Sunday, December 11, 2011

Realiti.

Assalamualaikum. Urghhh..my life lately is like urghhhh (tak sanggup nak gambarkan der). My work is like urghhh (tak sanggup nak gambarkan der der) and everything is not ok. Ok aku sangat annoying pada permulaan entry. Patutlah blog ni tak banyak viewer sebab macam sampah. Cuba buat blog kutuk Kpop, hah time aku kerja tersedak-sedaklah ceritanya sebab semua Kpopers (aku cuba google translator tapi malangnya hampa) bengang dengan aku en sampai nak toreh-toreh muka dengan pisau bagai.

Muka stress.
 Eh silap.

Ni baru betul stress.
Ganas betul Kpopers (sekali sebut macam nama kumpulan hip-hop pun ada) ni. Lagi ganas dari customer-customer cam haram yang selalu aku serve time kerja. This is my advice to all ;

DON'T MESS WITH THE FANATICS OF KPOP BECAUSE THEY WILL 'TOREH' YOUR FACE OK!

Haaa takut tak? Takut kan kan? Peduli pulak aku. Kah kah kah. Ok let's face the reality. Setakat korang yang sibuk dok gaduh-gaduh dalam pesbuk and blog then sound-sound dekat komen, itu namanya tak matang. The reality is more cruel ok? Meh try kerja macam aku then you know what is the meaning of rude people. Dalam sehari tu entah brapa macam ragam aku kena hadap sampai dah naik semak, lalang, rumput-rampai dekat kepala aku ni.

Ini contohnya.

Cerita 1

Seorang minah dan pakwenya berjalan masuk ke tempat kerja aku then dengan penuh bongkak, dia cakap ;

Minah : Ni nak tukar iron rambut ni. Tak panas. Saya nak duit saya balik.
Member aku : Boleh tapi jumpa manager lah.

So bawaklah pergi jumpa manager aku. Then, manager aku pun check lah keadaan iron tu dulu sebelum buat penukaran barang and surprise surprise, the iron works properly der. Manager aku terangkan lah dekat minah tu yang iron rambut tu ok je. Dia boleh pulak pertikaikan yang bila iron, rambut tak boleh lurus.

Manager : Kita try dulu iron ni.
Minah : Try lah kat rambut kau. Ke kat rambut pekerja kau ke. (dah mula aksi kurang ajar dia)

Time ni member aku yang tak pakai tudung tu lah jadi mangsa. Dan free-free dapat luruskan rambut. Oh, lupa nak kata. Iron tu memang elok. Minah tu je bengong tak reti nak guna. Dia tak puas hati lagi and cakap ;

Minah : Memanglah boleh lurus sebab kau iron sikit-sikit. Cuba iron banyak-banyak.
Manager : Adik, memanglah kena iron sikit-sikit kalau tak dia takkan lurus.
Minah : Kat salon boleh je. And kau guna dua tangan. Memanglah ok. (alasan tak masuk akal kan?)
Manager : Dekat salon pun guna dua tangan lah. So, iron ni elok je and tak dapatlah tukar.
Minah : *call mak* Haa ni iron ni tak boleh tukar. Entah diorang ni poyo-poyo bla bla bla...

Lepastu terjadilah aksi makin kurang ajar minah tu. Dia still tak puas hati lagi sebab tak dapat tukar barang and dia cakap ;

Minah : Pekerja ******* ni memang kurang ajar ye?
Manager : Eh kau yang kurang ajar dulu. Datang sini nak marah-marah.
Minah : Eh aku ni customer tau. Kau tu just kerja kat sini je. (ayat memang nak merendahkan kitorang).

Terus aku yang dengar je diorang gaduh ni, sound tepek minah tu.

Aku : Abes tu kalau kitorang kerja sini kau tak boleh nak hormat kitorang?
Member aku : Entah. Kitorang ni manusia jugak, bukan binatang.
Minah : Eh kau diam aku tak cakap dengan kau pun. (Dia sound member aku)

Dah bising-bising kat situ, tak dapat tukar barang, minah tu terus blah dengan tak puas hatinya. And part paling bestnya, pakwe dia yang dok ikut je dia dari awal sampai akhir diam tak kata apa. Malu lettew dapat awek yang super super rude macamtu. 

Aku nak bagi idea kat manager aku ah suruh sediakan satu topeng troll face ni. Senang sikit nak troll customer. =p
Ok cukup satu cerita dulu. Nak cerita semua memang muntah korang nak baca. Aku yang layan ni pun nak muntah. Kadang-kadang sebab kena bayar beg plastik doposen pun nak kecoh macam kena bayar dua riban. Tak nak beg plastik cakap ajelah. Tak payah nak memekak sangat kan? Kita ni punyalah bersopan-santun, berbudi bahasa tanya elok-elok. Customer jawab macam lah kita ni mesin air tin, takda perasaan. Anyway ;

Pengalaman mematangkan kita. 

Kan kan kan? Silalah bersetuju kalau tak aku charge korang beg plastik dua riban tiap hari sabtu! <--tiba-tiba.Abaikan.

Kalau setakat sound orang dekat komen baik tak payah lah. Boleh bawak gelak cucu cicit korang baca nanti. Ok? Assalamualaikum dan babai bai. (sebut babai bai tu dalam intonasi boboi boy.)

Sila Like, Kalau Suka =D

2 comments:

Anonymous said...

hahaha lawak lah costumer ko. bongokkk gilaaaa

Shafiza said...

Tu baru bongok tahap satu. Belum jumpe lagi bongok tahap seploh. Haha