Wednesday, September 14, 2011

Kalau dah namanya student...

Assalamualaikum. Hai selamat hari raya. Ye tau dah seminggu lebih raya berlalu tapi baru sekarang nak wish raya.

Apa punya pesyen lah kau ni. Dahlah haritu wish puasa pun lambat. Tu pun kalau wish. 

Takpa. Asalkan aku tak delete blog. Errr motif?

Harini aku nak cakap pasal lengah-lengahkan kerja. Ala..korang mesti buat kan? Jangan nak tipulah. Bila dapat assignment/projek dari lecturer, mesti korang tak buat on the spot punya. Lagi-lagi kalau due datenya sebulan akan datang. Mesti korang akan cakap ;

"Ala relaks lah der. Sebulan lagi kot. Esok-esok aku buatlah."

Pernah tak korang fikir-fikirkan implikasi bila buat keje last minit? Mari sini aku listkan :

Situasi 1

Esok due date, harini baru nak print. Tengok printer abes ink. Terus lari tak cukup tanah sebab nak cari printer. Pegi kedai semua tutup. Last-last jumpa kedai yang konon memberi harapan lalu dengan semangat anda kata kat penjaga kedai tersebut;

"NAK PRINT!!" (*sambil termengah-mengah, peluh menitik di dahi)

"Err sory adik. Printer kedai ni rosak."

Haru-biru dunia anda kan?

Aset utama bila tiba masa nak print esemen.
Situasi 2

Lengah bin Lenguh : Eh Tangguh, due date nak hantar assignment Puan Jenab tuh bila ek?

Tangguh binti Tegap : Lagi sebulan beb. Relaks lah. Banyak masa lagi.

Lengah bin Lenguh : Oh ek? Takpa banyak masa lagi kan. Esok-esok ah kita buat. Jom kuar main gasing jap.

Sebulan berlalu....

Dedikasi bin Dermawan :Eh Lenguh, esok nak hantar esemen Jenab tu kan? Jom hantar sama-sama.

Lengah bin Lenguh :Kau jangan nak berlagak sangat dah siap esemen tu! Aku lepuk kau japgi! Jangan berani sapa-sapa tegur aku! Aku tengah bertungkus-lumus nak siakan esemen ni tau dak!!

Lengah yang stress.
Situasi 3
Jambit sanggup stay up dan tak tido demi menyiapkan esemen biologinya yang kena hantar esok. Bila dah siap, lalu beliau terus mencetak (pehh pehh ayat skema gila) esemen beliau dengan penuh rasa hensem dan kacak bergaya.

Esoknya sewaktu kelas biologi, beliau terus menghantar esemen tersebut kepada lecturer beliau. Lecturer beliau pun menyemak esemen Jambit. Tiba-tiba;

Lecturer : Eh Jambit, apsal dalam esemen biologi ada pulak lirik lagu 'Cinta Pantai Merdeka' ni? Lepastu muka surat bersepah tak tentu arah. Nah amek balik esemen Cinta Pantai Merdeka awak ni! Buat semula!

Haa cukup dulu 3 situasi. Yang lain mesti korang semua dah tau kan? Macam pendrive masuk virus, laptop stuck and macam-macam lagi. So kenapa kita still nak lengahkan kerja-kerja yang kita ada sedangkan kita dah lalui macam-macam masalah bila buat kerja last minit, berulang kali dan still kita tak sedar?

Itulah namanya student. Kalau tak buat kerja last minit memang tak sah. Bukan korang je....

AKU PUN MACAMTU!

Kah kah kah.

Sekian, Assalamualaikum dan renung-renungkan.

Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: