Saturday, June 25, 2011

Kalau dah namanya perempuan...

Assalamualaikum. Boleh tak aku nak taip tanpa huruf 'k'? Sekse tau tak? Semua ini gara-gara baby Zareef sebab dia over excited bila aku tunjuk lagu enjit-enjit semut dekat dia. Mula-mula dia menari, lepastu macam tak boleh duduk diam dan nak pegang laptop. Sebagai Maksu yang baik, aku pun bagi lah dia pegang dan skali dia pegi korek huruf 'k' laptop aku. Wuwuwuwuw T__T

Manusia yang mengorek huruf 'k' di laptop aku. Hebat tak dia sebab boleh gigit kaki? Kah3...
Mangsa yang tak bersalah. T_T
Dan sekarang aku redha je bila nak menaip. Dah lah huruf 'k' ni huruf wajib. Apsal tak korek huruf 'v' ke...

Ok itu mukadimah aku. Sekarang nak cakap pasal perempuan. Ye, aku perempuan. Dulu time sekolah tak reti nak bercantik-cantik or nak make up bagai. Bila fikir balik fizikal punyalah macam tomboy dan sering pelik dengan orang perempuan dewasa yang lain kenapa obses sangat dengan kasut, beg tangan, make up dan benda-benda perempuan yang lain.

Sekarang, bila dah praktikal dan environment aku dikelilingi perempuan dewasa yang dah kawen semuanya. Dan hari-hari pasti aku dengar pasal make up, kasut, beg tangan, pasal hal rumah tangga dan sebagainya. Paling diorang obses gila-gila adalah make up dan perfume. Haha tapi best. Tak pernah pun aku rasa annoying ke apa. Mungkin sebab aku perempuan dan baru aku tersedar. Kah kah kah selama ni lu perasan lu lelaki ke apa shafiza hoi?

Aku suka beg tangan dan baru-baru ini mula menyedari yang aku juga menggilakan kasut high heels and wedges. Make up pun dah penuh satu pensil box. Sedihkan simpan make up dalam pensil box? Gaya cam takda duit je nak beli beg makeup. Tapi takdalah over sangat setakat eye shadow,eye liner,blusher,maskara,lip gloss dan juga compact powder. Semua yang asas saja. Sebab aku bukan reti ber-makeup sangat.

Tempat praktikal aku sekarang dekat dengan sogo tau tak? Dan aku rasa hari-hari ada sale. Pengsan tengok beg cantik-cantik tapi walaupun 50% off harga tetap beratus jugak ceh baik tak payah buat sale. Dan hari khamis lepas kasut yang aku paksa pakai pegi keje dah hancur. Hancur macam ni ;

Kasut mulut buaya.
Buruk benor ghupanya.
Sopan tak aku pegi opis pakai kasut macamni? Aaauuwww tapi malangnya kasut tu pun dah macam segan nak hidup memandangkan rupanya dah cacat jadi dia tiba-tiba terbukak mulut hahaha sadis betul mati sambil mulut terbukak. Tak boleh pegi tu dia buat hal masa opis hour nak tak nak time lunch bertapak lah aku ke sogo mencari kasut baru.

Wedges jugak. Selamat berkhidmat sang wedges.
Bangga rasanya ada kasut baru. Bila tiba hari jumaat dan masa lunch hour yang agak panjang, apa lagi aku dengan kawan aku berseronok kat sogo. Dahlah orang keje dapat gaji, kami yang takda elaun ni pun berlagak macam ada gaji gak. Dan mata aku tetiba menjadi gila bila nampak kasut. T__T Rasa macam tengah tengok duit berjuta padahal ianya adalah kasut-kasut yang comel yang dalam misi mencari tuan. Dan akhirnya ;

High heels. Awak sangat seksi di rak iteew.
Tak dapat menahan diri dari membeli another shoes. Dan sekarang takut nak bagitau makayah aku yang aku dah terbeli kasut LAGI. So terpaksa aku sorok-sorok. =.=" Hanya encik Haidi sahaja yang tau dan ini perbualan aku dengan dia bila aku mesej cakap aku beli kasut baru lagi ;

Aku : B, sayang tiba-tiba beli kasut lagi.
Haidi : Hoi, camna plak boleh tiba-tiba?
Aku : Entah. Sayang sedar-sedar je sayang tengah try kasut and pegi bayar. Bila tengok kat tangan dah pegang plastik. =.="
Haidi : Ini sesuatu yang pelik.
Aku : Ala...b sedapkanlah hati sayang. Nanti sayang menyesal.
Haidi : Meh sini hantar gambar kasut tu b nak tengok cantik ke tak.
Aku : (hantar gambar kasut) Tolonglah sedapkan hati sayang. Nanti sayang menyesal gila-gila.
Haidi : Alolo..cantik. Sesuai dengan sayang. I like...(*usaha nak sedapkan hati aku)
Aku : Saja nak sedapkan hati sayang lettew.
Haidi : =.="

Kah kah kah. Tak senonoh punya awek. Dahlah suruh pakwe dia sedapkan hati dia lepastu cakap camtu plak. Anyway, kalau dah namanya perempuan...Kasut dan perempuan memang tak dapat dipisahkan. Sila setuju dengan aku.

Ok bai dan assalamualaikum.

Sila Like, Kalau Suka =D

3 comments:

Anonymous said...

hahahaha comel je messagge tu. btw, jom shopping sesama. yang benar, orang-yang-bakal-dapat-elaun-tiap2-bulan.

miss fabola said...

haha. aku pun suke beli kasot. ari tu kmas uma aku korek r blek ksot2 lame kt almari depan uma aku tu. haha. then aku buang 2 plastik ksot kat pintu tempat sampah tu. baru aku sdar aku ade byk ksot. tp byk aku da taknak pakai. blh trime tak?? dah byk ksot tp nak bli kasot lg. pelik kan pmpuan?? haha

Shafiza said...

Melly : jommmm... ;)

Aten : banyak gila 2 plastik. haha...ntah mata aku ni rambang tengok kasut...tapi bukan nak pakai sangat pon.