Sunday, May 8, 2011

Tolong Jangan Kecewa Dengan Blog Aku.

Selamat Hari Ibu terutama kepada Mama aku dan Ibu-ibu seluruh dunia. The job that never stop or never get a holiday, a job of being a mother. Kan? Sapa setuju sila angkat tangan kalau tak...Kalau tak ada aku kesah?

Wah engkau makin kurang adab ye sekarang shafiza.

Eh eh lupa! Assalamualaikum. Mulai hari semalam kot(?), aku decide nak bagi salam setiap entry aku. Tak jawab dosa, kalau jawab aku dengar pun tak. Hehe ;)

Sapa sini suka check stats dekat blog dia? Aku hari-hari check stats nak tengok ada ke tak yang datang blog sakai ni. Oooo awak datang blog saya awak diam-diam kan? Tak tinggal jejak pun. Nasib saya tau awak ada datang.

Aku harini bukak nuffnang yang tak jalan apa pun rasa nak bakar je nuffnang. Tapi takpa kita cool. Jangan harapkan sangat duit rakyat<--tiba-tiba. Bukak bahagian keywords. Dan ini hasil bulan lepas ;

Klik gambar untuk membesarkan(?) kalau rasa-rasa anda rabun.
Apa? Malas nak click gambar? Takpa, meh sini aku taip lah kan. Manjanya dia malas nak klik. =p

Gambar henset nokia 78

Maaflah anda-anda yang cuba cari gambar henset nokia 78. Memang takda dalam ni. Tak pernah lah plak aku tau apa tu nokia 78. Sebab aku rajin google, nah amek ni ;

Yang ni ke?
Surah Al-Insyirah

Haa yang ini anda tak perlu kecewa. Memang ada dalam blog ni siap aku buat post berfaedah tau. Ni masa exam bulan lepas. Aku ada buat tips nak exam.

Klik sini untuk pegi entry lepas.

Hiasan Dewan Sekolah

Errr...aku mana tau hiasan dewan sekolah macam mana. Sekolah aku dulu pun tak pernah nak hias-hias. Dahlah dewan kecik je.(*kutuk dewan sekolah sendiri) Maaf mengecewakan anda. Sila jangan gigit bucu meja.

Benci Ayah

Hoi apasal kau cari benci ayah? Kau nak cari tips-tips benci ayah ke apa? Tak elok woo. Sila jangan benci ayah anda. Nanti menyesal. Tu je aku nak cakap pasal benci ayah.

Pontianak Buang Anak

Makin merepek lah kau search. Aku tak taulah plak pontianak buang anak. Manusia buang anak adalah. Anyway, mungkin kau nak baca cerita hantu aku kot?

Meh klik sini nak baca cerita hantu. Takut tau.

Sifat Gelojoh

Alolo ni mesti nak buat buku skrap untuk subjek Pendidikan Islam. Tak pun untuk pendidikan moral kan? Sorry lah adik-adik sekalian. Kakak sekalian tak tau lah apa nak cakap pasal sifat gelojoh. Cuma...

Sifat gelojoh membawa padah. Berhati-hati di jalanraya.

Ok tak?

Buat Zine

Weee buat zine? Setakat ni aku baru pernah tulis dua zine je. Ala..kalau kau kreatif, nak buat zine ni tak payah nak search-search nya lah. Ke kau search sebab nak copy paste zine orang? Haaaa tatayok!

Ok aku rasa macam malas plak. Yang lagi tiga tu takda apa sangat.  Tulah..mak dah kata. Kalau nak buat entry jangan nak ngarot sangat. Kesian orang yang nak search bahan untuk assignment, kerja skolah, buku skrap...Eh rindulah nak buat buku skrap. Dulu kalau cikgu suruh buat buku skrap bukan main semangat lagi. Sebab boleh beli kertas banyak-banyak and boleh beli kertas corak-corak. Tapi dalam proses nak buat tu, slalu melengahkan masa. Lepastu jadi malas dah. Huahuahua~~

Tapi paling tak boleh blah skali yang ni ;

Klik lagi kalau rasa rabun.
Yang ni diambik dari stats blogspot ye. ;)

Hoi blog aku bukan blog lucah lah gila. Panjang b****g pakwe aku? Manalah aku tau panjang b****g pakwe kau sengal. Kau pergilah ukur sendiri eh eh salah. Kau tanyalah pakwe kau sendiri. Errr macam menggalakkan maksiat je ni? Tak tak. Tak payah tanya lagi bagus takda faedah. Kot ye pun nak beli seluar untuk pakwe tak perlu tanya soalan tu percayalah.

Last but not least;

'Tolong Jangan Kecewa Dengan Blog Aku".

Ok. Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

9 comments:

Wan Azril Syazrin said...

haiyooo...pelik je keyword yang last tu..tak penah pulak tengok camtu kat nuffnang :D

Shafiza said...

Weee yang last tu bukan kat nuffnang. Tu check dekat blogspot je. ;)

Alan Rizque said...

Macam mana boleh ada keyword tu?

Shafiza said...

Keyword tu tengok kat bahagian stats dekat dashboard.
And yang lain tu sumber dari nuffnang.

(*menjawab soklan ke tak eh?)

nub said...

ouh kecewahnya saya. hehhhe

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

adoiii xleh blah la... suka sgt dorg nak cari menda yg lucah tu..

Shafiza said...

NUB : Kecewe ye? haha...

CMA : tula pasal..takda benda lain nak cr.

eddy said...

keyword yang x boleh blah...chait..

Shafiza said...

sila2 lah blahkan ia..hehe ;p