Sunday, June 5, 2011

Tempat yang salah untuk bertindik dan sebab-sebabnya.

Assalamualaikum dan selamat membosankan diri dengan entry aku ini. Hehe keyakinan diri terlalu rendah sebab tu kata entry sendiri bosang. Ouh terrr-cakap Ganu plak. Semalam ada buat entry tapi sebab takda mood dan bergaduh dengan pakwe, entry dah hampir separuh bila baca balik macam betul-betul menunjukkan aku ni mengalami gangguan emosi. Terus delete entry tu. Heh ;p

Harini cuba kembali dan buat entry lagi walaupun still dalam mood peperangan melanda. Pergi jalan lah kepada mood ini. Mari kita tabahkan hati dan teruskan entry kita. Apa pendapat korang dengan orang yang tindik banyak-banyak? Sampai kan selagi ada tempat kosong, selagi tu dia nak tindik. Macam kat sekolah plak kena isi tempat kosong nanti tak dapat markah dalam exam. 

Errr apa kesinambungannya cik shafiza?

Takda kesinambungan eh? Oooo abaikan. Entah, aku rimas tengok. Meh aku share tempat yang salah untuk tindik dan sebabnya ;

Telinga

Telinga takdalah salah sebenarnya. Yang jadikan tindik tu salah kat telinga bila tindik secara pukal terus. Bukan stakat 1 tindik kat setiap telinga, ini sampai 4 5 6 7 sekali kat telinga tu. Nak tau apa salahnya? Nanti orang lain konfius, ni telinga ke tempat sidai baju or gantung payung. Haha tak lawak. Ok serius. Tindik banyak kat telinga ni boleh menyebabkan berat anda bertambah. Yelah, sampai 4 5 6 7 besi dan segala macam logam campur berlian bertakhta kat telinga korang yang kecik tu. Lepastu boleh membuatkan penagih dadah menjadi tak keruan bila tengok subang-subang kat telinga anda tu. Yelah, kalau penagih dadah jual kat besi buruk subang-subang tu, dapat gak lah income sket kan? 


Hai tumpang letak henset jap eh awak.
Hidung

Menindik di hidung boleh menyebabkan kesukaran untuk anda bernafas. Bergantung kepada berapa besar subang anda tu. Lagi besar, lagi susah nak bernafas. Nak korek hidung pun susah. Selain itu, akan buat anda di kategorikan dalam kategori pelik. Orang lain ada 2 je lubang hidung, tapi anda ada sampai 3. As an addition, eceh wah menggedik tetiba speaking plak, tiada bezanya anda dengan kerbau. Kan? Dua-dua tindik di hidung.

Gua rasa gua cool
Lidah

Yang ini entah pesen apa tindik kat lidah. Kalau kat telinga dengan hidung boleh faham lagi sebab boleh gak orang nampak. Ni kat lidah? Tindik di lidah boleh menyebabkan anda susah nak makan dan kemungkinan untuk anda tercekik subang adalah lebih tinggi. Gaya percakapan anda pun akan jadi lebih pelik dan menyeksakan bagi orang lain nak cakap dengan anda. Kan? Sebab bunyik pelat semacam je.


Haha macam merepek je dah. Mesti korang harapkan penjelasan saintifik. Tapi malangnya biologi aku dulu hampir gagal lalu aku terus membenci segala yang berkaitan sains. Tapi yang aku dengar, kalau kita salah tempat tindik boleh mengganggu saraf kita. So, lebih selamat kalau tindik kat tempat yang biasa orang tindik. Tak perlu lah nak rasa style ke apa ke.

Dah lah nak pergi sambung beremosi kejap. Assalamualaikum.

Sila Like, Kalau Suka =D

6 comments:

kotak bulat said...

hahahah.. kelakar lak..
reason tu letk sndri ke?

Shafiza said...

hehe yela...letak sendiri..saje merepek.. ;)

Shiema Sufian said...

mengerikan tindik kat tempat lain tu. kenape ta letak tindik kat pusat jugak. mostly kan org buat ;0

Anonymous said...

itew nak tindik pusat. boleh ? nape u tak citew pun pasal pusat ? ta shuker ta shuker.

Shafiza said...

shiema : aaaa dah malas nak fikir..haha...


Melly : ala..iteww tak taww cane nak citeww.

Anonymous said...

ckp jela pusat berdaki tak dibenarkan bertindik. bimbang membahayakan komuniti kuman dalam tu.