent lintas jalan time kereta tengah laju. Semuanya tak sayang nyawa agaknya korang ingat nyawa tu boleh beli kat Pasar Borong Selayang tak pun beli kat Warung Pak Jabit?

"Kak saya nak nyawa sebungkus, ikat tepi ye."

Gila kau ikat tepi? Tolonglah, kalau ye pun takda orang yang kau sayang, at least sayanglah diri kau sendiri. Tukar slogan sket "Ingatlah diri sendiri tersayang." Ok bai and Assalamualaikum.

-Akhirnya entry aku berfaedah jugak.-

Sila Like, Kalau Suka =D

9 comments:

Wan Azril Syazrin said...

hai cik syafiza...

part teksi tu kan..i think malaysia ni tahap ok kut...banding dgn teksi kat Mekah, Arab Saudi tu..bawak macam F1 tu...seram..rase macam ajal dah dekat je...dah tu jalan 2 lane boleh jadi 3-4 lane kut...betapa tak sbrnye org2 arab bile memandu..so i think malaysia ok lagi...ehehe.. :D

Shafiza said...

Hai encik Wan. =D

tula..Ayah saya ada cerita pasal drive kat Mekah. Teksi kat sana tu pun menakutkan. Tapi saya tak pernah pegi sana tu yang saya tak tau. =D

Thanks for the info ;)

nub said...

hahaha. teori hang baguih2. aku maleh nak bawak. sku suka dok tepi, lena puas2. harhar

Shafiza said...

NUB : haha thanks. Tula aku pun suka duduk tepi.

NOOR FATIN said...

asyik tension je, mananya tak cepat tua. hahah. sabar je la

Atikah said...

Harap2 tak jatuh under any of the categories. Hari ni baru first time drive lepas Jengka/praktikal :) Btw, teksi tu punya number memang originally 'BAB1'? Haha.

Shafiza said...

Nor Fatin : tula pasal..tension memanjang time driving..

Atikah : haha hope so... entahlah..kita google and dapat plak gambar tu.. =D

zoul zombie said...

aku komen sebab nak cakap sorry jangan marah kalau perasan aku baru follow. keh keh keh

Rafi Nilhan said...

naik basikal tua tak boleh sebabkan penuaan..