Saturday, May 7, 2011

Dua dalam Satu.

Gua kedengaran sangat tamak. Kedengaran? Eh silap. Kelihatan sangat tamak sebab post arini sahaja dah mencecah 2 entry. Ini namanya blogger tegar.

Entry kalini lebih kurang macam Milo 3 in 1 cuma bezanya aku punya 2 in 1. Aku nak share cerita. Yelah kat sapa lagi aku nak bercerita selain blog. Encik Haidi dah berkali-kali dengar cerita aku. Agaknya telinga dia dah bernanah kot? Haish =.=''

Sepanjang 5 sem aku blaja kan, baru first time aku dengar lecturer cakap pasal aku dalam kelas macam mana. Cakap direct plak tuh gila malu. Bukan lah aku jahat ke apa. Cuma...haish camna nak cerita ye? Cuba tengok gambar kat bawah ni...


Dan cuba teliti komen dari lecturer aku ni...


Encik Rizal ni lecturer statistik aku. Aritu time final datanglah jumpa dia bertanya soalan. Entah macam mana dia tiba-tiba cakap macamni kat aku;

"Awak dalam kelas kan, mata pandang depan. Tapi gaya macam tengah tido. Saya saja-saja je panggil nama Ain(*classmate aku). Sebenarnya nak test awak tido ke tak." =.=''

Errr...aduhlah Encik Rizal ni memang jenis suka menyindir. Tapi bukan menyindir menyakitkan hati ke apa. Menyindir cara kelakar tau.  Dia tengah cakap pasal kita, tapi dia sengaja tujukan kat orang lain. Faham tak? Kalau tak faham dah pegi tekan butang pangkah merah kat atas nun.<---emo plak dah.

Tulah masalah aku dalam kelas. Mata memang pandang depan, tapi kepala entah ke mana. Makan kismis pun tak jalan. Haish~ =.=''

Ok dah stop kutuk diri sendiri. Ini nak cerita bab repair kasut. Anyway, cerita ni dah lama dah tapi bila aku ingat rasa nak gelak je.

Ada sorang pakcik tukang repair kasut dekat depan masjid kat kawasan perumahan aku. Dia dah tua lah kan. Aritu kakak aku nak repair kasut dia. Aku lah yang kena turun and bagi kat pakcik tu. Pakcik tu belek-belek and dia kata petang nanti ambik. Aku pun bayarlah duit dulu. Sebelum angkat kaki nak blah pakcik tu kata ;

"Eh kejap. Amek surat dulu ye."

Aku dah..hah surat? Surat apa plak? Takkan nak repair kasut kena mintak kelulusan Majlis Daerah tak pun kena mintak cop ketua kampung? Konpius dah ni. Skali kan...


Taraaa....dia bagi resit kat aku. Pengsan kejap aku kat situ ingatkan surat menda dia nak bagi. Haha pakcik ni comel la. Tiap kali aku lalu depan masjid and nampak pakcik tu mesti aku tersenyum. =)

Ok dah lah. Tu je cerita aku. Pengalaman kan? Ok bai and Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

2 comments:

azma izatul said...

terharunya hg post aku punya blog..hehehe

Shafiza said...

hah? apa hang merepek mai? =.=''