Friday, June 17, 2011

Kalau takda makan free jangan gatal-gatal nak event bagai.

Assalamualaikum. Jangan risau aku hidup lagi. Ayat biasa aku sejak 3 minggu ni "Aku kan orang bekerjaya sekarang."

Bekerjaya lah sangat padahal praktikal je baru. 

Sejak-sejak bekerjaya ni terasa hormon-hormon nak update entry dah terhapus terus dari sistem dalam badan. Kalau versi komputer nya, dah shut down terus. Takda nak hibernate bagai. Mana tak nya, kena bangun seawal 5.30 pagi lepastu meneruskan hari sampailah pukul 11 malam baru tido. Memang terbakar lah motherboard aku. Ok bai tetiba banyak plak terms komputer gua pakai.

Heaven gila dapat jadi cam pola bear ni duduk terbongkang je jelesnyewww.
Sekarang ni trend apa lah buat event-event yang tak semenggah kat FB tu? Suruh follow blog lah, like gambar lah dan entah apa lagi god knows. Kreatif kan korang semua dulu aku nak promote blog pun stakat ping entry dekat mana-mana group blogger. Ni semata-mata nak ramaikan followers beriya sangat sampai buat event.Selalu orang guna ayat "Follow u, Follow me back.", tapi ni dah tukar gaya plak, buat event.

Memanglah kami-kami yang dapat invitation ni 'suka' sangat tau. Terima kasih lah sebab ingat kami semua and invite pegi event follow blog tu. Bukanlah nak buat benda kecik jadi besar. Dah tau tu benda kecik so tak perlulah nak buat event lalu menampakkan hal tu macam hal besar sangat. Lainlah bila aku dah follow blog kau, pastu kau blanja makan. Memang laju je aku follow tapi lepas kau blanja aku makan, aku unfollow blog kau balik.  HAHA kejam.

Cukuplah stakat ping entry anda di 'kedai-kedai blog' yang berhampiran. Tapi jangan lah buat 'kedai-kedai blog' ni seperti mesin touch and go. Lepas ping blog, angkat kaki dan chow. Cuba stay and beramah mesra dengan pengunjung 'kedai' tersebut and kumpul kawan, bukan kumpul followers je.

So aku dah buat hal event ni clear. Lepasni aku dapat event yang bukan melibatkan makan free, kenduri, parti besday dan seumpamanya, nescaya aku akan....aku akan..errr...click NO terus tanpa ragu sekian terima kasih dan Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

3 comments:

Anonymous said...

awak, umah kita wat makan makan. tapi kita tak buat event sebab kita tak suka orang datang ramai ramai. wak je bole. sebab awak sayang saya

Farhana Jafri said...

geram gile klau kne mcm tu.. semak gile.. dh brlmbak event kat FB.. ni keje newbie je ni.. mlpau btul.. bile snggah blog dorang xd la smnggah mne pun.. grr~~~

jemput singgah ANASAURUS :)

Shafiza said...

MELLY : Maukkk maukkk..haha..nak makan best2 tau.

FARHANA : tau takpa. Tak perlu nak buat event, blogwalking je cukuplah.