Saturday, May 26, 2012

789 tu Huruf ke?

Assalamualaikum. *lambai lambai* Sekarang ni aku dalam mood cuti.Tak nak tanya ke berapa lama? Seminggu woi ! Ah heaven.Inilah untungnya duduk kat Malaysia, walaupun kitorang tak sambut Hari Gawai tapi still UiTM bermurah hati dan berhati perut nak bagi kitorang cuti. Tapi mimpi tak selalunya indah. Orang memberi, kita merasa. Kena give and take. UiTM bagi cuti seminggu, tapi study week yang sepatutnya 9 hari tu dah jadi semakin pendek, terus jadi 4 hari. Sedih bukan? Itulah aku kata tadi, mimpi tak selalunya indah.

Dulu time Diploma bolehlah berlagak bersenang-lenang padahal tak sedar diri banyak kerja. Sekarang ni, tak payahlah nak berangan Mat Jenin konon takda benda nak buat. Subjek-subjek yag ada ni pun dah cukup buat hidup diselubungi misteri. Konon kalau kau pejam mata pun boleh mimpi tengah solve masalah matematik. Albert Einstein enuff? *Hidung Kembang*

Alkisahnya, sebab dah terlampau nerd sangat membuatkan kepala aku ni blur kadang-kadang. Bukan kadang-kadang, selalu. Saja nak sedapkan cerita. Contohnya seperti hari ni. Kerja aku kalau kat rumah ni, mesti check internet boleh pakai ke tak. Senang cerita, jawatan aku kat rumah ni Internet Technician lah. Kalau internet tak boleh pakai, mulalah mulut aku potpetpotpet. Salahkan streamyx (memang pun) lepastu berdebat macam Rafizi dengan Khairy itu hari. Takda motip kan? Abaikan. Dah tu mulalah call customer service TM. Tapi sebelum tu doa dulu dapat moderator lelaki (haruslah) dan bersuara sedap. Bukan gatal, nanti takdalah aku nak marah. Kononnya lah kan padahal takda motif langsung.

Lepastu moderator tu ajarlah aku nak betulkan connection internet tu. Aku pun dah rasa macam tengah dalam lecture pulak. Sambil bayangkan muka moderator tu hensem macam Fahrin Ahmad ok bai menyimpang dah. =.=" 

Sambil dia ajar tu, aku pun patuhlah segala arahan dia. Yelah, kang tak hidup pulak aku takda internet. 

Nak di jadikan cerita ;

"Ok sekarang masukkan password internet awak." Kata si moderator tadi yang tak sempat aku nak tanya nama.

"Password mana pulak? Tak pernah ada password pun sebelum ni." Jawab aku dengan penuh angkuh.Dasar tak kenang budi, orang nak tolong lagi mau angkuh. 

"Hmmmm kejap saya tengokkan password ni." Nada kecewa moderator tu melayan aku. Padanlah muka, sapa suruh line masalah selalu. (Angkuh lagi)

Sambung moderator ; "Ok ni password awak. Saya sebut, awak taip ok?"

"Ok... " Sambil jari dah standby dekat keyboard. 

"Password nya B huruf besar, diikuti dengan A dan D huruf kecik dan 789." Moderator tu bersuara lagi dan aku pun taip lah. Tiba-tiba aku macam blur kejap. And nak tau aku tanya apa kat moderator tu?

"789 tu huruf besar ke kecik?" 

Ehhhhh apsal macam pelik? Lol salah tanya woi! Rasa macam kena lempang kejap kat muka terus tersedar dari mimpi yang tak selalunya indah tadi tu. 789 tu nombor lah mangkuk mana ada kecik ke besar. Nak cover malu cepat-cepat aku bersuara lagi ;

" Ok dah masuk password. Next step apa? " Suara masih angkuh dan serius.

Nasib baik moderator tu tak gelak ke apa. Mungkin sebab aku berlagak diva dan dia pun agaknya malas nak layan customer blur macam aku ni. Tanya apa semua tak tau, tak tau. Maafkan saya abang moderator, saya memang blur. Biasalah terlampau Albert Einstein sangat. Kannn?

Tengah setting internet tu, skali tetiba line internet terus hilang connection. Aku dah macam nak carut tapi sabar je hati.

"Ni terus tak dapat line internet adalah." Suara control ayu padahal dalam hati dah terbakar.

"Eh ye ke? Cuba try lagi sekali and tengok modem awak tu ok tak?" 

"Ok je.Kenapa unable to connect pulak dah ni?" Dah start nak membebel macam mak tiri.

"Saya tengok kt sini internet awak ada je connection." Moderator dah start annoying dengan aku. (Lol takdalah dia ok je)

Aku pun dah pelik. Then check lah kabel internet aku. Oh rupa-rupanya kannnn kabel internet yang cucuk ke komputer aku tu dah longgar. 


Kfineeeee! Agak-agaknya kalau telefon ni macam doraemon punya telefon, moderator tu dah kirim kaki ke aku gamaknya. 

Itulah ceritanya. Moral of the story ; Jangan makan banyak nanti otak slow macam siput. Sebab semalam aku makan ;

Okonomiyaki or in other name Japanaese Pizza. Sedap ! Harus cuba.
Burger Bakar Abang Burn.
Mana otak tak blur. Kan? Ini sebab ada nya makhluk kuat makan ni bersama aku ;

Muahmuahmuah <3

Bai dan Assalamualaikum.
Sila Like, Kalau Suka =D

No comments: